Salah satu fitrah manusia adalah suka dan cintakan kebersihan terutama sekali di tempat-tempat untuk melunaskan hajat kecil mahupun besar. Jika kawasan tandas itu berbau kepam, kotor dan berkeladak boleh terbantut niat untuk membuang hajat.
Apabila jubin tandas berkeladak dan kekotoran itu dibiarkan terlalu lama, ia bukan sahaja menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Malah ia juga mengambil masa yang lama untuk dibersihkan, sehingga anda perlu menyental dengan begitu teruk dengan menggunakan sepenuh tenaga.
Ahli Kimia Ini Kongsi ‘Cleaning Hacks’ Cara Mudah Atasi Masalah Ini!
Memandangkan tandas merupakan antara ruangan terpenting di dalam sebuah rumah, kerana ia merupakan kawasan yang paling kerap digunakan.
Di sini Hijabista kongsikan semula ‘Cleaning Hacks’ tip perkongsian dari seorang wanita, tentang cara membersihkan jubin berkerak dengan mudah. Jom semak!
Perkongsian ini di buat menerusi akaun Facebook milik ahli kimia, Dr Fatimah Salim yang terpanggil untuk berkongsi petua membersihkan bilik mandi kotor sekadar memenuhi permintaan ramai pihak dan rakan-rakanya yang mahu mengetahui caranya.
Hanya DIY ‘Spray’ Ini Dengan Berhati-Hati Ketika Bersihkan Kotoran
Bagaimanapun, Dr Fatimah menegaskan bahawa cara ini hanya sesuai diaplikasikan oleh mereka yang mempunyai sifat berani dan cermat! Ini kerana untuk membuat spray ini, hijabi perlu menggunakan bahan-bahan yang mempunyai asid penghakis yang tinggi.
Ini disebabkan cecair peluntur bersifat kuat dan boleh menghakis kulit dan menyebabkan kerengsaan atau memberi kesan terbakar. Oleh itu, Hijabi perlu berhati-hati semasa menggunakannya dalam keadaan pekat. Jika ia terkena pada kulit, segera basuh dengan air.
Artikel berkaitan: Tandas Rumah Busuk Kalah ‘Public Toilet?’ DIY Pewangi Dua Bahan Ini, ‘Confirm’ Harum Semerbak Lipas Pun Lari Tau!
Sebelum memulakan proses pembersihan Hijabista menasihatkan agar anda mengambil langkah waspada dengan mengenakan alatan keselematan seperti sarung tangan, memakai pelitup muka dan juga kacamata keselamatan.
Gunakan kain atau topeng yang mampu menghalang bau cecair peluntur dihidu secara langsung kerana ia mudah meruap dan boleh menyebabkan komplikasi pernafasan dan pastikan anda membuka tingkap atau pintu untuk membebaskan gas cecair peluntur keluar dan tidak meruap.
Cara-caranya
1. Tuangkan cecair peluntur (Clorox) ke dalam bekas penyembur atau secara saintifiknya bekas yang boleh menghasilkan ‘droplet aerosol’ dan sembur (spray) pada permukaan dinding berjubin atau ruangan yang kotor yang anda ingim bersihkan. Pastikan permukaan yang ingin dibersihkan itu benar-benar kering terlebih dahulu sebelum disembur Clorox.
2. Setelah di sembur, adalah lebih baik untuk anda tinggalkan ia selama beberapa jam atau semalaman agar clorox dapat bekerja menyerap ke dalam kotoran semaksima mungkin dan ini akan memudahkan proses mencucinya kelak.
3. Apabila anda bangun pada keesokan hari, boleh lah mulakan proses mencuci dengan membilas jubin atau bahagian yang kotor itu dengan air paip. Jika ada kesan kotoran yang masih degil, cukup anda sental lembut sahaja maka kotoran itu akan hilang. Jika masih lagi ada bau peluntur anda boleh bilas dengan air sabun terlebih dahulu dan bilas sekali lagi dengan air bersih.
Menurut Dr Fatimah, cara ini amat sesuai untuk mereka yang tidak gemar melakukan kerja pembersihan dengan teknik menyental.
Selain itu, ujarnya kaedah sama juga boleh diaplikasikan untuk tujuan pembersihan lain sepeti tab mandi, singki dan juga mangkuk tandas.
Sumber: Facebook Fatimah Salim
Artikel berkaitan: Bawa Telefon Ke Tandas Boleh Membahayakan Kesihatan, Salah Satunya Punca Buasir
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI