Fahami Skil Komunikasi Yang Betul Barulah ‘Confident’!

Share

Kemahiran komunikasi pada setiap individu bergantung kepada pengalaman dan kemahiran masing-masing. Sudah tentu, ia berbeza dari satu sama lain dan punyai pelbagai ragam dalam bersosial.

Artikel berkaitan: Sedekah Atas Niat Yang Betul Bukan Bermegah, Ikuti Adab Yang Patut Di Contohi

Skil Komunikasi Harus Ada!

Setiap perkara di dahulukan dengan skil dan tatacara yang tertentu. Ini kerana setiap pertemuan anda haruslah memberikan impak kepada mereka yang anda temui.

Ramai yang leka dengan cara-cara untuk berkomunikasi dengan betul. Ada yang bersahaja dan tidak kisah tentang cara keterampilan mereka apabila berkomunikasi.

Sebagai seorang individu yang inginkan tampak lebih karisma dan bagus, anda perlu ketahui dan fahami skil yang mudah ini. Sudah pasti anda tidak akan menyesal!

1.Eye contact

Sumber dari Canva

Jangan malu untuk bertentangan mata dengan sesiapa anda berjumpa. Keyakinan anda terletak pada cara anda perhatikan sekeliling. Jika anda suka tengok kebawah atau keatas hanya kerana untuk mengelakkan pandangan mata bertentangan, anda telah menunjukkan bahawa anda tidak bersedia dan takut ketika itu.

2. Jaga dengan bahasa!

Sumber dari Canva

Berkomunikasi bukan sahaja bergantung pada percakapan malah cara anda membalas emel juga patut dititikberatkan. Jangan menggunakan bahasa pasar atau bahasa yang sukar difahami. Belajar untuk menggunakan bahasa rasmi dan juga senang untuk mesej disampai.

3. Terang sesuatu benda dengan mudah

Sumber dari Canva

Ada yang suka untuk menerangkan sesuatu dengan berpusing-pusing point mereka. Anda bukan sahaja membuang masa mereka yang mendengar, tetapi anda buang air liur juga!

Pastikan anda tahu apa yang ingin anda sampaikan, biar ia tepat dan kena pada point. Barulah orang senang faham dengan apa yang anda sampaikan.

Artikel berkaitan: Jaga Adab Ketika Menziarah Makam Rasulullah Dan 6 Perbuatan Ini Dilarang. Take Note Ya!

4. Jadilah pendengar yang bagus

Sumber dari Canva

Komunikasi bukanlah setakat anda yang memberi, anda juga perlu menjadi penerima yang bagus. Ya, mendengar pula apa yang disampaikan dari orang yang sedang bercakap dengan anda. Dari situ anda boleh belajar untuk hormati dan fahami point mereka.

Sumber: Hellodoktor

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee