Farah Lee Doakan Bekas Suami Diberi Sakinah, Mawaddah & Rumahtangga Keduanya Bahagia Till Jannah

Share

Walaupun sudah berpisah tetapi tidak semestinya hubungan yang ada terus menerus berantakan. Bagi instafamous atau blogger, Farah Lee yang kini menuntut pengajian di UK teruja apabila ‘pengantin baru’ iaitu bekas suaminya turut menghantar dia dan anaknya di KLIA sebelum meninggalkan Malaysia.

Melalui posting dimuat turun, Farah Lee dan anaknya Maream Esabel yang berangkat ke United Kingdom turut dihantar Ally dan isteri barunya.

Tambah Farah Lee oleh kerana ini pertama kali anaknya bertemu isteri Ally yang dipanggil ‘ibu’ hingga menyebabkan terlupa untuk mengambil gambar berempat.

Malah dia turut mendokan pasangan ini terus mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga serta kekal hingga ke syurga.

Dia juga turut mengusik pengantin baru ini agar cepat dapat anak dan memberi Maream adik supaya boleh kurang sedikit tekanan yang dirasai olehnya.

Penantin baru hantar #ommareambalik UK  First time Maream jumpa Ibu tapi kalut2 tadi terlupa nak ambik gambar berempat ? Barakallahufik to both Daddy and Ibu. Moga mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Dan berkekalan hingga Syurga. Cecepat bagi Maream baby brother okay.? Kurang sket pressure omma 

Sementara itu, personaliti dan Pengacara popular, Ally Iskandar 43 tahun selamat menamatkan zaman dudanya dengan wanita pilihan hatinya, Marlina Ibrahim yang berasal dari Temerloh, Pahang.

Dalam majlis berkenaan kedua pasangan cukup cantik menggayakan persalinan serba putih di majlis yang dihadiri sanak saudara serta rakan terdekat.

Mengambil keberkatan bulan Syawal, Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskhah al-Quran kepada Marlina.

Sebelum ini Ally pernah berkahwin dengan Nurfarahin Romli pada 20 Januari 2012, namun mereka bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Maream Esaabel yang kini berusi 5 tahun dan dibawah jagaan ibunya yang dikenali dengan nama Farah Lee.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARAH LEE & ARDI HERMAN

Published by
Siti Zurina