Baru-baru ini sebuah filem cerita rekaan pendek yang berdurasi 44 minit yang tular di laman sosial telah meraih perhatian ramai pihak kerana disyaki mempunyai unsur bertentangan dengan agama Islam dan dianggap mempermainkan agama hingga menjurus kepada pemesongan akidah.
Sehubungan itu, aktor kacak Fauzi Nawawi, merupakan antara penggiat seni yang lantang menyuarakan rasa tidak puas hati serta membantah keras penerbitan filem berjudul ‘Mentega Terbang’ yang dilabel sebagai menghina agama Islam.
Jangan Permainkan Agama, Tanpanya Hidup Tiada Hala Tuju!
Rasa terkilan dan kesal berkenaan, dimaklumkan Fauzi menerusi satu muatnaik hantaran pada laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Menerusi hantaran itu, Fauzi turut menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap penghasilan filem yang tidak sensitif seperti itu, hingga mengguris perasaan umat Islam di Malaysia.
“Sejahil mana pun kita, jangan permainkan agama. Tanpa agama hidup kita tiada tujuan.
Ads
“Harap sangat pihak yang bertanggungjawab ambil tindakan terhadap mereka yang melakukan ini.
“Ini soal akidah. Sedih sangat dengan bangsa sendiri,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Menerusi hantaran sama, Fauzi turut menyeru dan menggesa agar pihak berkuasa JAKIM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membanteras isu seperti ini.
Netizen Puji Tindakan Fauzi, Lantang Bersuara Demi Membela Agama!
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran sama, Hijabista mendapati bahawa rata-rata wargamaya memuji tindakan Fauzi yang membela agama Islam dan turut menyokong agar pihak berkuasa segera menjalankan siasatan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil dan pihak tertentu di bawa ke muka pengadilan.
Ads
Berikut merupakan beberapa hantaran komen dari netizen yang berjaya mencuri perhatian Hijabista.
“Penerbit, penulis skrip Kafir! Pengarah? Saja buat konfius? Huhai agama kau sendiri kau buat main. Suka dan gelak team produksi kau,” kata netizen.
“Anak-anak sekarang mudah keliru dan terpengaruh. Mereka tak boleh bezakan. Kena banyak bagi penekanan bab akidah ni. Harap diambil tindakan serta iktibar dari hal-hal macam ni,” tulis warganet.
“Masyaallah tabarakallah abang.. suara kan lagi..supaya tiada lagi cerita-cerita macam ni keluar,” komen wargamaya.
Ads
Sekadar info, Mentega Terbang merupakan sebuah filem berdurasi pendek arahan Khairi Anwar, yang diterbitkan oleh Tan Meng Kheng telah mula ditayangkan menerusi platform penstriman berbayar Viu pada 19 Januari lalu.
Ia mengisahkan remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan.
Terdahulu wajahnya sering nampak imejnya yang memakai topi dan pakaian yang menutupi seluruh wajah dan badan. Kini, Ustaz Kazim Elias tampil dengan keadaannya seperti biasa tanpa berselindung.
Di khabarkan lagi, keadaan kesihatannya kian pulih selepas menjalani satu rawatan alternatif di Madinah, Arab Saudi. Orang ramai juga bersyukur keadaannya semakin pulih dan boleh berdakwah seperti biasa.
Semakin pulih dan tak perlu lagi ‘tutup’ wajah
Penceramah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau gemar dikenali sebagai Ustaz Kazim kini tampil dengan keadaannya seperti terdahulu tanpa berselindung di sebalik topi dan pakaian yang menutup badan. Beliau kelihatan semakin sihat dari sebelumnya.
Terdahulu, Ustaz Kazim menghadapi masalah penyakit kulit yang menyebabkannya mengalami kondisi alah pada sinaran matahari. Beliau juga terpaksa menutup keseluruhan wajah dan badannya supaya keadaannya tidak lebih mudarat.
Kini, beliau juga menjelaskan keadaannya semakin pulih sejak melakukan rawatan alternatif di Madinah, Arab Saudi. Usahanya itu membawa hasil dan tidak lagi perlu bersusah payah untuk berselindung.
“Alhamdulillah saya punya wajah ok, sudah tidak lagi luka, tidak lagi berdarah,
“Kalau tidak, saya kena pakai topeng, saya jumpa orang pun saya segan sebab dia boleh berdarah secara tiba-tiba.” katanya.
Beliau juga akui telah mendapat beberapa tawaran doktor pakar daripada beberapa buah negara seperti England, India, dan Madinah untuk membantu mengubati penyakitnya. Di Madinah, beliau telah mendapat dua lokasi oleh pakar di kawasan Badar, Madinah.
“Saya menerima rawatan alternatif menggunakan air dari telaga Nabi Muhammad S.A.W yang masih wujud di Badar.” ujarnya.
Ustaz Kazim juga turut memberitahu dia memaafkan bagi mana-mana pihak yang mencerca serta memburukkan namanya dengan isu perlantikan calon. Tiada tersemat dendam atau terasa di dalam hati, cuma meninggalkan sedikit nasihat kepada mereka.
“Cercaan dan makian tak menjejaskan saya dan saya tak simpan dalam hati. Saya dah faham. Cuma saya harap jangan cerca sangat, gunalah bahasa yang baik.” nasihat Beliau berkenaan isu yang terbangkit.
Dugaan ketika berhijab, Mia Sara Nasuha,16, mendedahkan masih ada syarikat produksi yang memintanya membuka tudung untuk berlakon sedangkan dirinya sudah berhijab sejak lima tahun lalu.
Disebabkan itu, pelakon drama Adamaya ini terpaksa menolak banyak tawaran lakonan hingga ramai menganggap dirinya sudah tidak aktif dalam lakonan.
“Nak suruh saya buka tudung, tak mungkin akan berlaku. Saya lebih rela tidak berlakon daripada membuka tudung demi memenuhi permintaan mereka.
“Saya akui, tawaran lakonan semakin berkurangan sejak mula mengenakan hijab. Ia tidak lebat seperti suatu ketika dahulu. Baru-baru ini pun masih ada tawaran yang meminta saya membuka tudung selepas diberitahu mengenai watak yang ditawarkan.
“Bukan sekali malah berkali-kali, terutama pada peringkat awal saya bertudung. Sebab itu jugalah saya banyak tolak tawaran lakonan. Bukan sebab saya tak mahu berlakon,” jelasnya kepada BH Online.
Menurut Mia, memberikan watak tidak berhijab kepadanya umpama memintanya menanggalkan hijab.
“Oleh sebab terima banyak tawaran watak tidak bertudung, jadi saya jarang kelihatan di kaca televisyen (TV) sekarang ini. Apabila kurang berlakon, timbul pula andaian saya sudah tidak berminat berlakon lagi dan mahu fokus pada pelajaran.
“Saya minta sangat pihak luar menghormati pendirian saya yang sudah bertudung. Saya pakai tudung bukan atas paksaan sesiapa, ia hadir atas kerelaan hati,” katanya.
Perkara itu juga membuatkannya hilang keyakinan diri untuk kembali aktif berlakon. Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana rezekinya datang daripada pelbagai sumber yang lain.
“Tahun lalu saya mula berlakon semula. Disebabkan itu, saya cuba mendapatkan kehidupan lama. Bagaimanapun, apabila ditawarkan watak tidak bertudung, jujurnya saya mula hilang keyakinan diri.
“Saya reda dan tak pernah ralat dengan keputusan berhijrah ini. Saya bersyukur walaupun kurang tawaran lakonan, tetapi sentiasa ada rezeki lain yang datang,” tambahnya.
Allah selalu memberikan segala keperluan kita, dan memberi rezeki. Tetapi, kita diperintahkan oleh Allah untuk memohon dan meminta kepada-Nya. Memohon dan meminta sering kali kita sebut dengan "Doa".
Doa merupakan senjata yang paling dahsyat bagi orang beriman, aktiviti ibadah yang mudah dilakukan. Betapa dahsyatnya kekuatan doa yang dilantunkan oleh orang-orang yang yakin, bahawa Allah akan mengabulkan segala doa-doanya. Banyak contoh dari orang-orang terdahulu, bagaimana lantunan doa dapat mengubah sesuatu yang mustahil dapat dilakukan, tentu hal itu adanya kekuatan dari Allah SWT, Zat Yang Maha Perkasa dan Maha Kuasa.
Oleh sebab itu, manusia diperintahkan untuk berdoa kepada-Nya. Doa yang dihiasi dengan sikap merendah disertai dengan pengaharapan dan keyakinan, bahawa doanya dapat dikabulkan.
Apakah anda terdorong untuk berdoa? Jika doa anda ingin dikabulkan oleh Allah, maka tanamkan dalam diri anda keyakinan, bahawa Allah akan mengabulkan doa anda.
Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Adapun ketika rukuk, maka agungkanlah Allah. Sedangkan ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, maka doa tersebut pasti dikabulkan untuk kalian.” (HR. Muslim) [HR. Muslim, no. 479]
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Keadaan seorang hamba paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika ia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa saat itu.” (HR. Muslim) [HR. Muslim, no. 482]
Sumber kredit: Amatul Mukminin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Natasha Rizky Pradita merupakan model, pelakon dan pengacara terkenal Indonesia. Dilahirkan di Padang pada 23 November 1993, Natasha telah menunjukkan laluan kerjaya yang telah...