Satu demi satu kita lihat selebriti kita telah melakukan penghijrahan terutama daripada segi penampilan. Ternyata penghijrahan yang dibuat ini menggembirakan hati ramai peminat yang memang sentiasa mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka.
Salah seorang adalah bekas penyampai radio, Fara Fauzana yang berhijrah pada tahun 2014. Dia yang sebelum ini berpengalaman hampir 10 tahun bekerja pagi di stesen radio swasta HOT FM.
Sepanjang tempoh itu, dalam satu perkongsiannya Fara memberitahu ramai yang berkata ‘untungnya kerja pagi sebab, Subuh mesti tak tinggal’. Namun dia mengakui lima tahun pertama tidak menunaikan solat Subuh.
Ini kerana terikat dengan jadual kerja pagi yang memerlukan dia berada di studio seawal jam 6 pagi. Waktu itu sudah bermula siaran dan dalam masa sama juga waktu Subuh sudah masuk.
Jadi dia terfikir bagaimana untuknya meninggalkan studio ketika itu, macam mana nak solat dan di mana mahu solat.
Lagipun pelbagai alasan seperti surau jauh dan masalah lain yang menyukarkan menyebabkan Fara langsung tidak menyempurnakan solat Subuh pada 5 tahun pertama.
Namun kesedaran untuk melakukan suruhan wajib Tuhan ini datang sedikit demi sedikit pada dirinya. Dia waktu itu melihat kenapa teman-teman lain boleh melakukan solat Subuh dengan mudah.
Dan mereka juga tidak pernah memberitahu padanya, ‘eh tak solat ke’ atau ‘tak Subuh ke’ dan dia sangat respek pada teman-temannya yang memang tak pernah bertanya padanya soal itu.
“Seperti juga dalam radio, saya juga sebenarnya seorang yang banyak cakap. Jadi saya tidak mahu orang mengatakan saya ‘munafik’ dan saya cuba belajar awal-awal.
IKLAN
“Misalnya terpaksa solat secara bersembunyi kerana tidak mahu dikatakan menunjuk. Sebenarnya saya takut jika orang lihat apa yang saya buat itu tidak betul.
“Namun saya cuba buat (solat Subuh). Pada mulanya memang sukar kerana kekangan masa dan sebagainya.
“Tetapi lama-kelamaan saya belajar dan rasa ada tanggungjawab untuk menjadi ‘a good Muslim’, ia menjadi mudah dan daripada situ saya mula berubah sedikit demi sedikit,” ujar Fara Fauzana dalam perkongsiannya itu.
Fara juga banyak bercerita pengalamannya ketika tidak bertudung sebelum itu dan perlu hadir dalam beberapa anugerah. Menurutnya kebanyakan anugerah bermula jam 8 malam dan perlu mekap seawal jam 5 petang.
“Dalam hal ini, secara jujurnya memang akan ada yang tanya ‘tak solat Maghrib ke’? Memang saya tak buat dan biasanya hanya akan qada sahaja. Tetapi apabila saya lihat benda itu sebenarnya mudah dan tahu untuk mengawalnya, saya belajar nak jadi yang baik.
IKLAN
“Ketika saya jadi pengacara anugerah berkenaan yang bermula jam 9 malam, setelah saya siap mekap dan sebelum memakai tudung, saya akan solat dulu. Sekarang ini rasanya lebih mudah kerana di ‘back stage’ ada disediakan ruang untuk kita menunaikan solat.
“Dan sekarang ini tiada lagi situasi di mana orang melihat solat itu hanya untuk menunjuk sahaja. Saya tak perlu segan jika ada yang kata menunjuk kerana solat depan orang. Ini kerana niat memang ikhlas kerana Allah,” jelasnya juga yang berubah sedikit demi sedikit dengan memakai selendang sebelum berhijab sepenuhnya.
Ini kerana Fara Fauzara tidak mahu bila pakai dan akan buka nanti bila kerana belum bersedia sepenuhnya.
Sejujurnya ketika di awal penghijrahannya dia berkira-kira bagaimana mahu istiqomah dan menjadi Muslim yang lebih baik.
Dia juga beruntung ketika itu kerana bekerja di bawah boss bukan Islam yang amat memahami dan tidak mengalami masalah apabila memohon untuk mengelak daripada melakukan tugasan ‘Panggilan Hangit’ dan juga ruangan ‘Gosip’.
Admin terharu mendengar pengalaman Fara Fauzana yang berkongsi dalam satu majlis ilmu ‘Perjalanan Menuju Taqwa’, di Putrajaya awal Mei lalu.
Ternyata hidayah Tuhan diberikan dalam pelbagai cara. Moga Fara terus istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam.
Walaupun kini sudah tidak lagi bekerja di stesen radio, Fara kini banyak terbabit dengan kerja sukarelawan untuk kerja-kerja amal. Dia juga turut mengendalikan rancangan bual bicara santai tetapi dalam versi digital, @dibilique
Selain kulit orang Korea yang memang cantik putih melepak, wanita Jepun juga tidak terkecuali mempunyai kulit yang cantik, halus dan berseri. Apa agaknya yang menjadikan wanita Jepun ini kelihatan cantik kulitnya walaupun tanpa bermekap tebal. Dalam satu kajian mendapati rupa-rupanya wanita Jepun mengamalkan petua minum air kosong pada perut kosong selepas bangun pagi.
Sememangnya amalan mudah ini memberikan hasil positif mengenai keadaan kesihatan yang berbeza. Ini adalah antara kesan yang diamalkan setelah mencuba amalkan apa yang wanita Jepun buat, iaitu minum air kosong selama 30 hari. Hasilnya amat menakjubkan.
1. Mula berasa lebih segar dan sihat
Beberapa hari selepas mula minum air pada waktu pagi, badan akan rasa lebih ringan dan badan dan mudah untuk buang air pada waktu pagi.
2. Metabolisme saya bertambah baik
Amalan ini menjadikan diet lebih baik. Tidak lagi rasa selalu lapar yang mengganggu setiap jam untuk makan. Rasa untuk makan snek juga hilang dan dapat lebih banyak tenaga.
3. Bantu kurangkan berat badan
Di samping kurang rasa lapar, penghadaman turut lancar dan rasa badan lebih ringan. Mempunyai tenaga banyak untuk melakukan kerja lain.
4. Sebelum ini rasa selalu rasa senak dan pedih ulu hati
Tapi selepas amalkan minum air kosong di waktu pagi, sakit itu hilang dan tidak lagi rasa tidak selesa selepas makan makanan.
5. Perubahan kulit bertambah baik
Hilangkan kedutan di wajah dan kulit kelihatan sihat, berseri dan bercahaya. Malah kita akan rasa lebih muda berbanding usia sebenar.
6. Saya mudah buang air besar setiap hari pada waktu pagi
Rawatan air menyelesaikan masalah ini dengan lebih baik daripada mana-mana antibiotik lain.
7. Jarang sakit
Amalan yang sederhana ini telah meningkatkan sistem ketahanan diri. Sesuatu yang mudah seperti minum air dalam keadaan perut yang kosong pada waktu pagi bantu menangani masalah menangani penyakit tanpa perlu ambil ubat.
Bagaimanakah anda juga boleh dapat manfaat ini?
Ikuti kaedah ini untuk merasa bertenaga sepanjang hari:
Minum 4 gelas air putih selepas anda bangun pagi untuk solat sebelum gosok gigi dan pastikan perut kosong. Sekiranya anda susah nak mula dengan 4 gelas air, mula dengan satu cawan dahulu dan tingkatkan mengikut masa ke semasa.
Jangan makan apa-apa untuk 45 minit selepas minum air
Selepas 45 minit anda boleh dapatkan breakfast
Jangan makan atau minum apa-apa selepas 2 jam selepas sarapan, makan petang dan makan malam.
Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah dan tabiat manusia. Tidak dapat dinafikan kehidupan tanpa gurau senda akan membosankan dan mendatar.
Walau bagaimananapun kita harus ingat bahawa bergurau itu hendaklah tidak melampaui batas dan tidak mempermainkan syiar agama.
Berikut pendapat yang dilontarkan oleh Pakar Psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria berkaitan ‘budaya tidak sihat’ yang semakin menular di kalangan masyarakat kita hari ini.
BENDA YANG TIDAK SEPATUTNYA PUN SUDAH SAMPAI DITAYANG DI PELAMIN
Viral pula di TikTok ragam kawan-kawan pengantin lelaki yang menghadiahkan pengantin lelaki dengan barang-barang yang tidak sepatutnya.
Bukan sekadar hiburan peribadi, ia dibuat secara terang-terangan depan pengantin perempuan, di atas pelamin, diambil gambar dan videonya kemudian dimuat naik dengan bangga.
Saya pernah kongsikan dalam buku saya Aku Nabi Isa tentang sifat ‘iffah – memelihara maruah sebagai antara benteng kesejahteraan jiwa dan emosi manusia.
Saya ungkapkan semula kisah interaksi Nabi Yusuf dalam menghadapi ujian yang menimpa baginda merupakan petunjuk terbaik bagi manusia dalam memelihara maruah diri.
“dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya bersungguh memuijuk Yusuf berkehendakkan dirinya, dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata, “marilah kemari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab. “aku berlindung kepada Allah daripada perbuatan keji itu, sesungguhnya tuhanku telah memeliharaku dengans sebaik-baiknya, sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” (Yusuf: 23).
Begitulah keindahan Islam, mengaitkan urusan maruah dan harga diri dekat dan tidak langsung terpisah dengan soal keimanan. Maka agama datang membawa bersamanya aturan dan batasan yang membantu manusian memeliharanya, seterusnya mengelakkan apa juga kesan buruk yang akan datang.
Dari sekecil-kecil perkara seperti memelihara pandangan, sehinggalah hukuman yang ditetapkan keatas mereka yang berzina dan sebagainya terkandung dalam syariat sebagai pemelihara kesucian setiap individu dalam agama ini.
“katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki yang beriman supaya mereka menyekat padnangan meerka (dari memandang benda yang haram), dan memelihara kemaluan mereka.” (An Nur: 30).
Mungkin ada yang kata – ala relakslah, gurau-gurau member. Bukan gurau namanya kalau dah bangga dengan kelucahan. Sudahlah yang menonton dari sekecil manusia sampai yang tua.
Ingatlah, jahiliyyah itu berevolusi, dari hilang malu sampai akhirnya jadi maksiat yang terang-terang. Manusia jahiliyyah dahulu tidak tawaf bogel pada hari pertama kaabah dibina.
Hakikatnya, Islam sebagai panduan hidup manusia tidak pernah melarang manusia untuk berhibur dan berjenaka. Hiburan dan jenaka itu adalah fitrah tabiat manusia dan tanpanya kehidupan akan menjadi hambar, sedih dan kurang bermotivasi untuk hidup menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Kami nukilkan hakikat ini lewat kenyataan Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku al-Halal wa al-Haram (ms.543) yang telah kami terjemahkan:
“Justeru, Islam tidak mewajibkan manusia agar semua perkataan yang diucapkan sehari-hari sebagai zikir, semua renungannya sebagai berfikir, semua pendengarannya hanyalah al-Quran al-Karim dan semua masa lapangnya mesti berada di dalam masjid. Bahkan Islam mengiktiraf kewujudan manusia itu dengan fitrah dan tabiatnya yang tersendiri sebagaimana yang diciptakan Allah SWT buat mereka. Allah SWT menciptakan manusia supaya mereka senang, ketawa dan berman-main sebagaimana diciptakan bagi manusia itu keinginan untuk makan dan minum…”
Kemudia beliau menyebutkan tentang sikap sebahagian para sahabat Nabi SAW yang terlalu takut untuk berhibur dan bergembira bersama keluarga kerana berhati-hati terhadap sifat munafik. Suatu hari, Hanzalah RA datang berjumpa Nabi SAW bersama Abu Bakar RA lalu berkata: “Hanzalah telah berlaku munafik wahai Rasulullah!” Baginda SAW menjawab: “Mengapa sebegitu?” Jawab Hanzalah: “Wahai Rasulullah! Apabila kami berada di sisimu, kamu sering mengingatkan kami tentang neraka dan syurga, sehingga kami seolah-olah dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi apabila kami meninggalkan majlismu, kami telah dilalaikan dengan anak dan isteri serta harta benda kami sehingga kami terlupa kepada peringatanmu itu.”
Maksudnya: “Demi (Zat) yang jiwaku di Tangan-Nya! Sesungguhnya jika kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan berjabat tangan (yakni disamakan) dengan malaikat di tempat-tempat perbaringan kalian dan di jalan-jalan kalian. Tetapi, wahai Hanzalah! Sesaat begini dan sesaat begitu! – Rasulullah menyebut tiga kali Riwayat Muslim (2750)
Ertinya, hanya para Malaikat yang memiliki tahap keimanan sedemikian rupanya yang dibayangkan Hanzalah. Mereka sentiasa bertasbih memuji Allah dalam setiap keadaan dan waktu. Sedangkan manusia ada masanya untuk belajar, beribadah dan mendengar peringatan. Ada juga masa untuk rehat dan tidur, dan masa untuk bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga, sedangkan malaikat tidak dijadikan sebegitu.
Rasulullah SAW berjenaka
Kenyataan sebelum ini disokong dengan perbuatan dan perkataan Rasulullah SAW sendiri. Ini boleh dilihat dalam kitab al-Syama`il al-Muhammadiyyah yang dihimpunkan oleh Imam al-Tirmidhi (w.297) Rahimahullah, antaranya kisah Rasulullah SAW dilaporkan pernah berjenaka dengan seorang wanita tua.
Daripada al-Hasan RA berkata: “Seorang wanita tuan bertemu dengan Nabi SAW lalu berkata:” Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar memasukkan aku ke dalam syurga.” Maka jawab Rasulullah: “Wahai Umm Fulan, Sesungguhnya syurga itu tidak masuk ke dalamnya orang tua.” Perawi menyatakan: Wanita itu lantas berpaling dan menangis lalu Baginda SAW meminta kepada para sahabat: “
Maksudnya: “Kalian beritahulah wanita itu bahawa dia tidak akan masuk ke dalam dalam keadaan tua kerana Allah Taala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.” (Surah al-Waqi`ah: 35-37)”
Riwayat al-Tirmidhi (241) dalam al-Syama’il al-Muhammadiyyah
Ertinya, Allah SWT akan menjadikan orang tua pun muda kembali apabila di dalam syurga.
Rasulullah SAW juga bergurau dengan kanak-kanak untuk menggembirakan mereka. Daripada Mahmud bin al-Rabi` RAnhuma:
Maksudnya: “Aku ingat lagi sewaktu umurku lima tahun Nabi SAW pernah menghirup air daripada gayung menggunakan mulutnya lalu menghembuskannya ke mukaku.” Riwayat al-Bukhari (77)
Berkata Imam Syihabuddin al-Qastalani (w.923) dalam Irsyad al-Sari Li Syarh Sahih al-Bukhari (1/177): “Perbuatan Nabi SAW itu adalah bertujuan untuk bergurau atau tabrik (mendatangkan keberkatan) kepadanya (Mahmud) sepertimana Baginda SAW selalu melakukannya dengan anak-anak sahabat.”
Begitu juga hadis daripada Anas bin Malik RA tentang Rasulullah SAW memujuk anak saudaranya Anas yang kematian burung peliharaan:
Maksudnya: “Bahawa Nabi SAW ialah manusia yang paling baik akhlaknya. Aku (yakni Anas) memiliki seorang adik lelaki, yang Nabi memanggilnya “Abu `Umair”. Umurnya kira-kira baru tamat menyusu. Jika Rasulullah datang, maka Baginda akan bertanya kepadanya: “Wahai Abu `Umair, apa yang Si Nughair buat?” (al-Nughair itu adalah) sejenis burung nughar (yang sedap dan bagus suaranya) yang Abu Umair biasa bermain dengannya.” Hadis riwayat al-Bukhari (6203)
Namun begitu, sekalipun Rasulullah SAW selalu bergurau dan berjenaka dengan para sahabatnya, beliau tidak menipu dalam bergurau.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa para sahabat pernah berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah! Kamu sering bergurau (atau mengusik kami).” Jawab Baginda:
إِنِّي لَا أَقُولُ إِلَا حَقًّا
Maksudnya: “Sesungguhnya aku tidak berkata (dalam gurau) melainkan hanya perkara yang benar.”
Riwayat al-Tirmidhi (1990) dalam Sunannya, dan beliau mengatakan hadisnya hasan.
Begitu juga kita lihat bahawa lawak dan jenaka Rasulullah SAW itu tidak bersifat sia-sia sebaliknya memiliki nilai dan pengajaran supaya lebih terkesan kepada hati dan kefahaman, sesuai dengan keperibadian Nabi SAW yang terpelihara daripada keburukan dan kebodohan. Itulah keperibadiaan yang paling layak dicontohi!
Etika Dalam Melawak
Justeru, terdapat beberapa kriteria yang perlu dijadikan pedoman ketika berlawak:
Tidak melampau batas sehingga meninggalkan tanggungjawab dan kewajipan
Al-Qaradhawi menyebut: “Maka tidak salah bagi seorang Muslim untuk bergurau senda dengan sesuatu yang dapat menenangkan hatinya, tidak salah baginya menghiburkan dirinya dan rakan-rakannya dengan sesuatu hiburan yang ringan. Akan tetapi janganlah sampai menjadi kebiasaan pada setiap masa ingin bergurau sahaja kerana akhirnya ianya akan menghalangnya daripada melakukan perkara-perkara yang wajib sehingga dia bergurau pada waktu yang sepatutnya dia bersungguh-sungguh. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat: 11)
Tidak Menipu Dalam Lawak
Daripada Bahz bin Hakim (bin Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi) berkata: Ayahku menceritakan kepadaku, daripada datukku, yang berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Celakalah bagi orang yang bercakap suatu percakapan agar orang ramai tertawa dengan pembohongan. Celakalah baginya! Celakalah baginya!” Riwayat al-Tirmidhi (2315)
Syeikh Abu al-Ala al-Mubarakfuri (w.1353H) dalam Tuhfah al-Ahwazi (6/497-498) mensyarahkan hadis ini: “Wail bererti kecelakaan yang besar atau lembah yang dalam; li yudhika… yang daripada kata terbitan idhak (membuat orang tertawa); bihi yakni tertawa dengan perkataannya atau pembohongannya…. Mafhum daripada hadis itu bahawa jika seseorang bercakap dengan perkataan yang benar untuk berlawak dengan satu kaum maka tidak mengapa hal itu seperti mana yang berasal daripada kisah Umar RA bersama Nabi SAW tatkala baginda marah terhadap beberapa orang Ummahat al-Mu’minin (isteri-isteri Nabi). Berkata al-Ghazzali: “Justeru, perlu diketahui bahawa sisi jenaka Rasulullah SAW tidak berlaku melainkan dalam bentuk kebenaran, tidak menyakitkan hati, dan tidak juga melampaui batas.”
Tidak mempermainkan syiar agama
Ini dapat dilihat daripada firman Allah SWT seperti berikut :
Maksudnya: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang Yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia. (Surah Al-An’am: 70)
Maksudnya: (Tuhan berfirman: orang-orang kafir itu ialah) orang-orang Yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan Yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang Yang telah terpedaya Dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). (Surah Al-A’raf : 51)
Tafsiran ayat-ayat di atas jelas menunjukkan kepada larangan untuk mempermainkan agama dan membuat sesuatu lawak yang mempunyai kaitan dengan ajaran Islam. Hal ini bertujuan untuk menjaga kehormatan agama Islam itu sendiri sepertimana yang telah digariskan dalam maqosid Islam yang dhoruriyyat iaitu menjaga agama.
Hal ini dapat dilihat dalam firman Allah SWT seperti berikut :
Maknanya: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa Yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (Dia lah orang Yang bertaqwa) kerana Sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin. (Surah al-Hajj : 32)
KESIMPULAN
Sikap berlawak jenaka adalah fitrah kehidupan manusia yang diciptakan sebagai masyarakat sosial.
Islam tidak melarang aktiviti ini selama mana tujuannya adalah kebaikan yang diiktiraf Syarak dan tidak melanggar etika-etika yang telah ditetapkan.
Masalah yang berlaku pada hari ini adalah apabila wujudnya lawak jenaka yang tidak berkualiti, yakni yang memiliki pengajaran dan nilai-nilai baik.
Begitu juga lawak yang mengenakan orang lain sehingga mengaibkannya, menfitnah, menipu, dilakukan tanpa keizinan dan mencemarkan maruah dirinya dan kenalannya, sehingga menyebabkan masalah tekanan dan kemurungan, sekalipun pelakunya menyebutnya sebagai gurauan.
Inilah yang ditegah oleh Islam kerana Islam meletakkan maqasid syariah itu untuk menjaga diri dan kehormatan seseorang manusia.
Kesannya, membiaklah fenomena seni yang tidak berkualiti dan memalukan, budaya buli sama ada secara fizikal ataupun siber, dan lain-lain lagi.
Sebaliknya, daripada lawak jenaka yang bermanfaat, selain menghiburkan, audien akan dirangsang untuk berfikir dan mengambil pengajaran di sebalik lawak jenaka yang dibuat menyentuh dan mengkritik sikap dalam pelbagai lapangan hidup dan dengan pengajaran itu menerbitkan motivasi untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Ini jenis lawak yang berlaku dipromosikan mengganti lawak-lawak yang rendah kualiti.
Justeru, kami mengatakan bahawa hukum berlawak jenaka adalah diharuskan dalam syarak selagi mana menepati kriteria-kriteria yang kami sebutkan di atas. Wallahua’lam.
Bahagian dalam badan anda tidak memerlukan banyak perawatan untuk menurunkan berat badan. Sebenarnya, diet sederhana dan sihat diet tinggi serat dan rendah gula, pengawet dan lemak tidak sihat semua yang diperlukan untuk memastikan badan anda sihat dan langsing.
Beberapa makanan terbaik yang dapat membantu mempercepat usaha menurunkan berat badan anda. Berikut adalah makanan yang perlu disediakan dalam pilihan hidangan makan yang lebih sihat.
1. Asparagus
Ini adalah diuretik semula jadi, asparagus dapat membantu melegakan kembung dan perasaan tidak menyenangkan yang lain. Keseimbangan asid amino dan mineralnya juga dapat membantu mengurangkan gejala mabuk. Inilah Cara Memasak Asparagus Sehingga Menjadi Sayuran Kegemaran Baru Anda.
2. Avokado
Buah super mengandungi dua minyak, linalool dan geranyl asetat, yang terbukti mempunyai kesan positif terhadap sindrom iritasi usus dan gangguan pencernaan lain. Avokado adalah yang paling bermanfaat dalam memulihkan fungsi hati. Inilah sebabnya mengapa avokado adalah makanan yang satu untuk makan penuh, menurut ahli diet.
3. Pisang
Berkat dos kalium yang kuat, pisang dapat membantu mengimbangi kesan natrium dan mengurangkan pengekalan air. Juga dibungkus dengan pati tahan yang membantu memberi makan bakteria sihat di usus anda.
4. Beet
Akar merah ruby ini mengandungi sejenis antioksidan yang disebut betalain yang membantu memperbaiki dan menjana semula sel di hati, organ detok utama badan anda.
5. Kulit lemon
Kulit lemon, limau dan buah sitrus lain mengandung antioksidan d-limonene, yang telah terbukti membantu merangsang enzim hati, menurut Organisasi Kesihatan Sedunia.
6. Collard Hijau
Mungkin ada sebab mengapa sayur collard sering disajikan bersama ayam goreng. Nutrien di dalam hijau mengikat asid hempedu di dalam badan, membantu menyekat penumpukan kolesterol dalam aliran darah, menurut sebuah kajian.
7. Dijon Mustard
Dengan hanya 5 kalori, satu sudu teh mustard dapat meningkatkan metabolisme hingga 25% selama beberapa jam, menurut penyelidik. Pastikan anda makan mustard tulen, bukan mustard madu yang manis!
8. Buah limau gedang
Dalam satu kajian Jepun, para penyelidik mendapati bahawa limau gedang dapat meningkatkan tindakan sel lemak coklat yang membakar kalori, meningkatkan pemecahan lemak sambil mengurangkan selera makan. Dan kajian kedua dalam jurnal Metabolism mendapati bahawa makan setengah limau gedang sehari dapat memangkas usia anda hingga satu inci hanya dalam enam minggu.
9. Kiwi
Salah satu daripada beberapa makanan yang menggabungkan serat dan asid lemak omega-3, kiwi akan membantu meningkatkan sistem pencernaan anda sambil mengurangkan keradangan dan meningkatkan kesihatan jantung.
10. Sardin
Kajian mendapati bahawa perokok yang menambah hanya 2 gram omega-3 sehari dalam hidangan sardin 4 ons menunjukkan peningkatan yang ketara dalam keanjalannya arteri.
11. Kunyit
Sebatian curcumin, yang terdapat dalam kunyit rempah India berwarna oren terang, terbukti dapat mengurangkan penyumbatan saluran hempedu dan parut di hati dengan mengganggu reaksi kimia yang terlibat dalam proses keradangan, menurut sebuah kajian.
12. Teh putih
Kajian dalam jurnal Nutrition & Metabolism mendapati bahawa teh putih secara serentak dapat merangsang pemecahan lemak di dalam badan sambil menyekat pembentukan sel-sel lemak baru.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding