Faezah Elai Tarik Perhatian Dengan Bertudung Labuh, Malah Cantik SepertI Anak Dara. Rahsianya Hanya Ambil 1000 Kalori Setiap Hari

Share

Tidak dinafikan bukan mudah untuk kekal cantik dan bertubuh langsing. Apatah lagi jika sukar untuk mengawal nafsu makan melihat pelbagai sajian menyelerakan. Bagi selebriti Faezah Elai ada cara tersendiri untuknya kekal berkulit cantik dan tubuh langsing seperti anak dara.

Menurut pelakon tinggi lampai ini dia mempunyai cara tersendiri untuk menjaga kesihatan dan kecantikan tubuhnya. Tidak lokek berkongsi tip terutama dalam soal pemakanan dan penjagaan kulit wajah.

"Saya memang begitu menjaga pemakanan saya setiap hari. Untuk itu saya memang membuat pengiraan kalori yang diambil setiap hari. Saya hanya ambil 1000 kalori sehari dan akan jadi lebih sikit kalau balik kampung. Saya bukan amal diet eat clean, tetapi bab kalori ini memang itu jumlah yang saya ambil setiap hari.



"Selain itu saya juga minum air kosong setiap hari dengan mengambil 2.5 liter dan ia memang wajib. Dan saya juga begitu menjaga kesihatan kulit wajah dengan memakai mask setiap hari. Saya cuba untuk kurangkan mekap kecuali ada majlis tertentu untuk dihadiri," ujar ibu anak dua ini berkongsi petua kecantikannya.

Dalam satu tembual di sebuah stesen TV, Fazeah juga turut memberitahu cantik dalaman itu sebenarnya lebih penting. Baginya definisi cantik itu, kalau dalam itu cantik, tetapi jangan lingkupkan yang dalam hanya untuk cantik luaran.

IKLAN