Sesungguhnya di sebalik setiap nama dalam asma’ul husna terdapat keistimewaan yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia. Allah SWT akan memakbulkan keinginan hamba yang berdoa dan berzikir dengan nama Nya sesuai dengan keistimewaan yang terkandung di dalam nama tersebut.
Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Imam Bukhari) Allah SWT mempunyai asma’ul husna (nama-nama yang indah) maka memohonlah kepada Nya dengan menyebut asma’ul husna. (Surah Al A’raf, ayat 180)
Pasangan yang bekerja pasti sukar untuk menguruskan hal kerja dan rumah sekali gus. Mencari kesempurnaan melakukan tugasan, mungkin adakalanya terlepas pandang sesutu perkara. Bimbang dengan urusan demi menjalankan tugasan tidak perlu risau. Amalkan zikir Al Baari untuk memudahkan urusan bacalah zikir ini seawal pagi atau sesudah subuh sebelum memulakan tugasan.
Yang Maha Pembuat / Yang Menerbitkan Makhluk / Maha Menjadikan – Ia menjadikan segala-galanya, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.