Pemilik kulit yang mudah berjerawat kerap kali ragu untuk menggunakan face oil. Biasanya keraguan ini didasari rasa khuawatir apabila minyak disapu justeru akan mendorong timbulnya jerawat lebih banyak. Padahal jika anda mengetahui jenis oil face yang tepat, kulit berjerawat justru akan mendapat manfaat dari zat anti-inflamasi dan anti-bakteria.
Apalagi face oil juga dapat menyeimbangkan kadar sebum pada kulit. Pelbagai jenama yang di jual atas talian dan di store kecantikan, ini panduan agar tidak tersalah pilih. Ini rekomendasi produk face oil untuk merawat kulit berjerawat yang boleh anda cuba!
Skin care yang mengandung antioksidan dipercaya berkesan untuk atasi kulit berminyak dan cenderung prone to acne. Salah satunya face oil keluaran Glamglow ini yang mengandungi liquid charcoal oil dengan kandungan antioksidan tinggi. Selain liquid charcoal yang bermanfaat untuk melindungi kulit dari radikal bebas, Glamglow STARPOTION juga diperkaya asam salisilat, asam oleat, dan vitamin C yang bagus untuk atasi jerawat.
Selain glow toner, anda juga boleh mencuba varian produk face oil yang dituntut sesuai untuk kulit berjerawat. Produk ini juga efektif untuk membantu kulit agar terhindar dari masalah seperti kusam dan hilangnya tingkat kelembapan.
Kandungan utama berupa ekstrak bunga jasmine untuk menyembuhkan dan menyeimbangkan kondisi kulit berjerawat. Sedangkan kandungan evening primrose mampu membantu menambah sirkulasi dan menghidrasi kulit. Lalu, ada juga kandungan grape seed oil yang dapat menambah kadar kolagen di kulit wajah. Gunakan di pagi dan malam hari, lalu aplikasikan sambil menghangatkan tangan terlebih dahulu.
Disebut sebagai oil essence, produk ini mempunyai kandungan utama berupa 61% sahara cactus seed oil yang mengandung vitamin E sehingga tinggi anti-oksidan. Lalu, kandungan acai berry yang juga kaya anti-oksidan, memperkuat ketahanan kulit wajah, dan merevitalisasi kulit. Teksturnya yang silky tidak meleket dan mudah meresap sampai ke lapisan kulit dalam.
Mempunyai kandungan 100% rosehip seed oil yang kaya akan kandungan linolenic acid serta vitamin A. Kandungan ini bermanfaat untuk menjaga kelembapan dan juga keanjalan kulit wajah. Selain itu, produk ini juga dituntut mampu mengatasi jerawat sekaligus mengawal kadar minyak. Kalau anda mempunyai masalah noda hitam juga boleh menggunakan produk ini kerana boleh mengatasi masalah kulit kusam.
5. Trilogy Rosehip Oil, mampu menstimulasi kolagen dan menenangkan kulit wajah berjerawat
Produk dengan kandungan tunggal ini nampak sederhana, tapi tentunya tidak dengan apa yang produk ini dapat lakukan untuk kulit anda yang mudah berjerawat. Facial oil ini penuh dengan manfaat dari asid minyak esensial yaitu sekitar 80% omega 3 dan 6, yang dapat menenangkan kulit sambil menyamarkan luka dan warna kulit tidak merata.
Selain itu, rosehip oil juga tinggi kandungan vitamin C yang mampu menstimulasi produksi kolagen dan mencegah terbentuknya melanin pada kulit, hasilnya kulit akan lebih anjal dan cerah. Facial oil ini sangat mudah meresap dan mempunyai formula yang ringan. Sehingga sesuai untuk anda yang memiliki kulit mudah berjerawat.
6. Utama Spice Acne Treatment Oil, mengatasi jerawat dan lindungi kulit dari radikal bebas
Facial oil berikut ini mengandung tamanu oil yang memiliki banyak kandungan yang sangat bermanfaat bagi kulit. Tamanu oil memiliki kandungan linoleic acid dan oleic acid yang cenderung seimbang sehingga sesuai digunakan pada semua jenis kulit.
Dalam pelbagai kajian, tamanu oil telah terbukti mampu mengatasi pelbagai masalah kulit seperti bekas jerawat, noda kehitaman, iritasi, gatal – gatal, peradangan, luka, kulit kering bahkan stretch marks. Selain itu tamanu oil juga kaya akan zat anti – oksidan sehingga mampu melindungi kulit dari pengaruh buruk radikal bebas.
7. Tarte Maracuja Oil, mampu merawat kulit dan mengatasi masalah kulit yang kasar
Dari kemasannya saja dapat terlihat bahwa produk yang satu ini tergolong produk premium dengan bahan-bahan berkualiti yang ada di dalamnya. Mengandung bahan utama yaitu maracuja oil, produk ini dituntut dapat melembapkan, mengencangkan, mencerahkan, melembutkan, bahkan memperbaiki jerawat dan tekstur kulit yang kasar.
Formulanya cenderung ringan dan tidak membuat efek greasy pada kulit. Uniknya, produk ini tersedia dalam beberapa pilihan ukuran sehingga anda boleh memilih mana yang lebih sesuai untuk guna harian.
Pada malam hari kulit akan beregenerasi dan memperbaiki jaringan-jaringan kulit yang rosak. Maka dari itu, penggunaan produk yang memang disasarkan untuk memperbaiki kulit harus lebih banyak dipakai di malam hari sebelum tidur. Produk yang satu ini mempunyai kandungan yang terdiri dari pelbagai minyak esensial dan ekstrak tanaman. Sehingga, dapat saling bersinergi untuk melembutkan, mencerahkan kulit, mengurangi jerawat serta memberikan efek bersinar alami.
Facial oil berikut ini mengandung bahan-bahan yang sangat hebat untuk mengatasi jerawat dan berpanjangan. Mengandung 1,5% salicylic acid dan tea tree, produk ini sangat efektif melawan bakteria penyebab jerawat, mencegah pori tersumbat dan membuat jerawat lebih cepat mereda.
Takut kulit menjadi kering? Jangan khuawatir, produk ini dipadukan dengan milk thistle dan mentimun yang menghidrasi kulit, juga terdapat ekstrak chamomile dan neroili essential oil yang mampu menenangkan kulit. Salah satu produk premium ini rugi tak cuba.
Face oil yang satu ini mengandung rosehip seed oil yang cocok untuk jenis kulit berjerawat. Selain itu, Burt’s Bees Complete Nourishment Facial Oil juga mengandung jojoba oil yang tak terlalu greasy, sehingga tak akan menyumbat pori-pori. Primrose oil yang terkandung di dalamnya juga memiliki kandungan antioksidan yang bagus untuk kulit berjerawat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Meskipun rumahtangga sedang bergolak , sehingga hangat diperkatakan kononya sang suami, Syamsul Yusof telah mendirikan rumah tangga dengan perampas, Ira Kazar seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Sehubungan itu, demi menenangkan keresahan jiwa dek gejolak rumahtangga yang di alami, Sarah mengambil keputusan membawa anak-anak melancong ke luar negara dan berehat seketika.
Perkara berkenaan dimaklumkan Sarah menerusi muat naik dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini, dapat dilihat Sarah berkongsi beberapa keping gambar dan video sewaktu dia menikmati percutiannya itu dan berseronok di Jepun bersama anak-anak.
“Terima kasih Ya Allah, sampai juga Disneyland nak bawa Syaikhul dan Sumayyah. Duit boleh dicari, kebahagiaan anak-anak tak ternilai,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Rugi Syamsul Sia-Siakan Detik Melancong Bersama Anak-Anak
Hijabista sempat meninjau keruangan komen pada hantaran berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dan betapa ruginya Syamsul kerana mensia-siakan masa dengan orang ketiga hingga tidak bersama anak-anak untuk mencipta kenangan indah bersama keluarganya.
Menurut segelintir netizen, melihat momen anak membesar adalah anugerah paling terindah dan tidak ternilai sebagai seorang bapa.
Selain itu, netizen turut mendoakan Semoga Puteri Sarah terus diberi kekuatan untuk membesarkan anak-anaknya. Malah rata-ra
Bagaimanapun, netizen turut menzahirkan rasa kagum mereka melihat semangat danta netizen mengagumi kekuatan yang dimiliki oleh Puteri Sarah dalam menghadapi dugaan rumah tangganya dan mendoakan agar segala urusan pelakon yang berusia 37 tahun itu dipermudahkan
Kehidupan sosial seseorang itu berpandukan dengan cara mereka membawakan diri pada khalayak ramai. Pada ketika itulah ramai yang akan tahu tentang peribadi mereka.
Ramai daripada kita yang inginkan persepsi yang baik sewaktu pertama berjumpa dengan seseorang. Sudah tentu juga ada yang ingin berubah dari versi diri yang lebih baik dari yang dulu.
Keperibadian seseorang yang menarik
Setiap manusia membawa karakter serta perangai yang berbeza-beza, semuanya disebabkan oleh pengalaman dalam hidup serta latar belakang yang berbeza. Jadi tidak semua akan memiliki keperibadian yang sama.
Ada yang dahulunya sering di kritik kerana mempunyai keperibadian yang pendiam, pemarah dan sebagainya–anda pasti akan terasa dengan komen yang dilontarkan. Sebenarnya ada sahaja pandua peribada kualiti yang menarik boleh anda ikuti. Ayuh kita nilai bersama.
#1 Ada perasaan ingin tahu
Perasaan ingin tahu sangat bagus dalam pendirian seseorang kerana mereka akan terselah menunjukkan karakter yang menarik. Rasa ingin tahu itu berbeza dengan ‘busy body‘ kerana ia lebih cenderung untuk memahami setiap perkara seperti ilmu agama, politik, dan sebagainya. Mereka yang ada kualiti ini juga tidak cepat buruk sangka!
#2 Jujur
Bersikap jujur adalah suatu kualiti yang senang untuk seseorang itu miliki. Namun, tidak semua boleh lakukannya kerana ingin menyembunyikan sesuatu perkara. Orang yang jujur ini kelihatan menarik kerana mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan fitnah. Tapi, orang yang terlalu jujur juga boleh mengeluarkan kata-kata yang mengguris hati seseorang, jadi sila berhati-hati.
#3 Selalu mencari ilmu
Sikap ingin mempelajari sesuatu sangat bagus kerana mereka akan cenderung untuk menunjuk minat pelajari sesuatu benda. Tidak sombong untuk belajar dan masih ingin kumpul ilmu sebanyak mungkin membuatkan lagi seseorang itu tampak rendah diri dan tidak egois.
#4 Ada matlamat dalam hidup
Hidup mereka yang ada sesuatu benda untuk kecapi–mungkin matlamat itu tidak sebesar mana, cukup sekadar ingin mencari rezeki yang halal. Maka usaha yang datang bagi kecapi matlamat itu akan menjadikan seseorang itu tekun dalam pekerjaannya.
#5 Kurang mengeluh
Ada ketika kita lihat beberapa orang sekeliling kita yang suka mengeluh, ia menampakkan mereka kelihatan putus asa. Tetapi, sebagai menjadi panduan dan motivasi diri, kita harus cuba untuk kurangkan dari mengeluh. Ambil setiap percubaan itu suatu pengajaran untuk kita lebih maju kehadapan.
Bagi setiap orang, pendapat berbeza-beza untuk mencapai ‘kualiti yang bagus’ dalam peribadi seseorang itu. Apa yang penting, gunakan akal untuk menilai perkara yang baik dan salah.
Penyanyi muda, Iman Troye pernah tular, menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam mana-mana mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2022). Namun 2023 sokongan penyanyi yang popular dengan lagu Teman dan Nang ini tidak berdiam diri.
Iman Troye sebagai duta dan Ikon Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus komited dalam membantu pelajar SPM di seluruh negara.
Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata, kehadirannya bukan sekadar duta dan ikon, tapi menyifatkan ia adalah tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan sebaiknya.
Hadir memberi semangat dan motivasi kepada lebih 1,000 pelajar SPM menerusi program Seminar Roadtour Skor A+ SPM yang diadakan di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan.
“Pada program ini sebanyak 1,020 pelajar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 terbabit dalam program Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan. Bagi saya, penyertaan itu cukup memberangsangkan selain melihat usaha mereka untuk lulus cemerlang pada SPM akan datang.
Siri Jelajah Misi Skor A
Persediaan yang dibuat PTTI ini selaras dengan pengumuman dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai SPM yang diawalkan bermula 5 Disember depan (peperiksaan amali SPM). Misi membantu pelajar- pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM sehingga mereka mendapat skor A, dengan kehadiran Iman Troye sebagai penyuntik semangat pada mereka yang memerlukan.
“Saya berharap kehadiran saya bersama pasukan PTTI dapat memberikan semangat yang jitu kepada mereka. Saya mahu apa saja usaha yang dilakukan bakal membuahkan hasil terbaik kepada mereka.
“Apa yang pasti, saya bersama PTTI komited untuk terus membantu pelajar yang bakal menduduki SPM ini agar mereka berada di landasan betul,” katanya.
Pada Seminar Roadtour Skor A+ SPM Kelantan, mata pelajaran yang diajar adalah Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Kimia dan Matematik Tambahan. Dalam masa sama, PTTI akan meneruskan siri jelajah sempena cuti sekolah di IDCC Shah Alam pada 2 September ini.
“PTTI dalam misi nak membantu 100,000 pelajar SPM seluruh Malaysia untuk tingkatkan prestasi akademik dari Gagal ke A menerusi kelas tuisyen dalam talian.
“PTTI turut mengadakan siri jelajah ke sekolah di seluruh negara secara percuma dalam usaha membantu KPM dan negara bagi memastikan standard pencapaian murid tercapai,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...