Pelopor jenama kasut dan pakaian Skechers yang popular sebagai jenama yang mementingkan keselesaan telah memilih berkolaborasi bersama artis K-pop, Cha Eun Woo yang diangkat sebagai duta terbaharu Skechers Di Rantau Asia.
Buat peminat k-pop dan kdrama, Cha Eunwoo merupakan figura yang tidak asing lagi. Berikutan mempunyai rupa paras yang memukau, ditambah pula riak wajah tampan membuatkan Eunwoo mempunyai pakej lengkap yang sempurna, hingga mendapat gelaran ‘Face Genius’.
Perjalanan seni Eunwoo bermula dengan penglibatanya dalam industri muzik K-Pop bersama kumpulan Astro pada tahun 2016. Eunwoo kemudiannya terus melebarkan sayapnya dengan tampil sebagai artis jemputan dalam beberapa rancangan ‘variety show’ di Korea Selatan. Bintangnya terus bersinar apabila wajah tampanya itu mulai melatari beberapa buah drama televisyen dan laman-laman drama korea.
Populariti semakin meledak sebagai pelakon dan penyanyi, lantas meletakkan aktor kacak Cha Eun-woo itu sebaris dengan aktor-aktor A-list Korea. Eunwoo juga diantara selebriti K-pop terlaris yang sering menjadikan duta bagi beberapa jenama terkemuka seperti Dior dan Burberry.
Artikel berkaitan: Selesa Dengan Setiap Gaya, Peluang Miliki Sepasang Skechers, Koleksi Foamies Percuma. Mudah Jer!
Dipilih Sebagai Duta Baru Skechers Di Rantau Asia
Terbaru, peneraju utama K-Drama My ID is Gangnam Beauty (2018), True Beauty (2021) dan Island (2022) ini sekali lagi diangkat menjadi duta bagi jenama kasut dan pakaian terkemuka Skechers di rantau Asia iaitu Malaysia, Hong Kong, Macau, Philippines, Singapore, Thailand and Vietnam.
“Saya berbesar hati dan gembira kerana dilantik sebagai Duta Skechers yang baharu. Kasut adalah bahagian penting dalam hidup saya, bukan sahaja sebagai ‘fashion statement’ tetapi juga kerana saya suka menari dan bersenam.
Reka bentuk inovatif dan serba boleh Skechers yang selesa ini mencerminkan gaya saya. Tak sabar rasanya untuk berkongsi Skechers kegemaran saya dengan semua orang dan saya harap anda semua menyukainya seperti saya!” kata Eun-woo.
Justeru dalam gandingan bersama ini, Eun-woo akan turut serta membuat kemunculan dalam beberapa kempen pemasaran, seperti Skechers Hands Free Slip-insTM, Skechers Sport® Court, Skechers Foamies®, Skechers Workout WalkerTM, dan Skechers Apparel (Lifesyle & Performance).
Ketua Pegawai Operasi Skechers, David Weinberg berkata kempen pada musim ini memfokuskan untuk meraikan keaslian (authenticity) yang juga merangkumi nilai dan komitmen Skechers terhadap pengguna kasut berkualiti tinggi, selesa dan inkusif keluaran Skechers.
“Di Skechers, kami percaya dalam melabur dalam perniagaan kami untuk menjangkau pelanggan baharu, memaksimumkan perniagaan kami dan terus mengukuhkan jenama kami sebagai peneraju dalam kasut keselesaan yang inovatif.
“Mempunyai Eunwoo sebagai duta jenama di kebanyakan pasaran utama Asia kami adalah bukti kepada kepercayaan kami terhadap peluang pertumbuhan yang berterusan di rantau ini,” Katanya.
Menurut Zann Lee, Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara; pemilihan Eunwoo sebagai Duta adalah berdasarkan personaliti beliau yang di senangi serta gaya dan sesasi fesyen yang menjadi sorotan ramai khususnya para peminat.
Sekadar info, Skechers kini mempunyai beberapa cawangan di seluruh Malaysia, sekiranya hijabi mahu ‘steal the look of Cha Eun Woo’ bolehlah lawati kedai fizikal Skechers atau layari laman sesawang www.skechers.com.my, Facebook rasmi https://www.facebook.com/Skechersmalaysia serta Instagram Skechers Malaysia https://www.instagram.com/skechersmalaysia/
Artikel berkaitan: Cipta Stail Tersendiri Dengan Gaya Selebriti, Dapatkan Koleksi Menarik Hijabista Dengan Tawaran Hebat Jualan 9.9 Lazada
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI