Kos rawatan gigi amat tinggi apabila masalah pergigian begitu kompleks dan memerlukan pelbagai jenis rawatan dalam satu masa. Cucian gigi dan tampalan boleh dilakukan pada hari yang sama dengan sekuel cuci dulu baru tampal.

Punca utama kerosakan gigi adalah disebabkan pengabaian penjagaan kesihatan mulut dan kurang ilmu tentang pergigian. Apabila gigi dan mulut telah digunakan selama 1 hari dengan aktiviti pemakanan, ia membentuk plak di permukaan gigi. 

‘Fake Braces’ Punca Penyakit Berjangkit, Pakar Kongsi Tentang Trend Pemakaian ‘Braces’

Menurut Dr Norhuda Daud, Pakar Gigi, Klinik Pergigian Qaseh Dental, ketika di siang hari, air liur (saliva) akan membasuh sedikit sebanyak lekitan plak yang tertinggal di permukaan gigi.

“Pada waktu kita tidur, aktiviti rembesan air liur ini agak berkurangan. Maka, keadaan asiditi mulut tidak dineutralkan oleh air liur dan gigi terdedah kepada pembentukan kaviti. 

Memberus gigi sebelum tidur dapat mengurangkan asiditi mulut dan mengurangkan plak di permukaan gigi yang menjadi punca kerosakan gigi. Ilmu asas pergigian ini masih belum difahami oleh masyarakat. 

Ads

Sekiranya masyarakat di Malaysia berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan seperti yang dicadangkan para doktor gigi, ia dapat mencegah kerosakan gigi dengan konsultasi yang akan diberikan mengikut keperluan pesakit itu sendiri.”

‘Fake Braces’ Punca Penyakit Berjangkit, Pakar Kongsi Tentang Trend Pemakaian ‘Braces’

‘FAKE BRACES’

Ads

“Masalah yang sering dihadapi oleh pesakit adalah penipuan oleh individu yang menyamar sebagai doktor gigi. Sebahagian daripada pesakit mahukan rawatan ‘braces’ tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka telah berjumpa doktor gigi yang tidak bertauliah dan tidak berlesen. 

Sebahagian daripada pesakit terlalu mahukan rawatan pergigian dengan harga yang murah dengan berjumpa doktor palsu ini. Sebahagian pesakit pula, menganggap ‘braces’ ini adalah aksesori gigi yang digunakan untuk kelihatan ‘trendy’ dan ‘glamour’. 

Harus diingatkan, mereka yang berjumpa doktor palsu untuk mendapatkan ‘braces’ palsu ini telah mempertaruhkan tahap kesihatan dan keselamatan mereka. Mereka menggadaikan nyawa mereka untuk sesuatu yang mereka tidak jelas tujuan pemakaian ‘braces’. 

Ads

‘Fake Braces’ Punca Penyakit Berjangkit, Pakar Kongsi Tentang Trend Pemakaian ‘Braces’

Bagaimana ini berlaku? Pemakaian ‘fake braces’ ini dilakukan oleh doktor gigi palsu ini bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Tiada lesen premis bermakna mereka bergerak di mana mana sahaja pada lokasi yang berbeza supaya ia tidak dapat dikesan sekiranya penipuan mereka terbongkar. 

Kos dapat direndahkan dengan memakai peralatan berulang kali kepada beratus-ratus pesakit tanpa pembersihan dan pensterilan yang betul. Jelas, ia tidak selamat dan boleh menyebabkan jangkitan seperti jangkitan HIV dan Hepatitis B. Bahaya bukan? Oleh itu, Dr ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia, katakan tidak kepada ‘fake braces’.” ujarnya lanjut.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI