Hadiah indah tidak sampai empat minit yang dikongsikan Faizal Ismail, 46, dalam single baharu berjudul Terima Kasih Allah merungkai perjalanan hidup penyiar dan pengacara radio popular ini.

Faizal atau lebih dikenali sebagai FBI mengakui kehidupannya pernah gelap sebelum sinar kebahagiaan menjelma selepas mencari keredhaan Allah, dan selesa berdakwah melalui pelbagai medium termasuk lagu-lagu ketuhanan pasca hijrah.

Artikel Berkaitan : Netizen Puji Cara 10 Selebriti Ini Guna Media Sosial Untuk Sebar Dakwah. No 10 Paling Menusuk Jiwa!

Faizal yang kini bertugas sebagai penyampai di stesen radio Zayan FM amat teruja apabila mengeluarkan single Terima Kasih Allah ciptaan komposer Iwan Syahman yang turut menghasilkan lirik simbolik yang cukup bermakna.

Faizal Ismail Selesa Berdakwah Melalui Lagu-Lagu Ketuhanan.‘Terima Kasih Allah’ Merungkai Perjalanan Hidupnya!

Faizal berkata, single itu berdasarkan kisah hidupnya yang pernah menempuh jalan gelap sebelum kembali kepada kebenaran sebenar yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa.

Ads

“Lagu ini sebenarnya simbolik menggambarkan perubahan hidup saya ketika ini, berbanding suatu ketika dahulu, di mana saya banyak terbabit dalam bidang hiburan.

“Sekarang saya berada pada fasa baharu dalam hidup iaitu berdakwah. Apabila saya keluar dengan jemaah untuk mendalami ilmu agama, saya bertemu dengan ramai rakan artis, antaranya Iwan.

“Jadi, apabila saya dan Iwan berjumpa, ada ketika kami hanya berehat untuk menenangkan diri. Pada waktu itulah Iwan meminta saya kembali menyanyi biarpun pada awalnya, saya tidak pernah terfikir untuk ke arah itu.

“Kemudian, Iwan mahu menghasilkan lagu yang mudah untuk saya nyanyikan. Selepas menjalani beberapa peringkat perbincangan dan proses pembikinan, akhirnya saya suka dengan single Terima Kasih Allah,” katanya kepada BH Online.

Ads

“Lagu ini lebih kepada kesyukuran yang selalunya umat Islam sebut iaitu Alhamdulillah. Kami nyatakan dalam tajuk Terima Kasih Allah sebagai tanda penghargaan terhadap nikmat dan hidayah Allah.

“Dari segi lirik, lagu ini mengisahkan perjalanan hidup. Saya tidak mahu lagu ini hanya bercerita mengenai syurga kerana itu adalah perkara yang berat.

“Jadi, single Terima Kasih Allah adalah kupasan hidup saya yang beralih dari satu fasa ke satu fasa yang lain.

Ads

Artikel Berkaitan : Fattah Amin Lancar Alunan Zikir, Kini Fokus Hasilkan Lebih Banyak Kandungan Muzik Islamik!

Single Terima Kasih Allah telah dikeluarkan pada 24 Februari dan boleh didengari di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

Sumber : Berita Harian

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI