Baru-baru ini tular mengenai seorang pembaca berita wanita berbangsa melayu yang fasih berbicara mandarin sewaktu menyampaikan berita di saluran TV2.

Wanita tersebut merupakan Rasyidah Abu Johan yang juga merupakan seorang wartawan penyiaran di unit am berita mandarin.

Menariknya, dia merupakan satu-satunya pembaca berita melayu dan berhijab di unit tersebut.

IKLAN

Kefasihannya bertutur dalam bahasa mandarin adalah kerana dia mendapat pendidikan di sekolah jenis kebangsaan cina dari darjah satu hinggalah ke tingkatan enam.

Tular di twitter, ramai yang menyatakan kekaguman terhadap dirinya apabila boleh menguasai pelbagai bahasa dengan baik dan menjadi simbolik terhadap perpaduan rakyat majmuk di Malaysia.

IKLAN

Daripada menunjukkan perbezaan, lebih baik kita serlahkan persamaan yang ada di antara kita

IKLAN

Memang seronokkan rasanya bila dapat menguasai pelbagai bahasa. Banyak juga peluang yang dapat kita terokai apabila kemahiran diri ditingkatkan.

Tiba-tiba sis rasa semangat pulak nak belajar bahasa mandarin dan tamil selepas ini. Jom sama-sama kita masuk kelas bahasa selepas ini?

kredit: twitter @fuzirbarry

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI