Mengulas lanjut, ustaz Farid akui terpukul dengan pemergian tulang rusuknya itu, jelasnya wanita itu banyak jasanya ketika bergelar isteri.
Ads
Bagaimanapun, ustaz redha dengan pemergian tersebut, sekaligus mendoakan agar almarhumah isterinya ditempatkan bersama as salafus soleh.
Janji Bakal Jaga ‘Amanah’ Enam Cahaya Mata Yang Dititipkan Almarhumah
Malah, ustaz berjanji bakal menjaga amanah yang dititipkan oleh isterinya itu, iaitu menjaga enam orang anak mereka dengan sebaik mungkin selepas pemergiannya.
“Perginya insan yang paling mengenali saya dan banyak jasanya. Abang doakan agar ummi ditempatkan bersama para solihin.
Ads
“Semoga abah kuat jaga hadiah ummi enam orang dengan baik. Tenanglah ummi di sana,” ujarnya.
Ada tak yang disini lambat nak memahami subjek kira-kira seperti Matematik? Bila orang suruh ‘congak’ dan mengira, mulalah menggelabah dan ‘panic’. Untuk pengetahuan anda semua,penyakit ini merupakan sebahagian daripada ‘learning disability‘. Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan juga perkongsian daripada salah seorang pesakit diskakulia yang tular di TikTok.
Mungkin ramai yang cakna dengan ‘disleksia’ namun tidak ‘diskalkulia’. Kedua-duanya merupakan masalah pembelajaran. Disleksia merupakan kesukaran kemahiran pembelajaran seperti menulis, ketepatan ejaan, kelancaran pembacaan dan pemahaman ayat. Manakala diskalkulia ini lebih kepada kesukaran untuk mengira dan mengenal angka. Diskalkulia dan ‘calculation‘….memang berkait rapat! Tambahan itu, penyakit diskalkulia ini tidak boleh dirawat tapi boleh dikawal.
Diskalkulia ini adalah gabungan bahasa Greek “dys” yang bermaksud kesukaran, dan perkataan Latin “calculia” bermaksud “pengiraan”. Jadi dyscalculia ditakrifkan
sebagai masalah pembelajaran khusus seperti matematik. Penghidap diskakulia ini sering menghadapi masalah untuk memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dan juga cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 4+5=9 tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan dan tidak yakin dengan jawapan tersebut. Bahkan, ada yang baru melihat nombor pun jadi pening.
Simptom-simptom Diskalkulia
Menurut perkongsian daripada Iluminasi,terdapat lapan tanda-tanda seseorang itu menghidap diskalkulia. Berikut adalah diantara tanda-tandanya:
Lemah dalam pengiraan yang spontan.
Susah mengenal nombor dan simbol-simbol asas dalam matematik seperti +, -, x dan ÷.
Sukar untuk menentukan nilai mana yang lebih besar dan kecil. Contohnya, tidak dapat mengenal pasti nilai yang terbesar antara 69 dan 96.
Mengira sifir 2 atau 5 dalam turutan menurun.
Lemah dalam mengira wang atau melihat masa.
Sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti nilai, saiz, jarak atau cecair.
Kurang kesedaran tentang kedudukan, arah dan lain-lain disebabkan tidak pandai membaca peta atau jadual.
Payah menggunakan peraturan matematik dan prosedur. Oleh itu, mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik.
Terdapat juga beberapa punca terjadinya diskalkulia ini. Antara punca berlakunya penyakit ini adalah daripada genetik (disebabkan ahli keluarga yang turut mengalami masalah diskalkulia), kecederaan otak, pendedahan matematik yang terlalu awal (terdapat sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil) dan juga faktor pengajaran di sekolah.
Penghidap diskalkulia yang tular menerusi TikTok
Sebelum ini pernah tular satu video mengenai wanita yang dikatakan penghidap diskalkulia. Dia telah berkongsi dan memberi kesedaran mengenai penyakit ini dan telah berjaya menarik perhatian netizen. Iya lah, rata-rata masyarakat tidak tahu mengenai penyakit ini dan ia merupakan sesuatu yang baharu. Video yang tular itu juga telah mendapat kesukaan sebanyak 18.1K.
Wanita yang senang disapa sebagai Fija ini telah berkongsi bahawa dia tergerak hati untuk membuat penilaian(assesment) secara online selepas membaca mengenai penyakit ini di internet. Menerusi perkongsiannya bersama Mstar, Fija berkata dia mengunjungi sebuah pusat penilaian dan membuat ujian berkaitan soalan Matematik selama dua jam, sebelum didiagnos dengan masalah Diskalkulia pada awal tahun ini.
“Sepanjang dua jam membuat soalan berkaitan pengiraan, ada seorang pakar akan observe dan monitor. Selepas buat ujian, mereka keluarkan keputusan dan sememangnya saya didiagnos dengan Diskalkulia.”
Tambahnya lagi, selepas didiagnos individu tersebut kebiasaannya disarankan untuk meneruskan dengan rawatan terapi, khususnya mereka yang masih bergelar pelajar.
“Namun saya tak buat terapi kerana kekangan waktu disebabkan tuntutan kerja.”
“Walaupun agak lambat mengesan situasi ini, namun saya lega akhirnya dapat juga tahu jawapan mengenai situasi yang saya hadapi ini,” tambahnya lagi.
Bercerita serba ringkas mengenai masalah tersebut ketika berada di bangku persekolahan, Fija berkata dia mengambil masa yang lama untuk memahami topik dalam subjek Matematik yang diajar oleh gurunya.
“Saya pernah tanya cikgu untuk minta dia ajar lebih jelas, tapi masih tak faham… saya segan juga sebab orang lain senang faham.”
“Jadi saya akan bertanya kepada kawan-kawan. Merekalah yang mengajar saya walaupun struggle juga nak bagi saya faham.”
“Jadi setiap kali ujian atau peperiksaan besar, saya akan bangun awal pagi untuk buat latihan dan ulangkaji. Boleh dikatakan hampir setiap pagi. Alhamdulillah, untuk subjek lain saya tiada masalah untuk skor,” ujar Fija sambil menambah, keputusannya untuk subjek Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak memuaskan hasil usaha kerasnya itu.
Wanita ini juga telah berkongsi bahawa dia telah diagnosis di Dyslexia Genius Titiwangsa Centre. Dia sempat berpesan kepada ibu bapa terutamanya agar lebih cakna dengan perkara ini kerana ianya mampu memberi kesan dalam kehidupan harian. Bayangkan, kalau kita mahu membeli barangan atau makanan pun kita kena pandai kira-kira kerana takut kalau ditipu. Ini kerana jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental kerana ianya berkait rapat dengan keyakinan diri.
Komen daripada warganet
“Apabila saya share, ramai yang bertanya mengenai lokasi di mana saya buat assessment. Dan ada yang komen, situasi tersebut sama macam yang dialami oleh anak muridnya.
“Kadang ada yang fikir, seseorang pelajar tu lemah sebab malas. Tapi sebenarnya pelajar tu struggle dengan masalah ini.” katanya lagi.
Langkah gadis ini menyebarkan kesedaran kepada masyarakat wajar dipuji. Kalau tidak, sampai bila-bila masyarakat tidak tahu mengenai penyakit Diskalkulia. Segeralah melakukan dignosis dan dapatkan rawatan sekiranya anda ada tanda-tanda diskalkulia. Risau penyakit ini akan memberi kesan dalam kehidupan seharian anda. Kalau anda mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar, anda akan belajar cara untuk menangani masalah ini.
Pelakon cantik, Elfira Loy meluahkan kesyukuran apabila impiannya bersama Mama tercinta untuk tunai Haji bersama akhirnya termakbul.
Terdahulu, ibu kepada dua anak ini berkongsi berita gembira di Instagram peribadinya apabila berpeluang menunaikan ibadah haji buat kali pertama pada tahun ini.
“Syukur sangat impian mama and el untuk mengerjakan Haji bersama beberapa tahun lama yang lepas akhirnya terkabul.”
Menceritakan semula detik permulaan mereka mendapat peluang mengerjakan Haji, Elfira Loy memaklumkan dia dan ibunya, Filzah Yusoff pergi ke tanah suci secara berasingan.
Elfira Loy mendapat jemputan daripada Kementerian Media Arab Saudi manakala ibunya bersama Tabung Haji. Namun akhirnya mereka bertemu di Mekah.
“Pada tahun ini sebenarnya Alhamdulillah kami berdua mendapat peluang untuk mengerjakan Haji dari Tabung Haji.”
Namun, atas faktor anak Elfira Loy menolak dan mendahulukan ibunya untuk mengerjakan ibadah tersebut.
Kalau sudah rezeki tidak akan ke mana. Elfira Loy menerima ‘jemputan’ kali kedua bagi menunaikan ibadah Haji.
“Pada hari doa selamat Mama, El mendapat berita gembira bahawa ada jemputan dari Kementerian Media Saudi Arabia. MashaAllah Tabarakallah.
“Allah benar benar menjemput El sehingga dua kali jemputannya. Jadi El tawakal pada Allah. El pergi sahaja Lillahitaala.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut dan peminat Elfira Loy turut merasa terharu serta menitipkan doa buatnya.
“Allah always the best planner, untungnya jadi Elfira.”
“Alhamdulillah bestnya Kak el. Dua kali dijemput, rezeki memang tak salah alamat.”
“Dreams of semua daughters in the world. To perform Hajj / Umrah with Mama.”
Malah, ada yang merasa kagum dengan perubahan terkini Elfira Loy terutama dari segi penampilan.
“Suka tengok el slowly berubah ke arah yang lebih baik dari segala aspect terutamanya yang saya suka bab pakaian, anak yang baik, adik/kakak yang baik, isteri yang baik, ibu yang baik, Allah gantikan segala kebaikan dengan jemputan Haji. MasyaAllah. Selamat Pulang ke Tanah Air Hajjah Elfira, Haji mabrur insyaAllah.”
Semoga dilancarkan segala urusan Elfira Loy di sana dan dikurniakan Haji mabrur.
Zaman sekarang ini, tiada istilah perigi mencari timba. Jika hati sudah terpaut, apa salahnya seorang wanita itu memikat jejaka pilihan hatinya.
Seperti yang dikongsikan oleh Muhamad Firdaus Ibrahim, 23, dia yang lumpuh bertemu jodoh bersama isteri iaitu Siti Fatimah Mohd Nor, 25, dan sudah berkahwin pada 17 Ogos lalu selepas isterinya memulakan langkah perkenalan di laman Instagram.
Bagi Fatimah, dia tidak pernah melihat fizikal Firdaus yang lumpuh dan hidup berkerusi roda akibat kemalangan sebagai halangan untuknya membina rumah tangga bersama.
Memuat naik di twitter, perkongsiannya itu mendapat lebih 14 ribu retweet hingga ke hari ini.
Walau pada mulanya Firdaus agak ‘jual mahal’ terhadap pasangannya itu, namun kalau dah jodoh tak ke mana kan?
“Itu bukan mengorat, itulah keberanian dan kejujuran”- Ramai warganet yang terinspirasi dengan kisahnya itu dan berharap mereka juga mempunyai keberanian yang sama seperti isterinya.