Pagi ini kita dikejutkan dengan berita pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey yang baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Menurut isteri Allahyarham, Nor Hidayah, Abam demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.
“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.
“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak kepada Astro Gempak.
Turut terkesan dengan pemergian Allahyarham, aktres terkenal Fasha Sandha juga meluahkan rasa sedihnya dan mengimbau kembali memori dimana Abam sempat masakkan mee kari untuk dua minggu yang lalu disebabkan dia mengidam.
Allahuakbar,
Sayu dengar perkhabaran pagi ni. Abam oh Abam insan mulia, sudi masakkan untuk kak pada tanggal 26 Jan sebab kak teringin mee ,lepas 2 minggu, Abam dah pi tinggalkan semua.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32, merupakan seorang pelawak, pelakon dan ahli kumpulan Bocey bersama Fad dan Acey.