Cuaca amat memainkan peranan yang mampu menganggu gugat kesihatan serta keadaan kulit kita. Apabila cuaca terlampau panas, ia bukan sahaja memberi risiko kulit menjadi gelap atau mendapat sunburn. Tetapi pada masa sama, ia juga menyerap segala lembapan dalam kulit, sekaligus membuatkan kulit menjadi kering.
Lebih buruk lagi, apabila masalah kulit ini dibiarkan tanpa sebarang inisiatif atau rawatan, ia akan menjadi semakin kering sehingga menyebabkan pengelupasan, kulit bersisik dan akhirnya kulit menjadi berkedut dan kerepot.
Alamak! Seramnya bila kulit cepat tua sebelum usia. Justeru di sini Hijabista kongsikan cara mudah bagaimana anda boleh mengembalikan semula kelembapan kulit dan melindungi keanjalan kulit agar kulit kekal sihat dan remaja.
Mesti anda dah tak sabar nak tau apa dia bahan yang ampuh untuk melindungi kelembapan kulit ni kan? Losyen Penghidratan Hada Labo adalah jawapanya dan WAJIB ada dalam rejimen penjagaan kulit anda. Ini Antara Sebab Kenapa Hijabi WAJIB Guna Losyen Penghidratan Hada Labo!
Mesti hijabi terfikir, apakah beza diantara Losyen Penghidratan Hada Labo ini dengan losyen-losyen lain yang tersedia di pasaran kan?
Betul memang terdapat lambakan produk losyen di farmasi atau drugstore. Tetapi apa yang membuatkan losyen ini bebeza adalah Hada Labo merupakan jenama penjagaan kulit Jepun yang menekankan bagaiamana wanita di Jepun menjaga serta melindungi kecantikan serta kemulusan kulit mereka.
Malah, Losyen Penghidratan Hada Labo ini merupakan produk terbaik! Hingga dinobatkan sebagai losyen no.1 Jepun selama 16 tahun berturut-turut tau.
Justeru, disini Hijabista senaraikan 4 kebaikan yang bakal kulit hijabi perolehi jika konsisten menggunakan losyen ini!
Penghidratan adalah penting kerana kulit yang sihat adalah kulit yang sentiasa terhidrat. Apabila kulit anda terhidrat dan sihat, semua masalah kulit yang lain seperti tona kulit tidak sekata, kulit kusam, kulit berminyak dan kesan penuaan seperti garis halus dan fineline tidak akan muncul dengan mudah.
Losyen Penghidratan Hada Labo mampu memberikan penghidratan kepada kulit hijabi sehingga 8 jam lamanya. Selain itu, ia juga membantu mengimbangi minyak dan air di dalam kulit, sekaligus mengembalikan keserian dan meminimakan pembentukan garis halus pada wajah.
Minimalis Jepun merupakan konsep yang menfokuskan tentang cara mengekalkan kehidupan yang sederhana dan bersih. Hada Labo menawarkan penjagaan kulit wanita Jepun dengan rejim kecantikan yang ringkas tetapi ampuh dan berkesan untuk mencapai kulit yang sihat secara semulajadi dengan hanya tiga langkah sahaja! Langkah 1: Basuh, Langkah 2: Tepuk Losyen dan Langkah 3: Lembapkan.
Hijabista mengesyorkan agar hijabi menggunakan Losyen Penghidratan Hada Labo sebagai langkah pertama penjagaan kulit. Ini penting kerana, kulit anda perlu dihidratkan terlebih dahulu agar dapat menyerap kebaikan produk dengan lebih berkesan.
Losyen Penghidratan Hada Labo mengandungi bahan-bahan premium yang penting, tanpa sebarang bahan berbahaya, seperti pewarna, pewangi, alkohol, minyak mineral, paraben dan MIT.
Selain itu, losyen ini kini turut membantu melindungi bukan sahaja kulit hijabi tetapi alam sekitar. Pembungkusan losyen ini berkonsepkan mesra alam yang diperbuat dari tumbuhan yang boleh dikitar semula, iaitu 10% polietilena (PE) berasaskan tumbuhan dan 90% polipropilena (PP) berasaskan Petroleum.
Artikel berkaitan: Berseri Menjelang Raya, Cara Penjagaan Kulit Wanita Jepun. Wajah Kusam Menjadi Cerah!
Ini antara alternatif semulajadi, berbanding menggunakan botol plastik konvensional yang mencemarkan alam sekitar. Botol-botol yang boleh dikitar semula sepenuhnya ini membuktikan betapa komitednya Hada Labo terhadap falsafah “tidak lebih, tidak kurang” yang membantu mencegah kemusnahan alam.
Di samping hijabi melindungi kulit, hijabi juga turut membantu melindungi flora dan fauna dari tercemar dengan penggunaan Losyen Penghidratan Hada Labo!
Losyen Penghidratan Hada Labo turut mengandungi HA berkualiti tinggi dalam nisbah keemasan yang bertujuan menghidrat setiap lapisan kulit anda serta menguatkan penghadang kulit (Skin Barrier) untuk kulit yang sihat dan cantik semulajadi.
Di dalamnya juga terkandung 5 jenis Asid Hyaluronik, termasuk HA yang Difermentasi Pertama di Dunia tau. Wow hebatnya!
Jadi jangan berlengah lagi sis! Jika tidak keadaan kulit kering tu akan jadi semakin teruk! Dapatkan segera Losyen Penghidratan Hada Labo di laman sesawang rasmi Hada Labo Malaysia atau laman Facebook MY Hada Labo.
Jika sis dah menggunakan losyen ini, kongsikan kepada kami pengalaman anda di laman sosial, bagaimana perjalanan memperoleh kulit sihat dan mulus bak wanita Jepun bersama Hada Labo. Jangan lupa gunakan hashtag #HadaLaboMalaysia #HadaLabo #HydratingLotion #SkinHydration #JapaneseWayOfBeauty
Artikel berkaitan: ‘Level up’ Rutin Kecantikan Hijabi, Dengan Trend Booster Serum Wanita Jepun! Jom Cantik ‘Effortlessly’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.