Semalam telah berlangsungnya sidang media pengumuman rasmi 12 peserta Ratu Hijabista yang julung-julung kalinya diadakan. Bukan calang-calang peserta yang dipilih, mereka telah disaring berdasarkan kebijaksanaan dan personaliti yang dimiliki dan bukan hanya bersandarkan pada rupa.
Turut membuat persembahan istimewa pada majlis itu, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Lelaki di Telefon’ iaitu Afieq Shazwan turut teruja dengan rancangan Ratu Hijabista ini dan sempat menitipkan tip buat bakal peserta memandangkan dia memahami perasaan peserta memandangkan dia juga turut lahir daripada program realiti iaitu Idola Kecil.
Racangan Ratu Hijabista ini sangat bagus sebab kawan-kawan saya ramai jugak yang ‘hijabista’. Jadi mereka ini sebenarnya menunjukkan definisi beauty with brain. Tak semestinya hanya cantik dari segi luaran, tapi cantik dari dalaman juga jadi teruskan sebab kadang-kadang dekat situ kitab oleh lihat dan cungkil bakat seperti menyanyi, berlakon dan sebagainya. Kita juga boleh lihat perkembangan mereka daripada nothing to something.
Pesanan saya pada semua jangan malu, jangan segan. Bila masuk rancangan ini, kita kena sedar ini merupakan platform yang sangat besar jadi teruskan usaha anda dan serlahkan bakat yang dimiliki. Jangan malu untuk tonjolkan sebab bila adanya platform ini, mungkin akan ada cikgu vokal yang boleh asah bakat kita.
Kalau boleh berlakon cubalah berlakon, kalau boleh mengacara atau bercakap maka teruskanlah jua. Jangan segan kerana segan itulah yang akan membunuh bakat kita. Jadi majulah semua dan good luck guys!
Rancangan Ratu Hijabista yang akan dihoskan oleh Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim akan bersiaran secara rasminya pada 12 Ogos ini pada jam 9 malam di Astro Prima. Menariknya, Puan Sri Normala Samsudin akan menjadi juri tetap dalam rancangan ini setelah sekian lama tidak membuat kemunculan di kaca televisyen. Jangan lupa tonton!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI