Farah Lee Reka Tudung Pakai Buang Khas Bagi Membantu Frontliners Wanita

Share

Tersentuh hati melihat petugas hospital bertungkus lumus merawat pesakit covid-19 membuatkan Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee bertekad untuk menghasilkan tudung pakai buang buat petugas barisan hadapan ini.

Selain memudahkan, ia juga bertujuan menghalang mereka daripada terjangkit dengan wabak itu. Menerusi ruang instagramnya, Farah telah berkongsikan ideanya itu dan rata-rata pngikutnya menyambut baik rancangannya yang bernas itu.

Faham masalah yang dihadapi oleh petugas hospital wanita apabila kadang kala penutup kepala tidak dapat melindungi sepenuhnya bahagian rambut.

How can I sit still, watching the frontliners risking their lives.? So there you go.! Been initiating this project since the second day of MCO, I am now happy to share it with you guys.
.
Nak jadi frontliners dah terlambat nak study or pergi training 😅 so Farah cuba cover area yang Farah ada experience iaitu clothing @ommaesabel

 dan crowd funding @fl.childrity.
.
Farah dah design a very simple disposable instant hijab untuk digunakan oleh female frontliners (Farah dah discuss with f&f frontliners, mereka memang kekurangan tudung pakai buang – since PPE kit tak cukup dan substitute head cover kadang tak properly cover tudung so agak insecure lah).
.
Bagi yang nak menyumbang, boleh buat online transfer pada account no di atas. Dan tolong share sekali pada orang lain jugak ya 🙏🏼 Kita sama-sama bantu mana yang kita mampu, inshaAllah dapat buat amal walau hanya #stayathome
#kitajagakita kan.?
❤️

Alhamdulillah, seronok rasanya apabila melihat ramai rakyat Malaysia mengambil inisiatif sendiri bagi membantu barisan petugas hadapan. Biarpun kita merasakan ia hanyalah usaha kecil namun sebenarnya ia mampu memberi manfaat besar pada orang lain. Moga amalan kita semua diterima Tuhan dan dapat membantu mencegah wabak covid-19 ini. InsyaAllah.

Published by
Qistina