Viral minggu lepas berkenaan kisah di mana 22 wanita menang dalam satu kes saman membabitkan penggunaan bedak talkum pada vagina hingga menyebabkan kanser ovari. Sebenarnya bedak talkum itu tiada masalah tetapi cara penggunaannya yang tidak betul menyebabkan berlakunya masalah ini. Seperti dijelaskan Doktor Rusyainie Ramli di laman social, facebook menerangkan beberapa fakta mengenainya. Statusnya ini mendapat perkongsian 5 ribu butang share dan juga 3 ribu lebih butang like.
Ikuti penjelasannya agar kita tidak akan merasa was-was dengan penggunaan bedak talkum ini, terutama sering digunakan untuk bayi anda.
Inilah masalah rakyat kita. MALAS NAK BACA. Hanya ambil tajuk yang dia nampak saja. Dan terus buat andaian.
Kesemua 22 wanita di Amerika Syarikat yang menang kes lawan dengan syarikat Johnson & Johnson ni, GUNA BEDAK TALKUM DI KEMALUAN. Mereka tabur atas seluar dalam, dekat celah paha, malah atas pad dan juga tampon semasa datang haid. Dan mereka guna berpanjangan. Berpuluh-puluh tahun.
Kajian tentang kaitan kanser ovari dan bedak talkum ni ada bercanggah dan kaitannya sangat boleh diragui. Nak ulas memang panjang. Tapi secara kesimpulannya, nak kata pakai bedak talkum kat vagina terus jadi kanser ovari tu taklah tepat. Kalian boleh baca tentang kanser ovari di https://ediagnosa.com/kanser-ovari-punca-simptom-dan-rawat…/
Sejak tahun 1970an, asbestos tidak lagi dibenarkan penggunaannya dalam bedak talkum. Johnson & Johnson pun dah keluarkan kenyataan yang mereka tak masukkan asbestos dalam bedak talkum. Di Amerika Syarikat, mereka mempunyai regulasi yang ketat kalau bab kosmetik. Bedak talkum termasuk dalam kosmetik.
Saya dah banyak kali menulis pasal penggunaan produk pada faraj. Sampai berperang dengan netizen yang ada bebalitis. Mesej saya mudah, JANGAN LETAK ATAU GUNA SEBARANG PRODUK untuk bersihkan faraj. Cecair pencuci feminin yang dijual di farmasi pun tak payah. Semua tu akan bunuh bakteria yang hidup simbiosis yang Allah dah bagi kat kawasan vagina. Nanti yang baik tu mati, bakteria jahat datang. Usah lah kacau kejadian Tuhan.
MERUANG TU DAH TERBUKTI bawa lebih banyak kesan buruk pun. Tolong jangan terpedaya dengan dakyah songsang bani klimaks dan jamu yang tujuan hidup mereka hanya untuk hubungan kelamin. https://www.facebook.com/rusyainie.ramli/posts/10214760760123228
Faraj tak perlu la nak berbau macam letak minyak wangi. Pelik sungguh la. Cuma basuh dengan air paip sudah la. Kalau ada keputihan yang tak normal, terus jumpa doktor. Mungkin perlu dirawat.
Untuk kanak-kanak dan bayi yang pakai lampin tu, tak payah pakai bedak. Pakai la krim yang bersesuaian. Dan tukar lampin dengan kerap nak mengelakkan ruam dan rengsa.
Bukan Johnson & Johnson saja yang disaman oleh pesakit kanser ovari. Ada beberapa lagi syarikat lain tapi sebab Johnson & Johnson ni sangat terkenal di seluruh dunia, kes ni memang mendapat perhatian.
Apa yang saya nak pesan, bedak ni setakat pakai kat kulit macam tangan, kaki dan badan sudahlah. Gunanya nak serap peluh dan minyak. Itu saja. Ada pesakit yang ada alahan pada bedak sebab habuknya, tak payah lah guna. Untuk pesakit ada ekzema, baik guna krim pelembab yang jenis hipoallergenik. Dan mesti dapatkan rawatan doktor.
Dr. Rusyainie Ramli
Tak pernah pakai bedak talkum pun. Tak suka sebab nanti meja solek berhabuk.