Endang Hyder Turunkan ‘Harga’ Persembahan Violin, Mahu Kumpul Duit Demi Ayah!

Share

Demi cinta dan kasih terhadap ayahnya, artis violin, Endang Hyder bertindak menurunkan kadar harga bagi setiap persembahan yang bakal dilakukan.

Menurut Hyder, ini bertujuan agar dia memperoleh lebih banyak undangan persembahan dan lebih ramai pihak mendapatkan perkhidmatannya.

Sekaligus mampu mengumpul duit untuk menghadiahkan ayahnya sebuah kerusi roda elektrik yang baharu dan lebih selesa.

Kerusi Roda Lama Ayah Rosak, Setelah Dua Tahun Digunakan

Endang atau nama sebenarnya Ell Zain Hyder Zainuddin, 36, berkata usaha yang dilakukan itu adalah bertujuan menggantikan kerusi roda elektrik milik ayahnya, yang telah rosak setelah dua tahun berkhidmat.

“Bateri dan motor kerusi roda ayah mempunyai masalah dan buat masa ini saya membelikan kerusi roda manual bagi membantu pergerakkan untuk sementara waktu.

“Sebenarnya ayah saya dapat kerusi roda elektrik yang sedia ada ini menerusi satu tajaan pada tahun 2020 semasa pandemik namun berdasarkan keadaan ayah dan kerusi roda itu sememangnya perlu di upgrade,” katanya lapor Mstar.

Artikel berkaitan: Si Cilik ‘Berhati Besar’ Bangga & Tak Malu Peragakan Uniform MPTI Ayah, Buat Netizen Tersentuh

Menerusi kenyataan sama, Endang berkata dirinya telah bersedia untuk mengorbankan masa sepenuhnya, bagi melaksanakan lebih banyak persembahan untuk beberapa bulan kehadapan agar dapat menjana kewangan yang lebih baik untuk tujuan berkenaan.

Justeru, Endang telah menurunkan harga bagi setiap persembahan mengikut kesesuaian semasa, dimana dia akan memainkan lima buah lagu dengan nilai bayaran sebanyak RM1500 sahaja.

“Kadar bayaran saya sebelum ini bermula RM2500 tapi agak susah saya nak dapatkan job. Jadi saya kurangkan harga iaitu RM1500 untuk lima lagu. Kalau dapat banyak persembahan boleh saya kumpul untuk bantu ayah.

“Saya sebenarnya tengah cari satu kerusi roda yang bagus untuk ayah memandangkan dia aktif orangnya.

“Saya harap kerusi roda baharu itu nanti dapat membantu dia berlatih menggunakan kaki palsu sekaligus mudah untuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk pemeriksaan,” ujarnya.

Terdahulu, Endang memuat naik satu ciapan di Twitter miliknya memaklumkan bahawa dia memerlukan lebih banyak persembahan bagi bulan Disember dan juga Januari 2023 bagi mendanai kos membaiki kerusi roda ayah

Sumber: Instagram Endang Hyder

Artikel berkaitan: Hijabi Terkilan Tak Sempat Balas Jasa Arwah Ayah, Buat Netizen Sebak

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir