Trend glass skin menghadirkan wajah yang kelihatan cukup sempurna. Melihat kulit wanita Korea yang halus, mulus dan bercahaya tentu menimbulkan perasaan iri hati. Namun ia bukanlah suatu hal yang mustahil untuk dimiliki.
Anda boleh wujudkan impian untuk memiliki wajah cerah, bersih, dan bening seperti kaca ala gadis Korea dengan beberapa langkah kecantikan. Lalu bagaimanakah cara untuk memiliki kulit wajah glass skin? Jom kit semak langkah untuk miliki kulit glass skin ala gadis Korea.
1. LAKUKAN DOUBLE CLEANSING
Ritual kecantikan double cleansing sangat penting dilakukan untuk wajah bersih secara optimum. Double cleansing biasanya menggunakan dua formula cleanser yang berbeza seperti memakai cleansing oil untuk membersihkan wajah secara lebih mendalam dengan kemampuan mengangkat sisa mekap pada kulit wajah. Setelah mekap bersih, anda boleh menggunakan facial foam atau cleansing gel sebagai lanjutan agar kotoran pada wajah dibersihkan secara sempurna.
2. MAKSIMUMKAN SESI MEMBERSIHKAN WAJAH DENGAN BEAUTY GADGET
Banyak beauty gadget mampu membantu proses pembersihan wajah secara lebih maksimum. Selain menggunakan tangan, hijabi boleh menggunakan cleansing brush yang merupakan berus pembersih wajah dengan kemampuan membersihkan kulit hingga 6 kali lebih baik dibanding hanya menggunakan tangan.
Dengan sikat yang diperbuat daripada silikon lembut dan bersifat anti-bakteria, hijabi tidak perlu bimbang terjadinya breakout pada kulit.
3. TONER
Setelah langkah pembersihan selesai, hijabi boleh mengembalikan keseimbangan pH kulit dengan penggunaan toner. Pilih toner sesuai dengan keperluan kulitmu sehingga kulit akan lebih sihat dan seimbang.
4. MEMBUANG SEL-SEL KULIT MATI
Ya, sel kulit mati menjadi penyebab jerawat dan kulit yang kusam. Untuk memaksimumkan kesihatan kulit wajah maka lakukanlah eksfoliasi kulit (mengangkat sel-sel kulit mati) dengan rajin melakukan eksfoliasi sehingga kulit mati akan terangkat dan tidak menyumbat liang-liang kulit wajah. Dengan cara ini tentu akan menjadikan kulit lebih cerah.
5. DAPATKAN NUTRISI UNTUK KULIT MELALUI PEMAKAIAN MASKER
Salah satu langkah untuk menjadikan kulit lebih halus, cerah dan lembap adalah dengan penggunaan masker. Wanita di Korea kerap memaksimumkan kecantikan kulit wajah dengan masker. Helaian masker wajah juga boleh dijadikan pilihan tepat untuk nutrisi kulit secara praktikal yang boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja. Pilih helaian masker bersesuaian dengan keperluan kulit wajah anda.
6. JANGAN TINGGALKAN AMALAN PENGGUNAAN PELEMBAP WAJAH
Pelembap wajah menjadi kunci dari tampilan wajah glass skin. Hidrasi kulit yang mencukupi adalah langkah awal untuk menjadikan kulit lebih sihat dan cantik. Jadi, walaupun kulit anda berminyak, tidak ada salahnya untuk anda tetap menggunakan pelembap wajah agar kulit sentiasa terhidrasi.
Semua ini sangat mudah untuk dilakukan di rumah bukan?
Selamat mencuba!