Koleksi skaf E For All tampil dengan 10 rekaan eksklusif dan berani. Bercirikan konsep versatil dan tenaga luar biasa, ikon fesyen dan sosialit terkenal, Ezurin Khyra tampil melebarkan sayap dalam industri fesyen dengan melancarkan skaf di bawah jenama E buat julung kalinya.
Tampil dengan koleksi terbaharu dinamakan E For All, skaf E menjanjikan kelembutan dan keunikan tersendiri yang dihasilkan untuk wanita tanpa mengira pangkat, keturunan, warna kulit dan agama.
Rekaan eksklusif dari Negara pernah dikunjunginya
Ezurin yang bertindak sebagai pengasas skaf E berkata, sebagai permulaan beliau mengeluarkan 10 koleksi skaf yang eksklusif bagi memberi impak kepada setiap wanita supaya kelihatan elegan dan berani.
“Sebagai permulaan saya tampilkan 10 koleksi skaf E For All yang dinamakan dari 10 lokasi yang pernah saya lawati iaitu Istanbul, Doha, Bahia, Rio, Dubai, Jakarta, Paris, Milan, Madrid dan Kuching.
ARTIKEL BERKAITAN: TAK SANGKA PRODUK KECANTIKAN DRUGSTORE MAMPU MILIK YANG DIGILAI SELEBRITI, RAMAI YANG PUASHATI!
“Bersesuaian dengan pelancaran skaf ini saya turut melancarkan kempen E For All yang mana setiap koleksi skaf ini tidak hanya terhad kepada wanita muslimah sahaja, malah setiap wanita tidak kira pangkat, agama, bangsa atau kaum mempunyai cara tersendiri dalam menggayakan skaf ini.
“Saya sangat teruja untuk melihat skaf ini dimiliki oleh setiap wanita di seluruh dunia sekali gus menjadi ‘trendsetter’ kepada fesyen skaf yang menjadi trend hari ini,”katanya.
Ezurin atau lebih dikenali Princess E berkata, idea untuk menghasilkan skaf ini adalah salah satu cara untuk dirinya meluahkan kecintaan terhadap seni.
“Fesyen adalah lambang kemegahan bagi mereka yang cintakan seni. Jadi setiap rekaan yang saya gambarkan dalam skaf ini mempunyai nilai eksklusif dan estetika yang tersendiri.
“Setiap idea untuk rekaan pada skaf kali ini adalah inspirasi daripada 10 lokasi yang saya lawati ketika bercuti,”katanya.
Tambah Princess E, kempen E For All boleh dianggap hadiah kepada setiap wanita untuk mendapatkan skaf ini kerana harga yang ditawarkan adalah mampu milik.
“Saya menceburi bisnes fesyen ini bukan untuk mengejar kekayaan tetapi saya ingin melihat setiap wanita bertambah jelita dan bergaya dengan skaf E For All ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Eggan Dahi Nampak Luas Ketika Pakai Tudung, Ini Tip Penggayaan Sorok ‘Jendul’ Dan Ikut Bentuk Muka.
“Jadi setiap koleksi E For All dijual pada harga RM29.00 secara online di www.eforezurin.com atau boleh didapati dengan 212 stokis berdaftar.
“Saya harap skaf ini akan menjadi satu permulaan baharu kepada setiap wanita untuk menggayakan skaf ini di kepala mengikut cita rasa dan gaya yang anda inginkan,”katanya.
Pada majlis yang penuh meriah dan warna warni dengan tetamu yang begitu sportif menggayakan skaf dari koleksi E For All dan menariknya lagi pengasas E skarf menata gayakan skaf pada tetamu yang bertuah. Ternyata sentuhan pengayaannya lain dari yang lain. Fabrik yang ringan dan boleh digayakan pada empat musim, ya, Ezurin punyai citarasa tersendiri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/JhZapDtSG2w
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI