Farah Lee Kongsi Tip Untuk Lupakan Insan Yang Pernah Kita Sayang, Sukar Tapi Tak Mustahil

Share

Melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita memang sukar. Apatah lagi jika kehadirannya memberikan seribu satu makna dalam hidup kita. Pasti kita rasa sukar untuk menghilangkannya dari ingatan kita.

Namun, sukar tidak bermaksud mustahil. Untuk melupakannya memang tak boleh tetapi yang bisa kita lakukan adalah redha dengan apa yang terjadi dan menerima segala ketentuan ini dengan hati yang terbuka.

Buat anda yang sedang berusaha untuk move on, 

kuatkan semangat anda dan sentiasa positifkan diri. Cuba ikuti tip yang dikongsi oleh Farah Lee ini. InsyaAllah, anda boleh melakukannya!

Kuasa Tuhan tiada siapa yang mampu melawanNya.

Macam mana nak lupakan orang yang pernah kita sayang.?
.
Takde jalan, sebab kau takkan mampu lupa. They were part of your life and forever will be. Tapi kau mampu untuk lupa rasa sayang yang pernah ada. #FLwrites
.
Bagaimana.?
.
• Bangun tahajjud.
• Solat sunat hajat untuk memaafkan.
• Usai solat dan berdoa,
• Letak telapak tangan di dada.
• Baca Surah Ar-Ra’ad ayat 39 tiga kali.


• Genggam tapak tangan tersebut.
• Masukkan semua rasa sayang, geram, benci dalam tu.
• Campak genggaman tersebut ke udara.
• Menangis sampai puas.
• Tenangkan diri.
• Lapangkan hati.
• Redha.
• Serahkan pada Allah.
.
Ulang sampai you no longer have any feelings towards them. Begitu juga boleh amal untuk hilangkan rasa benci pada seseorang contoh perampas suami kurrr ? Hiks.!
.
I’ve received a lot of DMs tanya camne nak move on. Actually maybe sebab I dah moved on jadi I lupa dah I pernah buat apa ? So I tried to recall. And this is one of the tips, I suggest this to be the first and foremost thing to do to move on.
.
The rest I’ll share in next post.! (Doakan assignments ni smooth so I have time for that haha). #ommabebel

Jadi girls, usah bersedih lagi. Bangkitlah dan serahkan segalanya pada Tuhan. InsyaAllah, kamu akan bertemu jalan yang sebenar. Amin.

kredit: instagram @farahlee_

Published by
Qistina