Drama Melur Untuk Firdaus merupakan antara drama yang melonjakkan nama pelakon Anna Jobling dalam dunia seni tanahair. Jadi tidak hairanlah jika nama Anna Jobling kini meniti di bibir para peminat hingga di negara jiran, Indonesia.
Masih beraada pada fasa hijau di usia 23 tahun, pelbagai kejayaan sedikit demi sedikit mula ditempa Anna Jobling, sekaligus meletakkan namanya pada kelas tersendiri dalam industri hiburan tanahair.
Anna Jobling Tak Suka Boros, Mahu Bersedia Di Hari Tua!
Bagaimanapun, jelitawan yang masih muda ini, enggan hanyut dalam dunia glamor! Sebaliknya beliau lebih memikirkan masa hadapan miliknya dikemudian hari.
Anna Jobling berkongsi bahawa dirinya ada melantik Akauntan peribadi untuk menguruskan kewangannya sebagai persediaan di masa akan datang.
Artikel berkaitan: Rangkul Anugerah Pasangan Terbaik TADS 2023, Meerqee Dan Anna Jobling Akui Peminat Adalah Keluarga!
Anna Jobling mengakui dirinya tidak suka bersikap boros dan sedang menabung untuk menunaikan impian untuk memiliki kediaman sendiri di hari tua.
“Saya seorang yang mementingkan tentang masa hadapan dan simpanan. Saya tidak suka boros membeli barang. Cukuplah memiliki beberapa barangan berjenama. Tetapi selebihnya saya lebih suka menyimpan.
Mempunyai Penasihat Kewangan Satu Kemestian Bagi Anna
Saya rasa satu kemestian untuk memiliki seorang penasihat kewangan yang dapat membantu menguruskan pendapatan dengan lebih baik,” ujar Anna ketika ditemui di majlis sambutan hari jadinya yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 18 Ogos lalu.
“Jadual saya sememangnya amat padat sejak akhir-akhir ini namun pihak pengurusan tetap cuba untuk menganjurkan majlis istimewa ini untuk meraikan insan-insan istimewa dalam hidup Anna.
“Jika tahun lalu, saya diraikan di Jakarta, kali ini saya dapat meraikannya di sini,” ujar Anna.
Untuk rekod, majlis sambutan hari jadi Anna turut dihadiri rakan strategik perniagaan, rakan media dan peminat setianya.
Mengulas berkenaan perkembangan kerjaya miliknya, Anna kini sedang memberi tumpuan penuh terhadap penggambaran drama yang dilakukan di Bali, Indonesia dalam masa terdekat.
Sekadar info, artikel merupakan artikel olahan semula dari NONA
Artikel berkaitan: Bukan Rahsia Lagi! Anna Jobling Dedah Wajah Berseri-Seri dan Lebih Bertenaga, Walaupun Sibuk.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemberi & Penerima Rasuah Dilaknat Allah SWT & Rasulullah SAW, Kempen #RasuahBusters Banteras Gejala Rasuah
Istilah rasuah telah digunapakai dalam bahasa Melayu yang bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk iaitu menyogok, menyuap. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat). Syed Hussein Alattas dalam buku Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi, menyatakan rasuah merupakan penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi.
Manakala menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.
Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (22/220) mentakrifkan rasuah dengan:
“Sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”.
Firman Allah SWT:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)
Al-Sobuni berkata: “Janganlah sebahagian kamu memakan sebahagian harta yang lain dengan cara yang tidak dihalalkan oleh Allah seperti kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim.” (Lihat Sofwah al-Tafasir, 1/112)
Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata “Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah/suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya.” (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 626)
Dalam sebuah hadis, Abdullah ibn ‘Amr R.Anhuma meriwayatkan:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”
Riwayat Abu Daud (3580), al-Tirmizi (1337) dan Ibn Majah (2313)
Di sini jelas bagi kita bahawa pemberi dan penerima rasuah adalah dilaknat oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
DALIL PENGHARAMAN RASUAH
Pengharaman rasuah adalah jelas sama ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Larangan rasuah dalam al-Quran diambil daripada celaan Allah SWT terhadap kaum Yahudi yang biasa mengambil rasuah.
Allah SWT berfirman:
سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ
Maksudnya: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Surah al-Maidah (42)
Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri.
Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.
Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.
RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.
Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.
Ia boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada: rasuahbusters@gmail.com atau (WA) : 019-3823635, 019-6680920
Bergabung sebagai #RasuahBusters di https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut:
Portal: www.rasuahbusters.com
Facebook: Rasuah Busters
Instagram: rasuahbusters
Twitter: rasuahbusters
Klik website rasmi RasuahBusters di www.rasuahbusters.com
Orang ramai boleh menyertai RasuahBusters menerusi platform khas yang disediakan.
Usaha kecil menjadi besar. Ingat, kita #JanganAmbil dan #JanganBeri. Kitalah generasi bermaruah.
#RasuahBusters
#JanganAmbil
#JanganBeri
#Ideaktiv
Sumber kredit: 1. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan 2. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pernah Tutup ‘Pintu Hati’ Dari Allah, Mizz Nina Kongsi Kisah Hijrah Agar Jadi Pedoman Hijabi
Penghijrahan yang dilakukan pemilik nama penuh Shazrina binti Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina sejak sebelas tahun yang lalu sempat membuka mata ramai pihak.
Mana tidaknya, penghijrahan yang berlaku pada akhir tahun 2013 membuka satu lembaran baharu dalam kehidupan Mizz Nina, daripada bergelar bintang yang sinonim dengan imej seksi, dia berubah 360 darjah menjadi seorang Muslimah sejati.
Malah, Mizz Nina kekal istiqamah menggayakan fesyen patuh syariah dan menutup aurat sehingga kini. Dia juga bergiat aktif sebagai pendakwah serta terlibat sebagai aktivis kemanusiaan yang lantang menyuarakan pandangan terhadap isu Palestin dan Gaza.
Mizz Nina Kenang ‘Zaman Muda’ Pernah Palingkan Hati Dari Allah
“Saya pernah tutup pintu Allah masa saya muda. Tak solat, tak puasa, tak buat apa-apa, macam malas nak buat semua itu..
“Masa saya ke arah kejayaan, saya rasa macam ada kehilangan ‘sesuatu’ dan saya pun sudah lama dalam industri hiburan, banyak buat persembahan sini sana, jadi saya rasa ia hanyalah rutin harian.
Artikel berkaitan: Mizz Nina Terima Anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan Di Majlis Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan
“Saya merasakan semakin dikenali, saya bergerak ke era baru dalam hidup saya dan itu sebab saya senang untuk lepaskan semua benda..
“Apabila saya nekad untuk mendalami Islam, saya rasakan ini adalah permulaan kehidupan saya,” kata bekas isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh.
Hijrah Satu Perjalanan Indah, Meski Tak Mudah!
Popular dengan lagu Wait You Waiting For, Mizz Nina mengakui cabaran dalam penghijrahan adalah suatu perkara paling sukar.
“Saya mengambil masa untuk berhenti pergi ke tempat yang selalu saya pergi dulu, perlahan-lahan nak belajar pakai tudung dan ambil masa nak pergi Haji..
“Balik dari Mekah, saya cuba praktikkan perkara itu dan mahu kekal istiqamah dan saya rasa itu adalah cabaran yang semua orang hadapi,” kata Miss Nina sebak.
Menerusi temubual slot Kisah Penghijrahan dalam Zayan My, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga mengakui bahawa ayat suci Al-Fatihah telah melengkapi hidupnya.
“Surah Al-Fatihah sangat memberi kesan besar pada saya sebab ia adalah surah pertama saya hafal dan surah pertama yang saya faham,” kata Mizz Nina.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari MEDIA HIBURAN
Sumber: Facebook Mizz Nina & Youtube Zayyan
Artikel berkaitan: Kongsikan Momen Mengerjakan Umrah Bersama Anak Angkat, Mizz Nina Memanjatkan Kesyukuran Nikmat Yang Di Kurniakan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Punca Benjolan Di Muka Yang Anda Tidak Sedari, Pakar Cadang Rawatan Terbaik
Bayangkan anda sedang membersihkan muka pada waktu malam dan berasa benjolan. Reaksi segera anda mungkin adalah untuk mengoleskannya dalam rawatan di tempat dan menganggap ia adalah jerawat, tetapi adakah itu punca benjolan di muka yang anda tidak sedari.
Malangnya, benjolan di muka anda tidak selalunya seperti yang kelihatan. Malah, terdapat senarai panjang punca yang berpotensi dan dengan itu, senarai panjang laluan rawatan yang berbeza. Untuk mengetahui masalah yang anda hadapi, memerlukan beberapa petunjuk konteks.
1. Whitehead tertutup atau bintik putih
Kebanyakan bintik putih cenderung rata berbanding dengan bentuk jerawat yang lain, dan seperti yang anda jangkakan, mempunyai bahagian atas putih dan bukannya bintik hitam. Ini tidak akan mempunyai banyak kemerahan di sekelilingnya seperti jerawat lain, dan ia tidak sepatutnya lembut untuk disentuh seperti jerawat biasa.
Selalunya anda akan menemui whitehead di sekitar bahagian muka yang berminyak seperti dagu, dahi dan hidung. Sesiapa yang mempunyai kulit berminyak akan lebih terdedah kepada whitehead, tetapi mana-mana jenis kulit boleh mendapatkannya dari semasa ke semasa.
Whitehead disebabkan oleh gabungan faktor termasuk pengumpulan minyak, pembentukan kulit mati, bahan penyumbat pori, ketidakseimbangan hormon, diet, dan juga beberapa produk penjagaan rambut.
Bagaimana untuk merawat whitehead
Apabila ia datang kepada remedi whitehead, retinoid berada di bahagian atas senarai. Retinoid ialah derivatif vitamin A yang mengurangkan pengeluaran minyak dan menggalakkan perolehan selular.
Rawatan ini berfungsi dengan baik kerana whitehead berpunca apabila sebum dan sel kulit mati bersatu untuk menyumbat pori-pori. Anda boleh menemui retinol dalam banyak bentuk bebas kaunter seperti retinol klasik, retinaldehid dan adapalene.
Selain daripada retinoid, lihat pilihan berikut:
- Asid salisilik
- Benzoyl peroksida
- Topeng tanah liat
- Dapatkan rawatan muka berjerawat
PRODUK CADANGAN: KEIHL’S Rare Earth Deep Pore Minimizing Clay Mask
2. Jerawat yang meradang
Jika ia lebih meradang daripada whitehead tetapi masih kelihatan seperti jerawat, ia mungkin hanya jerawat radang. Dua bentuk biasa jenis pelarian ini termasuk papula dan pustula.
Papula sering berubah menjadi pustula. Apabila papula merah membentuk kepala putih yang dipenuhi nanah, anda kini mempunyai pustula yang lembut. Sering terdapat kekeliruan dengan kepala putih ini sebagai “whitehead”, tetapi dalam bahasa klinikal, itu adalah dua perkara yang sangat berbeza.
Juga seperti jerawat yang lain, jenis jerawat ini boleh dikaitkan dengan gaya hidup anda termasuk diet, tabiat senaman, tahap tekanan dan hormon. Jika anda fikir ia masih ada, rujuk pakar dermatologi.
Cara merawat jerawat yang meradang
Seperti mana-mana bentuk jerawat, terdapat beberapa laluan rawatan berbeza yang boleh anda ambil. Di bawah, pecahan cepat yang terbaik untuk jenis jerawat khusus ini:
- Benzoyl peroksida
- Minyak pokok teh
- Chamomile
- AHA & BHA
- Gunakan rawatan spot semalaman
- Aiskan jerawat anda selama 30 saat untuk melegakan kemerahan
PRODUK CADANGAN: Benzolac peroxide 5%
3. Jerawat kistik
Jerawat kistik juga dikenali sebagai jerawat buta, adalah satu bentuk jerawat radang, tetapi ia jauh berbeza daripada jerawat yang dibincangkan di atas. Jika benjolan anda kelihatan merah dan tidak sampai ke kepala putih atau hitam, anda mungkin mengalami jerawat kistik. Sista selalunya lembut, malah mungkin terasa lembut apabila disentuh.
Jerawat kistik cenderung menjadi merah, meradang dan lebih besar daripada jerawat lain. Anda boleh merasakannya di bawah kulit, tetapi satu-satunya bukti di permukaan adalah tanda merah dan benjolan timbul.
ARTIKEL BERKAITAN: Sapu Retinol Dan Pelembap Secara Berlapis-Lapis, Lakukan Pada Kulit Yang Kering Dan Sensitif
Di bawah, rawatan biasa untuk jerawat kistik yang teruk:
Retinoid: Jerawat kistik sering memerlukan retinoid gred preskripsi seperti tretinoin, tetapi anda boleh mencuba produk OTC terlebih dahulu. Cari retinaldehid atau adapolene, dua bentuk retinol yang lebih kuat yang boleh didapati tanpa preskripsi.
Spironolactone: Walaupun spironolactone pada asalnya digunakan untuk kegagalan jantung dan tekanan darah tinggi, ia telah terbukti sebagai rawatan yang berkesan untuk jerawat hormon pada wanita, dengan kesan sampingan yang mengganggu yang minimum.
Isotretinoin: Dahulunya dikenali sebagai Accutane, isotretinoin ialah ubat oral yang ditetapkan oleh pakar dermatologi untuk pesakit yang mempunyai jerawat sista yang konsisten dan tahan rawatan. Ia adalah ubat yang serius dengan kesan sampingan yang penting untuk diketahui dan memerlukan banyak lawatan doktor.
4. Parut jerawat
Jika anda merasakan benjolan pada kulit anda yang sebenarnya kelihatan seperti kulit, ia mungkin parut jerawat. Terdapat pelbagai jenis parut jerawat, termasuk yang terdapat divot pada kulit dan benjolan atau bintik-bintik kasar di atas kulit.
Keloid ialah parut hipertropik1 berlaku kerana terdapat lebihan tisu parut. Ini terbentuk akibat jerawat dan hanya kecederaan umum. Ini kelihatan lebih kerap daripada jerawat badan, tetapi boleh muncul di muka juga.
Cara merawat parut jerawat
Jika anda mempunyai jenis parut jerawat yang berbeza, maka lihat bahan-bahan berikut untuk memudahkan penampilan:
- Retinol
- Asid glikolik
- Asid salisilik
- Asid laktik
PRODUK CADANGAN: Benzolac peroxide 5%
- Rosacea
Jika benjolan disertai dengan banyak kemerahan, anda mungkin berhadapan dengan rosacea. Ia biasanya menyebabkan kemerahan dan saluran darah yang kelihatan pada bahagian tengah muka-hidung, pipi medial, dahi dan dagu.
Mungkin juga terdapat benjolan kecil berwarna merah, penuh nanah atau dalam kes yang teruk, perubahan kasar pada kulit. Sesetengah orang dengan rosacea mengalami pembilasan berterusan, manakala yang lain mungkin tona sekata satu minit dan super merah pada masa berikutnya.
Bagaimana untuk merawat rosacea
Merawat rosacea sebagai keadaan kulit yang menyeluruh akan membantu mengurangkan benjolan rosacea. Langkah pertama adalah untuk mengelakkan pencetus, tetapi itu pasti lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Jadi, gandingkan usaha tersebut dengan penjagaan topikal.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa dengan rosacea, halangan kulit anda terjejas. Oleh sebab itu, banyak produk dan amalan yang anda gunakan harus ditumpukan pada menenangkan, menghidrat dan menyembuhkan halangan itu.
Di bawah, beberapa petua untuk merawat rosacea:
Gunakan asid azalaik: Asid azalaik juga membantu, seperti natrium sulfacetamide untuk sifat anti-radangnya.
Cari ceramida: Ramuan ini menyembuhkan, menghidrat dan menenangkan sekaligus. Cari ceramida dalam pembersih, pelembap dan serum anda.
Nasihat pakar: Terdapat banyak lagi rawatan topikal yang tersedia dengan preskripsi, jadi lawati pakar anda jika remedi di rumah anda tidak berkesan.
PRODUK CADANGAN: Face Cleanser First Aid Beauty
6. Tahi lalat
Jika anda mengalami benjolan ini untuk seketika dan ia tidak sensitif atau berubah, ia mungkin hanya tahi lalat. Moles selalunya berwarna coklat, tetapi tidak dalam semua kes. Dalam sesetengah individu, ia lebih cenderung mempunyai tahi lalat berwarna daging atau sedikit merah jambu atau merah.
Selain itu, tahi lalat boleh muncul dengan cepat pada kulit jika anda telah menghabiskan banyak masa di bawah sinar matahari, jadi jangan terkejut jika ia kelihatan muncul entah dari mana.
Cara merawat tahi lalat
Tahi lalat yang tidak bermasalah tidak memerlukan rawatan, melainkan ia mengganggu anda secara estetik. Namun, adalah penting untuk memeriksa tahi lalat anda setiap tahun sekurang-kurangnya untuk memastikan anda mendapat sebarang kemungkinan kanser kulit lebih awal.
Jika anda mempunyai kebimbangan kosmetik tentang penampilan tahi lalat, berjumpa pakar dermatologi yang disahkan lembaga terlebih dahulu untuk menilai sama ada tahi lalat kelihatan sihat dan normal. Jika anda ingin membuang tahi lalat, pakar dermatologi anda boleh menentukan kaedah terbaik.
ARTIKEL BERKAITAN: Ini Hukum Menghilangkan Tahi Lalat Menurut Islam. Amalkan Cara Alami Di Jamin Memang Selamat
7. Lipoma
Jika benjolan itu benar-benar di bawah kulit, tetapi tidak kelihatan seperti sista, ia boleh menjadi lipoma. Lipoma boleh muncul sebagai nodul lembut atau pejal bebola di bawah kulit dan biasanya mudah alih, malah boleh berasa seperti bergolek di bawah kulit, yang boleh berbeza-beza mengikut saiz.
Selalunya lipoma tidak menyakitkan atau gatal, melainkan ia terletak pada bahagian badan yang mudah merengsa. Jika dibiarkan begitu sahaja, Ia boleh berkembang agak besar dari semasa ke semasa. Ia mungkin kelihatan serius kerana saiz dan rasa pelik, tetapi kebanyakannya bukan masalah kesihatan.
Bagaimana untuk merawat lipoma
Walaupun lipoma yang tidak mengganggu tidak perlu dirawat, rawatan muktamad untuk lipoma ialah pembuangan pembedahan yang melibatkan suntikan anestesia tempatan dan meninggalkan kawasan itu dengan parut linear.
7. Gatal-gatal
Urticaria, atau gatal-gatal, adalah wabak bengkak, benjolan merah pucat atau wheal pada kulit yang muncul secara tiba-tiba. Ia biasanya menyebabkan gatal-gatal tetapi mungkin juga terbakar atau menyengat.
Biduran secara semula jadi hilang dalam masa 24 jam, dan keseluruhan wabak akan hilang dalam beberapa hari hingga minggu. Hives boleh disebabkan oleh tindak balas badan terhadap alergen tertentu, atau ia boleh berlaku atas sebab yang tidak diketahui. Ini mungkin alergen topikal dalam produk penjagaan kulit, sesuatu yang anda makan, sesuatu di udara dan sebagainya.
Cara merawat gatal-gatal
Oleh kerana gatal-gatal dicetuskan oleh pelepasan histamin, antihistamin oral secara amnya merupakan rawatan yang paling berkesan. Pada masa ini, adalah lebih baik untuk membiarkan sahaja gatal-gatal anda daripada meletakkan sebarang krim padanya.
Mereka yang terdedah kepada sarang yang kerap boleh mempertimbangkan untuk mengambil antihistamin oral (ubat alahan AKA) setiap hari. Jika anda tidak pasti, berbincang dengan doktor anda.
Seperti yang anda tahu, benjolan di muka boleh menjadi banyak perkara. Sebelum anda melakukan apa-apa jenis rawatan, pertimbangkan gejala tambahan yang anda alami dan perhatikan rupa benjolan secara terperinci. Apabila ragu-ragu, tanya pakar anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI