Sempena menyambut ulang tahun kelahiran anak tunggalnya iaitu Engku Aleesya yang ke-12, primadona jelita, Erra Fazira telah memuat naik satu video majlis sambutan ulang tahun kelahiran Engku Aleesya.
Erra seperti juga ibu-ibu yang lain memberikan ucapan istimewa buat Engku Aleesya. Dalam ucapannya itu, Erra mengimbas kenangan sewaktu melahirkan Aleesya yang masih segar dalam ingatannya.
Tambahnya, gugur segala kesakitan dan kepayahan saat pertama kali mereka berdua bertentang mata. Jelas Erra lagi,
Kehadiran Aleesya telah menyempurnakan hidupnya sebagai seorang wanita. Gugur segala kesakitan saat melahirkan ketika pertama kali menatap wajah anaknya itu saat dilahirkan. Berikut coretan Erra dilaman Instagramnya.
Selamat Hari Jadi Anakku..
Genap 12 tahun dikau dilahirkan.. Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui.. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu ..
Masih segar dlm ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku .. Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.. hadirmu menyempurnakan hidupku .. Ya Allah.. terima kasih diatas anugerahMu..
Sayang yang tidak berpenghujung buatmu anakku..
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran turut memuat naik foto dan ucapan istimewa buat Engku Aleesya. Dalam ucapan hari jadinya itu buat anakanda tercinta, Engku Emran menyebut tentang pelbagai cabaran dan ujian yang mereka tempuhi bersama.
Engku Emran juga berharap Aleesya menjadi seorang anak yang berjaya dalam hidup, hamba Allah yang sentiasa taat padaNya dan dikurniakan ketenangan yang abadi. Terdahulu, ibu tiri kepada Aleesya iaitu Noor Nabila turut memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-12.
Aleesya sayang Ayah, you turned 12 today. I do not need to express my feelings and tell you how blessed i feel to be your father. Aleesya banyak mengajar Ayah tentang erti kehidupan. You may not realise or understand this now but through you Allah SWT has sent HIS guiding light. We have faced the highs and lows together certainty way more hits than misses. Ayah doakan Aleesya sokmo berjaya dalam hidup, menjadi hamba Allah SWT yang sokmo taat pada Nya dan dikurniakan ketenangan yang abadi. Ameen Ya Rabb.
View this post on Instagram
Sumber kredit: Instagram Erra Fazira Instagram Engku Emran
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI