Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.

Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi apabila menerima ucapan sweet penuh bermakna daripada suaminya yang merupakan seorang usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga pada 1 Januari 2025 lalu.

“Engkaulah Bidadariku Di Dunia Ini” Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI Sempena Genap 3 Tahun Perkahwinan
Kredit Foto: mahadibz
“Engkaulah Bidadariku Di Dunia Ini” Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI Sempena Genap 3 Tahun Perkahwinan
Kredit Foto: mahadibz

Berkongsi di Instagram peribadinya, Datuk Seri Mahadi menitipkan kata-kata yang sangat bermakna buat isterinya yang tersayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mahadi BZ (@mahadibz)

“Alhamdulillah, hari ini genap tiga tahun kita melayari bahtera perkahwinan bersama.”

Nikmat Yang Tidak Pernah Henti Disyukuri

Tulis Datuk Seri Mahadi sepanjang tiga tahun perkahwinan adalah nikmat yang tidak pernah henti disyukuri kepada Allah SWT.

“Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang tidak pernah henti aku syukuri kepada Allah. Kehadiranmu dalam hidupku adalah tanda kasih sayang Allah yang terbesar buatku.”

Ads

Sepanjang tiga tahun usia perkahwinan mereka, suami turut menyifatkan Heliza sebagai bidadari dunia dan mengharapkan kebahagiaan yang dikecapi sehingga ke saat ini berkekalan sampai ke syurga.

“Engkaulah Bidadariku Di Dunia Ini” Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI Sempena Genap 3 Tahun Perkahwinan

“Engkaulah Bidadariku Di Dunia Ini” Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI Sempena Genap 3 Tahun Perkahwinan
Kredit Foto: mahadibz
“Engkaulah Bidadariku Di Dunia Ini” Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI Sempena Genap 3 Tahun Perkahwinan
Kredit Foto: mahadibz

“Engkaulah bidadariku di dunia ini, penyejuk mata, dan pelengkap separuh agamaku. Aku berdoa agar cinta kita sentiasa diberkati, diredhai dan dipimpin oleh Allah menuju syurgaNya.

“Semoga Allah terus menguatkan cinta kita, mengurniakan ketenangan dalam rumah tangga kita dan menjadikan kita pasangan yang saling menguatkan di jalanNya.”

Ads

Sementara di ruangan komen, Heliza membalas ucapan suaminya itu secara berseloroh.

“Engkaulah Bidadariku Di Dunia Ini” Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI Sempena Genap 3 Tahun Perkahwinan
Kredit Foto: nurhelizahelmi

“MasyaALLAH. Terkedu terkejut terharu jap dengan ucapan . Berapa hari agaknya karang hahaha. Apapun selamat hari kita moga sampai Jannah.”

Dikurniakan Zuriat Soleh & Solehah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menzahirkan ucapan tahniah dan doa agar perkahwinan mereka sentiasa dirahmati Allah SWT.

Ads

Tidak ketinggalan, ramai yang mendoakan pasangan ini dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah kelak.

“Engkaulah Bidadariku Di Dunia Ini” Suami Titip Ucapan ‘Sweet’ Buat HELIZA HELMI Sempena Genap 3 Tahun Perkahwinan

Hijabista mendoakan agar Heliza dan suamii kekal bahagia selamanya sampai syurga.

BACA JUGA: Heliza Helmi Dan Suami Kongsi Ilmu Tentang Bulan Rejab Atas Jet Ski, Netizen Gelar Mereka ‘Pasangan Nakal’

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI