Kecantikan

‘Face Mask’ Buat Kulit Wajah Rosak Dan Naik Jerawat, 5 Tip Ringkas Ini Untuk Merawatnya!

Share

Hari ini, walaupun kehidupan kita sudah kembali sedikit normal namun kita harus sentiasa memakai pelitup muka untuk memastikan penularan Covid-19 dapat dikawal. Pun begitu, pemakaian pelitup muka menyebabkan wajah menjadi banyak jerawat, gatal-gatal dan kemerahan disebabkan penjagaan yang tidak betul.

Sumber gambar: Vjapratama

Oleh kerana itu, team Hijabista kali ini kongsikan kepada anda semua cara untuk menjaga kebersihan memakai pelitup muka memandangkan memakai pelitup muka merupakan sebuah perkara wajib yang harus kita amalkan setiap hari.

Sumber gambar: DORNO

1. Tukar pelitup muka setiap 3-4 jam

Ramai yang mengambil ringan tentang hal ini. Ada yang memakai satu ‘face mask’ dengan banyak kali. Sebenarnya hal ini tidak baik kerana kebarangkalian ‘face mask; yang kita pakai sebelum itu sudahpun banyak bakteria yang terkumpul. Oleh itu, jika keluar rumah dalam tempoh masa yang lama pastikan anda tukar ‘face mask’ yang digunakan dengan yang baru . Elakkan dari menggunakan ‘face mask’ yang sama dari pagi sampai malam.

2. Cuci pelitup muka

Pelbagai jenis ‘face mask’ yang dijual di pasaran. Ada yang jenis kain dan ada juga yang jenis lain. Jika anda menggunakan pelitup muka jenis kain, pastikan anda mencucinya setiap hari. Jangan biarkan ia tidak dicuci selama seminggu. Ini kerana banyak bakteria yang terkumpul. Debu dari luar dan kotoran juga akan menyebabkan kulit wajah akan rosak.

Sumber gambar: Engina

3. Kurangkan penggunaan solekan

Jika anda jenis yang akan bermekap setiap hari, mungin anda boleh cuba untuk mengurangkan penggunaan mekap terutamanya foundation.

Penggunaan mekap yang tebal dicampur dengan face mask akan menyebabkan pori-pori muka anda tersumbat justeru menyebabkan acne.

4. Produk penjagaan kulit anti-bakteria

Jika kulit wajah anda jenis yang sensitif dan sudah mula menunjukkan banyak jerawat disebabkan penggunaan ‘face mask’, anda perlu mencari produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan antibakteria. Sebagai contoh madu dan frankincense. Ini dapat membantu untuk mengawal masalah keradangan kulit wajah anda.

Sumber gambar: Engina

5. Produk melembutkan kulit

Apabila kulit sedang ‘imflamed’ dengan jerawat, anda perlu menggunakan produk yang mengandungi bahan yang boleh menenangkan kulit antaranya centella, seaweed dan calendula. Anda juga boleh melakukan carian seperti ‘skin-soothing ingredients’ untuk mendapatkan lebih contoh.

Published by
Putra