Bagi mereka yang mengikuti perkembangan industri nyanyian di Malaysia pasti mengetahui lagu “Tanpamu” nyanyian Farawahida yang sehingga kini masih lagi didengari dan masih dinyanyikan. Wanita berkulit hitam manis ini mendapat perhatian media dan orang diluar sana.
Penyanyi berwajah manis ini berhijrah memakai tudung beberapa tahun lalu membuatkan dirinya berasa yakin dengan penampilan bertudung. Malah bertudung sambil menyanyi buat Farawahida tidak menghalangnya untuk bergaya dengan lebih elegan.
“Perubahan diri saya ini adalah kerelaan diri sendiri tanpa paksaan dan bukan semata-mata mengikuti trend” penjelasan Farawahida
Ads
Meskipun mempunyai kehidupan yang lebih terbuka sebelum ini tetapi menurut Farawahida dia tidak merasakan kekok apabila memakai tudung. Selain itu, Farawahida juga sangat aktif orangnya. Pada masa lapang, Farawahida mengikuti ahli kelab badmintonnya untuk kekal cergas dan bersemangat.
Belum ada rezeki
Selepas perpisahan bersama bekas suaminya, pada tahun lepas penyanyi Farawahida melangsungkan perkahwinan kali kedua bersama dan dia sangat menginginkan cahaya mata. Tetapi rezeki masih tiada. Walau bagaimanapun, dia tidak berputus asa dan yakin pada ketentuan Allah S.W.T
Ads
Senangnya apabila suami kepada Farawahida bekerja dalam bidang perubatan. Suami Farawahida juga menegaskan bahawa untuk tidak mengambil sembarangan ubat-ubatan atas tujuan kesihatan dan memantau Farawahida dan memastikan ianya tidak berisiko terutama sekali untuk Farawahida kekal sihat yang boleh memudahkan dirinya untuk mengandung.
“Saya tidak terlalu fikir soal ingin cahaya mata kerana itu akan membuatkan diri saya tertekan jadi saya ikutkan rezeki sahaja” katanya
Mungkin rezeki anak belum sampai waktunya lagi tetapi rezeki buat dirinya yang mempunyai single terbaru bertajuk “Aku tak Sempurna” yang menjadi OST drama Demi merupakan salah satu daripada rezeki buat dirinya.
Apa pun, tiada yang sempurna di dunia ini dan yang sempurna itu hanyalah Allah S.W.T. Sama-sama kita doakan buat Farawahida agar dikurniakan cahaya mata dan kekal beristiqomah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selain penampilan, wajah adalah antara yang perlu diambil perhatian penjagaannya. Bayangkan kalau ada seketul jerawat tumbuh juga boleh menyebabkan kita hilang mood. Apa lagi jika mengalami masalah kerosakan kulit di seluruh muka. Memang boleh buat kita tak keluar rumah seminggu.
Perkongsian dari seorang gadis di laman sosial, Amyrah yang mengalami masalah ‘breakout’ akibat alergi habuk dan juga masalah salah memakai produk ini boleh kita ambil perhatian.
Alami ‘breakout’ kerana alergi.
Dia yang membahasakan dirinya Kak Mighah menceritakan pengalamannya yang down apabila mengalami masalah ini.
Memang malu untuk berjumpa orang sekeliling dan makin pedih bila dia meletakkan sejenis ubat.
Namun dia jenis tak putus asa dan akhirnya berjaya menemui penyelesaian yang cukup mudah dan pantas dengan hanya menggunakan beberapa langkah untuk memastikan wajahnya kembali halus dan mulus seperti sebelumnya.
Setelah gunakan 7 produk yang dibeli di drugstore.
Caranya adalah membuat rawatan wajah sendiri di rumah menggunakan produk bersesuaian. Selain itu, dia juga turut menitik beratkan pemakaian skrub yang dibuat sendiri daripada dua bahan iaitu, kunyit hidup dan beras. Katanya lebih jimat.
Produk yang digunakan didapati dari farmasi untuk membuat sendiri rawatan wajah di rumah.
TIPS UTK RECOVER MUKA YANG BREAKOUT
Alhamdulillah muka kakmighah dah recover balik dri breakout yg teruk gila Ingat lg time tu bangun pg nak cuci muka ehh apa ni muka kasaq, lps tu tgk cermin, ya allah pasaipa muka jd mcm ni.
Yang dahi dia naik biji biji yang ada air bisa tu.. mmg geram rasa nk kikis ja dahi huhu.. kat pp biji pasir, kena tahan diri dari picit sbb semua tu kuman nt lg merebak taw. Ramai org tegur awat muka jd mcm ni, sbb sblm ni mmg muka dok okay haa..
Muka start jd mcm ni bulan may hari tu, sebab allergic habuk, pernah juga jd sbb salah pakai product.. alhmdulillah raya baru ni recover nasib baik kalau x raya pon murung ja muka masalah gini.
Wajah terkini Kak Mighah.
Kira sebulan lebih juga nk recover.. sekarang parut dah tgl merah merah ja dan ada la jerawat hormon yg naik kekadang tu.. kalau makan kekacang tu dia naik la tp dah xrsau sbb taw dah nak pkai apa dan cepat kecut jerawat. Time jd gini abah mak smpai ajak g klinik sbb mmg terok.. ubat klinik pkai xokay juga
Thnks Beloved Alyf Afiq, my biggest supporter.. I love you
Kak mighah share naa, caption di setiap gmbr
STEP 1
1. Okay make up remover ni wajib kita guna, utk remove make up.. even pakai bedak sikit ja pon wajib remove dulu. sbb nk make sure muka kita bersih and remove guna kapas biasa yg kita guna tuu hihi.. Boleh dapat kat watson/guardian. Harga dalam Rm14+ kalau sale lg murah blh dpt. Tahan sebulan gitu. Ini botol ke 4 kakmighah pakai.
STEP 2
2. Lepas remove make up, kakmighah cuti pakai cetaphil ni.. dia ada dua jenis utk kulit normal dan utk kulit allergic. kakmighah guna yg ni ja, mmg best sgtt lepas cuci muka rasa lembut ja Dia xberbuih taw, High recommended utk kulit breakout Tp jgn pkai sekejap jaa tgok muka xberubah trus tgal. its take time taw.. kena pkaii smpai muka okay taw.. lps tu muka akan licin ja fuh fuh. Yg ni lebih kurang Rm40+ kalau xsilap.. yg utk kulit allergic Rm60+..Ni botol ke 4 iols pakai hihi
STEP 3
3. Safi gamat ni elok utk jerawat dan dia ada habbatus sauda. Contoh kalau cetaphil hbis kita boleh cover yg ini hehee.. Harga xingt dah berapa sebab lama dah beli hihii.
STEP 4
4. Haa lepas dah cuci muka segak segak, lap muka bg kering dengan tuala bersih taw xpon kapas muka tu.. lps tu ampa dap dapp muka dengan toner ni. Jerawat cepat kecut. dia protect muka kita dri jerawat.. Mmg best sgt sgt taw, Hrga dalam Rm5 ringgit jaa hehe, kat watson cari xdak.. tp mall biasa ada rasanya ( boleh check di Aeon Big )
STEP 5
5. Okay lepas toner dah kering, kita apply moisturizer ni.. sbb muka kita mmg wajib guna moisturizer sbb nk elakkn muka jd kering.. Alhmdulillah sepanjang pakai Mmg muka lembut ja rasa. Aloevera mmg elok kn Tp make sure beli yg original jgn beli yg siam pula Ni kakmighah beli kat The face shop. Tahan lama tau.
STEP 6
6. Tidact ni ampa apply bila muka naik jerawat hormon gitu. Yang jerawat period, Jerawat allergic seafood .. pakai sikit ja calit kat jerawat tu shj jgn bnyk bnyk taw. Harga dlm Rm20, boleh beli kat farmasi terdekat anda.
STEP 7
7. Kita juga wajib detox badan kita, yang makanan bermnyak atau yg xelok utk penghadaman kita kena cuci bg usus bersih.. sbb dri usus kotor la macam macam naik kat muka Make sure yg ada collagen sbb collagen yg akn bg kulit kita gebu gebas putih Jus slimming detox ni bgus sbb dri buahan juga dan ada vitC.. Ini hrga dlam Rm80 sesuai utk semua yang ni kakmighah ada jual, sbb elok.. kulit cantik boleh putih dan kurus sekali trus jd agent sbb product best
Produk yang digunakan didapati dari farmasi untuk membuat sendiri rawatan wajah di rumah. Bermula dari tanggalkan mekap, membersih wajah, menyegar dan melembap wajah, perawatan jerawat dan minuman detoks.
Moga bermanfaat utk kita semua taw, share jgn xshare.
Kulit yang xdak masalah pon boleh amalkn, takkan kita nk tgu kulit rosak baru nk start. kn kn
Nota kaki: Kalau muka breakout mesti ada parut kan, kalau parut kita kena pakai scrub utk buang kulit mati, atleast seminggu 2 kali pon dah memadai taw. Bnyak skrg scrub yg ada kat pasaran so boleh pilih ja taw. Tp kak mighah selalu buat sendri jimatttttt hiks.
Bahan-bahan utk scrub. 1. Beras yg direndam semalam, segenggam pon cukup. Beras buat kulit kita lembut 2. Kunyit hidup/serbuk. Kunyit berfungsi matikn kuman juga dan kecutkn jerawat
Blend dedua ni tempek la kat muka hiks, waktu nk blend letak air beras sikit yg kita rendam tu.
Pakai dalam setengah jam or dah kering di muka. Ampa cuci dengan air suam dan usap usap macam buat scrub, nt white head black head semua hilang taw.. kulit mati pon keluar , air suam berfungsi bg pori terbuka so akan cuci la mnyak mnyak yg tersumbat kat pori. And then bilas dgn air sejuk bg tutup balik pori.. gituww heks
Potongan baju kurung yang sesuai amat penting kalau hendak nampak kurus cantik ke majlis kenduri kahwin. Baju kurung paling selamat, bukan sahaja sesuai untuk menghadiri majlis rasmi, malah ketika melawat saudara mara di kampung. Malah baju kurung juga sesuai untuk digayakan ke pejabat sebagai pakaian rasmi.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga gemar memakai baju kurung. Sejak kecil baginda sering melihat penampilan bonda dan nendanya yang sentiasa kemas dan anggun berbaju kurung. Lantas baju kurung menjadi busana selesa yang disarung baginda setiap hari ke mana-mana sahaja termasuk keluar membeli-belah atau melawat kampung, selain semestinya ketika menghadiri majlis rasmi.
Sedar tak sebenarnya memakai baju kurung juga boleh membuatkan seseorang itu nampak kurus dan langsing. Tetapi kenalah pilih dan pakai baju kurung dengan potongan yang tepat.
Selalunya ramai yang memilih untuk memakai baju kurung ketika menghadiri majlis perkahwinan. Apabila sudah hampir hujung tahun ini, tentulah banyak dapat undangan majlis perkahwinan bukan? Namun penting untuk pilih potongan baju kurung yang tepat sesuai dengan potongan badan. Dipetik dari Facebook Kongsi Tips Diet Sihat Dan Kurus Cepat
Anda semua mesti nak nampak kurus cantik bukan sebelum pergi ke kenduri hujung tahun ini? So here’s tip untuk pemilihan baju kurung untuk ualls ke majlis kahwin dan kenduri kendara.
Kulit anda merupakan aset dan ciri terpenting yang menyumbang kepada kecantikan anda. Itulah sebabnya menjalani rutin penjagaan kulit adalah tugas penting, yang sayangnya banyak yang tidak dihiraukan.
Sangat penting untuk memberikan kulit kita sedikit pelindungan untuk mengelakkan dari jerawat, merawat kedutan dan menjaga kulit agar kelihatan sihat dan berseri! Dalam meraikan bulan kesedaran Penjagaan Kulit Nasional pada bulan September ini,
Beberapa senarai kegemaran sepanjang masa yang telah diiktiraf anugerah kecantikan selama bertahun-tahun. Berikut produ yang anda boleh masukkan dalam senarai rutin kecantikan anda
Anda tidak perlu menghabiskan berjam-jam di klinik pakar dermatologi untuk mendapatkan rawatan pengelupasan kimia. Yang anda perlukan hanyalah 2 minit setiap hari untuk kulit yang lebih halus, lebih bersih dan sihat dari dalam ke luar. Rawatan harian dua langkah yang mudah digunakan terdiri daripada 7 asid, antioksidan dan vitamin untuk mengangkat kulit mati, minyak berlebihan dan kekotoran, sambil memperbaiki nada dan tekstur yang tidak rata. Dr. Dennis Gross Alpha Beta® Extra Strength Daily Peel dicipta untuk kegunaan harian.
Rihanna mempunyai kekuatan untuk menjual sebarang produk yang dilancarkan dalam beberapa minit. Pelembap Pelindung Matahari Fenty Skin Hydra Vizor Invisible Broad Spectrum SPF 30, hibrid pelembap-pelindung matahari berkuasa tinggi di pasaran, semuanya hasil dari ramuan-ramuan yang unggul seperti kalahari Desert lemon, niacinamide, hyaluronic acid, lidah buaya dan baobab yang menjanjikan kulit yang tidak terhidrat dan licin setelah aplikasi pertama. Krim berwarna merah jambu menyatu dengan sekata dengan semua warna kulit, menjadikannya sesuai untuk digunakan di bawah lapisan solekan. Ketahui lebih lanjut mengenai produk yang berjaya dicapai di sini.
OLEHENRIKSEN Banana Bright Vitamin C Serum adalah kekuatan yang harus anda miliki. Serum terlaris ini dengan serta-merta mencerahkan kulit dan melindungi kulit daripada pencemaran berbahaya yang sering kita dedahkan setiap hari. Bahagian monumental dari Truth Collection, dengan tekstur baldu yang menakjubkan menawarkan Vitamin C tahap tinggi bukan sahaja dapat meningkatkan cahaya di wajah anda, tetapi juga mengisi kulit pada tahap sel untuk merangsang pengeluaran kolagen dan mengoptimumkan keanjalan kulit wajah.
Laneige, jenama penjagaan kulit Korea yang terkenal, dengan bangga memperkenalkan Perfect Renew Youth Retinol Eye Cream For Face sebagai tambahan terbaru untuk rangkaian anti-penuaan. Laneige telah menyempurnakan formulasi yang lebih dari sekadar mencegah kedutan, tetapi juga untuk mengurangkan kedutan dan meningkatkan menegangkan kulit.
Formula selamat untuk pemula ini sesuai untuk seluruh wajah dengan ketulenan Retinol 95% yang selamat yang merangsang pengeluaran kolagen dan mengurangkan jumlah kedutan dan liang pori. Rangsangan kolagen juga disokong oleh Asid Hyaluronik 5D untuk mencegah degradasi kolagen, membantu penyerapan retinol dan menggebukan kulit.
Belum bersedia untuk ke spa, tetapi bosan dengan kulit kusam dan bermasalah setiap kali anda melihat sekilas diri anda di cermin? Nah! Dengan adanya Optimizer Voyage Tri-Light ++ yang memenangi anugerah Skin Inc yang menggabungkan kekuatan kromoterapi dan terapi sonik untuk meningkatkan prestasi penjagaan kulit anda hanya dalam 10 minit. Semuanya bagi memberikan keselesaan rawatan hanya di rumah anda sendiri. Seperti tongkat sihir, memancarkan lampu LED yang diilhamkan oleh NASA ke seluruh kulit anda dengan gerakan bulat yang menenangkan, dipasangkan dengan My Daily Dose Cocktail Serums, akan mengubah warna kulit anda menjadi versi yang terbaik.
Memiliki raut wajah persis 'barbie' bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan cef viral dari Lubnan, Abir...