Hari ini negara dikejutkan dengan belasungkawa, pemergian isteri kepada pendakwah Prof Madya Datuk Dr Mohd Ravi atau dikenali Ustaz Farid Ravi.
Menurut Ustaz, isterinya, Datin Suziana Mohd Soyong telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.40 petang semalam.
Berita berkenaan pemergian isteri tercintanya itu, dimaklumkan ustaz sendiri menerusi sebuah hantaran di laman Facebook miliknya pada jam 6.21 petang.
“Dukacita dimaklumkan bahawa isteri saya Datin Suziana Mohd Soyong kembali kepada penciptanya jam 5.40 petang tadi di Hospital Serdang.
“Kepada semua yang mengenali isteri saya mohon doakan kebaikan dan keampunan untuk almarhumah.
“Juga minta dimaafkan salah dan silap almarhumah sekiranya ada berhutang mohon dihalalkan atau tuntutlah hutang almarhumah daripada saya.
“Doa saudara dan saudari saya dahului dengan ucapan jazakumullah khairan kathira,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Artikel berkaitan: Ibu Chef Wan ‘Cik Ani’ Meninggal Dunia, Pulang Ke Pangkuan Ilahi Pada Usia 93 Tahun!
Mengulas lanjut, ustaz Farid akui terpukul dengan pemergian tulang rusuknya itu, jelasnya wanita itu banyak jasanya ketika bergelar isteri.
Bagaimanapun, ustaz redha dengan pemergian tersebut, sekaligus mendoakan agar almarhumah isterinya ditempatkan bersama as salafus soleh.
Malah, ustaz berjanji bakal menjaga amanah yang dititipkan oleh isterinya itu, iaitu menjaga enam orang anak mereka dengan sebaik mungkin selepas pemergiannya.
“Perginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya. Abang doakan agar ummi ditempatkan bersama para solihin.
“Semoga abah kuat jaga hadiah ummi enam orang dengan baik. Tenanglah ummi di sana,” ujarnya.
Sumber: Berita Harian
Artikel berkaitan: Pengarah Filem ‘Hantu Dalam Botol Kicap’, Azhari Zain Selesai Dikebumikan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.