Tersentuh hati melihat petugas hospital bertungkus lumus merawat pesakit covid-19 membuatkan Nurfarahin Romli atau lebih dikenali sebagai Farah Lee bertekad untuk menghasilkan tudung pakai buang buat petugas barisan hadapan ini.
Selain memudahkan, ia juga bertujuan menghalang mereka daripada terjangkit dengan wabak itu. Menerusi ruang instagramnya, Farah telah berkongsikan ideanya itu dan rata-rata pngikutnya menyambut baik rancangannya yang bernas itu.
Faham masalah yang dihadapi oleh petugas hospital wanita apabila kadang kala penutup kepala tidak dapat melindungi sepenuhnya bahagian rambut.
Ads
How can I sit still, watching the frontliners risking their lives.? So there you go.! Been initiating this project since the second day of MCO, I am now happy to share it with you guys. . Nak jadi frontliners dah terlambat nak study or pergi training 😅 so Farah cuba cover area yang Farah ada experience iaitu clothing @ommaesabel dan crowd funding @fl.childrity. . Farah dah design a very simple disposable instant hijab untuk digunakan oleh female frontliners (Farah dah discuss with f&f frontliners, mereka memang kekurangan tudung pakai buang – since PPE kit tak cukup dan substitute head cover kadang tak properly cover tudung so agak insecure lah). . Bagi yang nak menyumbang, boleh buat online transfer pada account no di atas. Dan tolong share sekali pada orang lain jugak ya 🙏🏼 Kita sama-sama bantu mana yang kita mampu, inshaAllah dapat buat amal walau hanya #stayathome. #kitajagakita kan.? ❤️
Alhamdulillah, seronok rasanya apabila melihat ramai rakyat Malaysia mengambil inisiatif sendiri bagi membantu barisan petugas hadapan. Biarpun kita merasakan ia hanyalah usaha kecil namun sebenarnya ia mampu memberi manfaat besar pada orang lain. Moga amalan kita semua diterima Tuhan dan dapat membantu mencegah wabak covid-19 ini. InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hidayah dari Allah SWT datang dalam pelbagai cara. Dan beruntungnya kita jika menjadi insan pilihan menerima nur darinya. Bagi mualaf, Jasnita Jerome DIA bersyukur kerana dipilih Allah SWT menjadi Sebahagian daripada umat Islam. Walaupun keinginan itu sudah lama Terdetik dalam hatinya, namun dek kerana Pelbagai kekangan impian itu hanya tercapai kira-kira sebulan yang lalu.
Sempena isu Hijabersary, Hijabista berkesempatan untuk mengadakan sesi temubual dan fotografi dengannya bercerita pengalaman menerima hidayah Allah. Ternyata cahaya kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya tika bertandang ke Studio Karangkraf baru-baru ini.
Makna di sebalik nama
“Sebenarnya nama asal saya seperti orang Melayu. Cuma agama saja yang membezakan saya sebelum itu. Dan apabila saya memeluk agama Islam baru-baru ini, terus menukar nama kepada Nur Afina Jasnita Jerome.
“Saya pilih nama berkenaan kerana ia membawa maksud yang baik. Nur bermaksud cahaya, Afina pula ‘orang yang memaafkan’. Sebenarnya saya memang seorang yang tidak menyimpan perasan negatif dan seorang yang cepat memaafkan orang lain,” ungkap Nur Afina Jasnita, 20 tahun dan berasal dari Sabah ketika memulakan perbualan.
Alami mimpi indah
Menceritakan pengalamannya berhijab, Nur Afina jelas tidak sabar untuk berkongsi perjalanannya dalam menerima hidayah Allah.
“Kisah penghijrahan saya bermula dengan niat dan keinginan yang mendalam selama lebih tujuh tahun lalu. Sebenarnya awal tahun ini saya ada mengalami mimpi yang pada saya cukup indah. Mimpi itu berkisar dalam sebuah masjid di mana hanya ada saya dan seorang wanita yang bertelekung duduk di atas sejadah dengan sebuah Al-Quran.
“Pada waktu itu wanita ini dilimpahi sinar dan cahaya tertumpu hanya pada dirinya. Saya juga rasa sedikit pelik kerana pada masa sama saya juga memakai telekung dan dia kemudiannya memanggil saya untuk duduk sekali dengannya. Tapi saya tidak dapat melihat dirinya kerana apabila saya duduk untuk pandang wajahnya azan Subuh berkumandang dan saya terus tersedar,” cerita Nur Afina yang pada ketika itu terus tekad untuk berhijrah.
Dapat sokongan keluarga
Dia juga bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga dalam penghijrahan kepada agama baru iaitu Islam.
“Alhamdulillah penerimaan keluarga saya baik dan mereka faham yang saya sudah besar untuk membuat keputusan memilih mana yang terbaik. Mereka sentiasa menyokong pilihan saya asalkan ke arah kebaikan.
“Tidak dinafikan apabila bergelar saudara baru atau mualaf ini banyak cabaran dan halangan yang perlu dilalui. Namun saya kena kuatkan diri dari terpengaruh dengan pelbagai perkara tidak berfaedah dan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Muslim.
“Saya belajar istiqomah dan melatih diri untuk sentiasa teguh dengan pendirian. Sebagai contoh, walaupun saya masih tidak arif dalam solat, tetapi saya tetap ikut kawan kawan dan belajar sikit demi sikit agar solat saya lebih sempurna,” tambah Nur Afina yang tidak rasa kekok apabila berhijab untuk menutup aurat.
Pasang impian jejak kaki ke Kota Makkah
“Saya banyak belajar fesyen berhijab dari kawan-kawan dan juga melalui platform media sosial seperti Youtube dan juga Instagram. Setelah berhijab ini, saya menyukai fesyen yang menutup aurat dan selesa dengan saya.
“Untuk ikon fesyen pula saya memang meminati selebriti Rozita Che Wan. IBagi saya dia seorang yang bijak bergaya dalam apa jua fesyen dan masih lagi menepati ciri-ciri santun dalam menutup aurat.
“Nasihat saya pada mereka yang ada keinginan untuk berubah ke arah kebaikan, tetapi rasa takut untuk melakukannya, cuba buat yang terbaik. Cuba beranikan diri untuk capai apa yang kita inginkan. Ikut kata hati dan jangan mudah terpedaya dengan hasutan yang tak baik,” ujarnya yang turut memasang impian satu hari nanti agar seluruh ahli keluarga akan mengikut jejak langkahnya.
Malah jauh di sudut hati dia mahu bersolat bersama mereka. Nur Afina turut berazam untuk menjadi seorang wanita yang berjaya dan paling penting dapat membahagiakan kedua ibu bapa. Menjadi harapannya juga jika punya rezeki dia mahu menjejakkan kaki dan beribadah di Makkah satu hari nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk mendapatkan peluang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Beruntungnya selebriti dan ahli perniagaan ternama, Neelofa apabila dicalonkan dalam kategori usahawan dalam sebuah anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.
Menyifatkan pencalonan itu sebagai ruang terbaik bagi mengukuhkan empayarnya, beliau tidak menyangka namanya tersenarai dalam anugerah ajuran keluarga diraja Monaco tersebut.
“Sudah tentu, kemenangan adalah perkara paling besar dalam hidup saya. Peluang ke sana juga akan saya manfaatkan bagi bertemu dengan orang berpengaruh bagi mengembangkan rangkaian perniagaan saya,” ujarnya.
Bakal berlangsung di Monaco pada 5 dan 6 Oktober depan, Neelofa berharap pencalonannya itu dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia bagi mencapai impian yang lebih besar. Tambahnya, beliau benar-benar menghargai peluang yang julung-julung kali datang itu.
Kali kedua dianjurkan, Influencer Awards 2019 Monaco direalisasikan Pauline Ducruet yang juga anakanda sulung Puteri Monaco, Stephanie bersama beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober lalu di Hotel Meridien Beach Plaza menyaksikan 27 anugerah diberikan pada majlis itu.
Antara pemenang-pemenang pada majlis tahun lalu ialah penulis blog fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Gaya Hidup) dan jurusolek Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Jurusolek Paling Berpengaruh).
Seramai 12 orang peserta telah diumumkan sebagai TOP 12 Ratu Hijabista 2020. Hijabista sebagai satu-satunya jenama majalah dan digital di Malaysia yang menjadi rujukan lengkap fesyen, gaya hidup dan kecantikan untuk fashionista bertudung membawakan rancangan realiti Ratu Hijabista.
Dalam sidang media pengenalan Ratu Hijabista 2020 sebentar tadi juga telah menyaksikan pengumuman hos dan juri tetap untuk musim ini.
Puan Sri Normala Samsudin telah diumumkan sebagai juri tetap Ratu Hijabista 2020. Manakala pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim pula diberi mandat untuk mengendalikan pencarian kali ini sebagai hos program.
Pencarian Ratu Hijabista yang diadakan buat julung kali ini membuka peluang kepada semua wanita berhijab tanpa mengira status. Ujibakat secara dalam talian telah pun berlangsung selama 14 hari bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2020.
Para peserta bukan sahaja mempertaruhkan rupa tetapi juga bakat serta personaliti menarik untuk dinobatkan sebagai juara di penghujung pencarian.
Program realiti Ratu Hijabista akan bersiaran selama sejam setiap minggu untuk lapan episod setiap Rabu bermula 12 Ogos 2020 jam 9 malam di saluran Astro Prima.
Pemenang Ratu Hijabista akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, tiara dan berpeluang menjadi penghias kulit majalah Hijabista keluaran Januari 2021.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sosok Khadija Omar mencuri perhatian ramai baru-baru ini apabila menjadi peserta berhijab pertama pada pertandingan ratu cantik MIss Universe 2024.Gadis yang berasal dari Timur...