Fatin Afeefa Semangat, Sedia ‘Berperang’ Demi Hak Jagaan Ivy Herra Sophia!

Share

Pelakon jelita, Fatin Afeefa yang juga isteri kepada jutawan, Aliff Awang hari ini hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut hak penjagaan satu-satunya anak perempuan tunggal, Ivy Herra Sophia hasil daripada perkongsian hidup bersama pelakon, Adam Shaz.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri menerusi hantaran di Insta Story suaminya, sebelum dikongsikan semula di Insta Story milik Fatin Afeefa.

Fatin Afeefa Bersemangat Tuntut Hak Jagaan Anak!

“Ready For War @Fatinafeefa” tulis Aliff Awang pada hantaran berkenaan.

Menerusi paparan video di Insta Story berkenaan pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan bersemangat bagi menghadiri perbicaraan tuntutan hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan bekas suami.

Artikel Berkaitan: Tahniah! Fatin Afeefa Atas Perkahwinan, 26 Januari Jangan Lupa ‘Settle’ Hal Mahkamah! – Bekas Suami

Fatin Afeefa hadir ke mahkamah dengan ditemani suaminya, Aliff Awang pada awal pagi Khamis. Malah, lebih menarik perhatian lagi, Fatin Afeefa kelihatan berseri dalam pemakaian jubah berona hitam patuh syariah dan mengenakan tudung litup dalam rona senada.

Rata-rata netizen turut gembira dengan perkembangan positif Fatin yang sedang belajar menutup aurat sepenuhnya itu, malah ada juga yang mendoakan agar segala urusan Fatin dipermudahkan. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.

“Sebelum ini jarang post bertudung, sekarang dia banyak tunjuk pakai tudung, slow2 ye faa, saya doakan yang baik-baik saja untuk awak dan keluarga ❤️ hidayah semua milik Allah ❤️❤️❤️

“Semoga dipermudahkan urusan. Moga kemenangan berpihak pada kak fatin. Aamiin❤️”

“Subhanallah Comeyyy do’ohh”

“Assalamualaikum wow cantik kak Fatin,” tulis wargamaya.

Meninjau pula ke laman Instagram milik aktor, Adam Shahz pula Hijabista mendapati dia turut berharap agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sekadar info, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.

Terbaru, Fatin sah menjadi isteri kepada pasangannya, Aliff Awang pada 30 Disember 2022.

Malah, pada hari pernikahan pasangan itu, Hijabista ada melaporkan bahawa kas suami Fatin Afeefa, Adam turut mengingatkan Fatin agar tidak lupa menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah bertujuan menuntut hak penjagaan anak mereka yang bakal berlangsung dalam satu prosiding pada hujung Januari 2023.

Sumber: Instagram @adamshahz, @diariseorangtrader & @fatinafeefa

Artikel berkaitan:Mahu Isteri Tutup Aurat, Suami Fatin Afeefa ‘Belanja’ RM 5,000 hadiahkan 19 Helai Tudung!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir