Siapa tidak kenal dengan pelakon dan juga usahawan jelita, Nelydia Senrose yang dahulu wajahnya sering membintangi kaca tv dengan pelbagai drama, antara yang berjaya melonjakkan namanya sehingga mulai dikenali adalah drama Setia Hujung Nyawa dan Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Dekat Pada yang diberikan oleh pemilik nama penuh Nik Zaris Nik Sen itu.
Azam Mahu Jadi Yang Terbaik Di Mata Allah!
“Kita sebagai wanita, sebagai umat Islam kita dah tentu dari hari ke hari nak menjadi lebih baik. Tak kisah dari segi apa sekalipun.
“Maknanya dari segi perangai, daripada segi pemakaian, daripada segi percakapan, daripada segi sikap dan segalanya. Sudah pasti kita sentiasa ada keinginan untuk menjadi lebih baik. Sentiasa ada dalam fikiran tetang menjadi lebih baik tu.
Artikel berkaitan: Nelydia Senrose & Suami Antara ‘Tetamu Allah’ Musim Haji Kali Ini, Moga Mendapat Haji Yang Mabrur
Jelasnya, dia tidak memperlahankan kerjaya seninya. Cuma kini fokusnya lebih tertumpu untuk lebih mendekatkan diri kepada yang maha pencipta.
Tambahan Nelydia lagi, hatinya seakan dijentik setelah diberi nikmat untuk menjadi tetamu Allah ditanah suci bagi menunaikan ibadah haji di usia muda.
“Jadi bila dah pergi menunaikan haji, bila dah merasai sendiri suasana di sana. Kita banyak tone down. Sebab kita dah tahu apa yang perlu dikejar dan apa yang tak perlu dikejar.
“Dan kita tahu benda tu macam ni, okay sebenarnya dalam dunia ni, tiada apa yang perlu di kejar pun. Sebab kita dah di beri peluang dari Allah untuk merasai banyak benda.
Sehubungan itu, Nelydia berkata sedar dengan sifat dunia yang hanya sementara dan tiada apa yang perlu dikejar dan dibanggakan di dunia yang sementara ini. Jelasnya, kini dia hanya mahu menjalani kehidupan dengan tenang dan berusaha menjadi lebih baik di mata Allah.
“So right now, i just want to try my best to submit myself to Allah,” ujar Nel.
Hijabista mendoakan agar Nelydia kekal istiqamah dan segala urusan dan harapan nelydia dipermudahkan.
Sumber: Instagram Nelydia Senrose
Artikel berkaitan: Dah La ‘Comel’, Kelakar Pulak Tu! Gelagat Aprena Dan Nelydia Bergurau Buat Netizen Terhibur
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tekad Hilangkan 10 Kg, Zulin Ambil Diet Telur Ganti Nasi & Kongsi Menu Diamal Setiap Hari Untuk Tempoh Sebulan
Sebelum ini pelakon dan pengacara Zulin Aziz telah berjaya menurunkan berat badannya kepada berat ideal. Namun sebenarnya tidak mudah untuk kita ‘maintain’ saiz sebelumnya memandangkan banyak godaan terutama dalam bab makan. Walaupun sebenarnya dia sudah kurus, tetapi Zulin kini dalam proses menurunkan lagi berat badannya setelah hampir sebulan enak menikmati jamuan sempena Syawal lalu. Tiddak sentuh nasi sebaliknya menggunakan diet telur dalam proses menurunkan berat badannya. Zulin juga turut berkongsi cara masakan telur yang betul dan menu dicadangkan untuk tempoh seminggu.
Zulin mensasarkan 30 hari dan semalam sudah masuk hari ketiga dia diet telur. Hasilnya berat Zulin sudah turun 2 kg dan masih ada 27 hari untuk ditempuhinya.
Dia juga turut memohon followernya mendoakan agar dia kuat untuk menempuh 27 hari mendatang. Selain dari diet menu telur, Zulin juga membertahu dia turut minum teh hijau setiap hari. Menurutnya tidak kira apa jenama asalkan tiada gula.
Di samping itu Zulin juga turut memberitahu petua dalam diet telur yang diamalkannya. Caranya ialah dia hanya memgambil putih telur dan membuang bahagian kuning berkenaan.
Walaupun pengacara berbakat ini turut mengingatkan mereka di luar sana untuk berdiet mengikut cara tersendiri dan paling penting megikut kemampuan badan sendiri. Jika was-was boleh terus bertanya kepada yang pakar.
Ayuh kita kongsikan menu diet telur untuk tempoh seminggu yang dicadangkan oleh Zulin Aziz. Untuk tempoh itu (2 minggu) tiada pengambilan nasi dan jika dilakukan berterusan boleh turun sehingga 10 kg. Paling penting tiada gula dalam pengambilan diet berkenaan.
Jadi bagi yang mempunyai masalah berat badan boleh mencubanya untuk mendapatkan tubuh langsing seperti anak dara. Yang penting kena disiplin dan bersungguh-sungguh.
Menu cadangan untuk 2 minggu: turun 10 kg
No sugar
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim
Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZULIN AZIZ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada Larangan BERSWAFOTO Di Makkah & Madinah, KOLUMNIS Ini Jelaskan Jemaah Bebas BERGAMBAR
Setiap kali tibanya musim persekolahan memberi peluang kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Dan setiap kali ke sana, pastinya setiap jemaah tidak akan melepaskan peluang untuk berswafoto terutama di Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. Maklumlah kita tidak tahu entah bila lagi akan ke sana dan inilah peluang yang ada untuk mengabadikan memori sepanjang melakukan ibadah di sana.
Namun baru-baru ini tular di media memberitahu terdapat larangan buat jemaah untuk berswafoto di Masjidi Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi Di Madinah. Larangan mengambil gambar atau video bagi melindungi dan memelihara kesucian tempat itu, selain supaya tidak mengganggu kelancaran jemaah lain beribadah. Apakah memang benar larangan dari kerajaan Arab Saudi itu dan jika ia dilaksanakan memang sangat menyedihkan buat jemaah kerana tidak dapat bergambar di sana.
Namun seorang kolumnis di akhbar online Mstar, Raihanah Abdullah yang menulis di situ memberitahu seorang temannya yang berada di sana tidak mendengar mengenai larangan untuk berswafoto di Makkah dan Madinah.
Menurutnya minggu lalu rakan yang pernah bersama-samanya menguruskan jemaah haji baru-baru ini mengesahkan tidak mendengar atau dikuat kuasan larangan berkenaan. Temannya itu berada di tanah suci selama sebulan dan memang tidak mendengar sebarang larangan.
Menerusi perbualan dalam Whatsapp, temannya memberitahu tiada pula pengawal keselamatan merampas telefon atau melarang jemaah bergambar atau berswafoto dalam atau luar kawasan masjid.
Malah temannya itu sendiri turut bergambar bersama-sama jemaah dalam Hijir Ismail dan perbuata itu turut dilihat oleh pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal ketat kawasan di Hijir Ismail.
Begitu juga di Madinah, tiada larangan bergambar dan jemaah masih bebas mengambil gambar walaupun dalam masjid. Menurutnya lagi jika larangan dikuatkuasa sudah tentu pengawal keselamatan yang menjaga di pintu hadapan masjid tidak membenarkan jemaah membawa telefon bimbit atau kamera.
Jom baca perkongsiannya ini dan pasti selepas ini setiap jemaah yang pergi pasti tidak akan rasa ragu-ragu untuki mengabadikan kenangan bersama jemaah di kawasan tanah haram ini.
ASSALAMUALAIKUM.
Cerita mengenai larangan swafoto di Tanah Suci Makkah dan Madinah tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini. Ramai rakan dan kenalan yang bertanya mengenai kesahihan cerita itu apatah lagi bukti larangan itu turut dimuatkan di dalam akhbar negara jiran.
Ada juga yang bersetuju dengan larangan itu demi kebaikan dan kelancaran ibadat jemaah. Tidak kurang juga berpendapat apabila bergambar, ia boleh menimbulkan riak pada seseorang dan boleh menjejaskan tumpuan jemaah lain.
Suatu ketika dahulu, sememangnya jemaah dilarang membawa kamera di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Justeru, memang tiada peluang mengabadikan gambar dan kenangan menunaikan umrah mahupun haji.
Larangan mengambil gambar lebih ketat di Masjid Nabawi kerana setiap kali memasuki pintu masjid, setiap jemaah akan diperiksa oleh pengawal keselamatan dan jika didapati membawa kamera atau telefon bimbit, jemaah tidak dibenarkan masuk atau telefon mereka akan disimpan di tempat lain.
Untuk mengetahui di mana telefon bimbit disimpan, saya dengan sengaja membawa telefon bimbit ke dalam Masjid Nabawi ketika hendak menunaikan solat Asar berjemaah. Jika tidak silap pada 2005.
Sejurus memeriksa beg galas saya, pengawal keselamatan wanita menyuruh saya masuk ke dalam sebuah bilik di sebelah kanan saya.
Di situ, seorang wanita bertubuh gempal meminta saya meletakkan telefon bimbit jika mahu bersolat di dalam masjid. Saya menyerahkan telefon bimbit saya dan selepas itu menulis nama saya di dalam sebuah buku.
Wanita itu mengatakan, hanya setelah solat, saya boleh mengambil telefon itu. Saya memerhatikan sekeliling bilik yang seumpama sebuah perpustakaan mini. Selepas solat, saya mengambil semula telefon bimbit itu.
Masih saya ingat lagi, ketika membuat liputan pada 2012, jurugambar saya dikejar oleh pengawal keselamatan lelaki di perkarangan Masjidil Haram sekitar jam 10 pagi. Disebabkan kebimbangan kamera dirampas, jurugambar itu berlari lintang pukang berkaki ayam untuk menyelamatkan diri.
Namun, jurugambar itu tidak serik kerana apabila saya hendak menemuramah petugas wanita di dalam Masjidil Haram, sekali lagi dia perlu merakamkan gambar tetapi pada kali itu dia membawa kamera kecil.
Di Makkah lebih mudah mengambil gambar kerana bukan semua pintu masuk ke masjid ada pengawal keselamatan dan jika jemaah wanita memasuki pintu yang dijaga pengawal lelaki, sudah tentu mereka tidak akan diperiksa.
Berbalik semula kepada cerita larangan swafoto di Makkah dan Madinah. Saya bertanya kepada seorang kenalan yang mengikut suaminya bertugas di Makkah. Bagaimanapun, beliau sendiri tidak mendengar sebarang berita mengenainya.
Alhamdulillah, minggu lalu, rakan yang pernah sama-sama bertugas menguruskan jemaah haji baru-baru ini mengesahkan mengenainya menerusi aplikasi Whatsapp.
Secara kebetulan, kawan saya itu, Haji Rashid, berada di Tanah Suci selama sebulan dan beliau maklumkan bahawa larangan itu tidak dikuatkuasakan sebagaimana digembar-gemburkan.
“Saya perhatikan tiada pula pengawal keselamatan merampas telefon atau melarang jemaah bergambar atau swafoto di dalam ataupun di luar masjid,” ujarnya dalam Whatsapp.
Malah, beliau sendiri turut bergambar bersama-sama jemaah di dalam Hijir Ismail dan perbuatan mereka itu dilihat oleh pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal ketat di kawasan Hijir Ismail.
Di Madinah begitu juga tiada larangan bergambar. Jemaah masih bebas mengambil gambar walaupun di dalam masjid. Jika larangan itu dikuatkuasa, sudah tentu pengawal keselamatan yang menjaga di pintu hadapan masjid tidak membenarkan jemaah membawa telefon bimbit atau kamera.
Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, jemaah bebas mengambil gambar di dalam masjid, di dataran Kaabah atau di mana-mana ruang sekali pun. Amat sukar untuk melarang jemaah bergambar kerana ketika ini, telefon bimbit lengkap berkamera umpama keperluan dan kemestian kepada sesiapa saja untuk dibawa ke mana-mana.
Justeru, sangat sukar jika larangan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, jemaah perlu memastikan setiap perlakuan mereka terutama apabila swafoto tidak menjejaskan konsentrasi jemaah lain atau mereka hilang fokus pada ibadat.
Adab, perlakuan dan tindakan jemaah perlu dipelihara lebih-lebih lagi di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
SUMBER: MSTAR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rahsia Kecantikan ‘Founder’ Produk Kecantikan Terbongkar, Sebelum Guna Produk, Makan Ini!
Adakah anda bosan mekap setiap pagi untuk kelihatan cantik? Ada kalanya kulit anda memerlukan rehat. Solekan ialah seni dan cara yang menyeronokkan untuk menyerlahkan ciri anda, tetapi tidak perlu bergantung padanya untuk menentukan kecantikan anda.
Jika anda ingin kelihatan cantik tanpa menghabiskan masa berjam-jam di hadapan cermin setiap hari, pengurus perniagaan syarikat penjagaan kulit semula jadi dan pakar mendedahkan tentang cara pemakanan untuk mendapatkan kulit yang lebih baik sebelum mengenakan apa-apa produk di muka.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak Cantik Semulajadi Tanpa Produk? Amalkan Rutin Ni Selama 30 Hari, ‘Confirm’ Kulit Mulus Dan Menawan
Biji labu
Juga dikenali sebagai pepitas, ini adalah makanan wira kecantikan yang hampir tidak ditemui. Dikemas dengan vitamin E, zink dan magnesium, biji kecil ini mengekalkan kulit anda berseri. Menggalakkan pertumbuhan semula sel kulit yang kuat dan dipenuhi dengan protein, menjadikannya snek tengah pagi yang sempurna. Ia adalah tambahan yang sempurna hanya sebagai snek antara waktu makan dan kerja.
Labu
Warna oren labu berasal daripada karotenoid, pigmen tumbuhan yang melawan kedutan yang membantu meneutralkan radikal bebas dalam kulit. Labu juga dipenuhi dengan vitamin A, C dan E, menjadikannya sayuran yang sempurna untuk merawat kulit anda. Nikmati ia dipanggang, atau buat pai labu mentah sebagai pencuci mulut yang sihat.
Lobak merah
Mudah diakses dan penting untuk kesihatan kulit, lobak merah dipenuhi dengan beta karotena, pra-kursor untuk vitamin A, yang menormalkan fungsi kulit untuk membetulkan sebarang keadaan kulit. Selain snek pada lobak merah segar, cuba perah dengan sebiji epal dan setangkai pudina untuk pengganti latte yang menyegarkan ketika sarapan pagi.
Ikan salmon
Ikan yang lazat ini dipenuhi dengan asid lemak omega-3 yang penting untuk kesihatan kulit. Asid lemak omega-3 telah ditunjukkan untuk membantu mengurangkan keradangan dan tanda-tanda penuaan di dalam badan dan pada kulit. Salmon adalah salah satu jenis ikan kegemaran untuk dinikmati pada makan malam yang cepat dan mudah. Cukup basahkan sekeping salmon segar dalam jus lemon, bungkusnya dengan kerajang perak dan masukkannya ke dalam ketuhar selama 20-30 minit.
Beri biru
Ini adalah makanan ringan kegemaran untuk kulit yang hebat. Dipenuhi dengan antioksidan dan vitamin juga mineral penting, beri biru adalah penting dalam menyembuhkan sebarang kerosakan radikal yang dialami kulit kita.
ARTIKEL BERKAITAN: Miliki Produk Kecantikan Setaraf Selebriti Antarabangsa, Rahsia Kecantikan Semulajadi Fazura Terbongkar
Kacang soya
Hidangan ruji kacang soya atau edemame mengandungi isoflavon soya yang dikenali sebagai aglikon. Ini dikenali untuk membantu dalam garis halus dan keanjalan kulit. Kacang soya juga diketahui dapat mengurangkan risiko kanser ovari dan diabetes.
Minyak flaxseed
Walaupun secara teknikal ia bukan makanan, ia akan melengkapkan mana-mana diet dengan sempurna, terutamanya jika kesihatan kulit adalah yang anda idamkan. Manfaat minyak biji rami datang dari jumlah asid lemak omega-3 yang sangat tinggi. Minyak biji rami boleh membantu mengurangkan tahap keradangan badan dan membantu badan memulihkan keadaan asalnya. Peraturannya ialah satu sudu setiap hari sebelum makan tengah hari. Ia boleh ditambah kepada apa sahaja, termasuk oat, smoothie, salad dan juga pencuci mulut mentah.
Strawberi
Secawan buah-buahan manis ini mempunyai 130% daripada DV vitamin C, yang penting untuk kesihatan kulit. Vitamin C sebenarnya meningkatkan pengeluaran serat kolagen dalam kulit yang menjadikannya licin dan tegang dan jelas.
Avokado
Dikemas dengan asid lemak penting, vitamin E dan antioksidan, avokado harus menjadi ruji dalam mana-mana diet yang bertujuan untuk kulit yang hebat. ‘Lemak baik’ sangat bagus untuk kesihatan dan penghidratan membran sel. Membran ini adalah penjaga pintu sel-sel kulit anda. Ia membiarkan bahan yang baik masuk dan menghalang toksin keluar. Cuba sebiji avokado dalam salad atau dengan setin tuna lemon untuk makan tengah hari di pejabat yang cepat.
Teh hijau
Sekali lagi, bukan makanan, tetapi kesihatan kulit yang penting. Teh hijau dipenuhi dengan polifenol, antioksidan dan vitamin yang melawan keradangan. Ia juga merupakan cara terbaik untuk menenangkan diri dan berehat selepas hari yang panjang. Menjaga diri dan badan kita dalam keadaan rilek adalah penting dalam mengurangkan tekanan, oleh itu membantu memastikan kulit anda tenang dan bebas cela.
Koko
Dipenuhi dengan antioksidan, koko meningkatkan peredaran darah di seluruh badan sehingga 2 jam, ini bermakna kulit anda bercahaya segera! Apabila darah beredar pada tahap optimum, semua sel kulit sedang dipelihara dan kekal penting. Nikmati koko sebagai ramuan dalam hidangan mentah, atau dalam cawan dengan air mendidih. Koko boleh dijadikan hidangan jemput-jemput petang yang indah.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI