Bukan mudah untuk memilih busana pernikahan. Hari tersebut merupakan penanda kehidupan seorang wanita akan berubah selama-lamanya. Pilihan busana menjadi satu perkara yang kadangkala memeningkan kepala.

Rona putih bersih menjadi pilihan menandakan permulaan hari yang baik serta terbinanya sebuah mahligai yang diharapkan berkekalan sehingga ke syurga. Empat selebriti popular tanah air ini, memilih untuk mendapatkan khidmat pereka fesyen tempatan tanah air dalam merealisasikan impian busana pernikahan mereka yang akan tersemat rapi sebagai lipatan memori manis sepanjang hidup.

Empat Selebriti Dan Pilihan Busana Pernikahan Mereka. Cantik & Sopan, Sesuai Inspirasi Hijabi

MIRA FILZAH x RIZMAN RUZAINI
Siapa boleh lupa dengan baju kurung Pahang mewah rekaan Rizman Ruzaini untuk si cantik manis, Mira Filzah ketika majlis pernikahnnya. Memilih rona putih bersih, rekaan baju kurung ini ringkas namun tatahan batuan perincian di bahagian hujung lengan dan labuh baju memberikan satu ‘statement’ gaya yang cukup memukau. Dilengkapi pula dengan layah panjang meleret sesuai dengan gaya bagai ratu sehari.

Ads

Empat Selebriti Dan Pilihan Busana Pernikahan Mereka. Cantik & Sopan, Sesuai Inspirasi Hijabi

INTAN LADYANA x HATTA DOLMAT
Perkahwinan Intan dan suaminya, Haris mendapat perhatian ramai bukan sahaja dek jarak usia mereka namun keutuhan cinta di antara mereka cukup mengagumkan. Memilih busana rekaan Hatta Dolmat, siluet baju kurung moden diilhamkan untuk hari pernikahannya. Hatta mereka busana tersebut dengan ringkas namun apa yang menariknya ia disuntik dengan elemen dramatik kain meleret. Selain itu tambahan sulaman corak bunga timbul memberikan nuansa rasa nan romantis.

Ads

Empat Selebriti Dan Pilihan Busana Pernikahan Mereka. Cantik & Sopan, Sesuai Inspirasi Hijabi
ERNIE ZAKRI x AMAZÉ
Penyanyi bervokal hebat ini memilih busana rekaan pereka fesyen kesayangannya Zeed Jamil & Amar Madfie yang bernaung dibawah jenama Amazé. Mengambil siluet kurung Pahang, busana mewah ini dihiasi dengan kombinasi sulam tebuk yang diinspirasikan oleh Sulam Tekat tiga dimensi sebagai perincian utama. Biarpun siluet busana ini nampak tradisional namun potongannya yang sofistikated menjadikannya kelihatan moden dan lain daripada yang lain.

Empat Selebriti Dan Pilihan Busana Pernikahan Mereka. Cantik & Sopan, Sesuai Inspirasi Hijabi

Ads

NEELOFA x ALIA BASTAMAM
Boleh dikatakan perkahwinan Neelofa antara yang dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Ramai berteka-teki siapakah pereka fesyen yang akan menjadi pilihannya sementelah penampilannya telah berubah 360 darjah berbanding dahulu. Akhirnya Alia Bastamam dipilih dan ternyata pilihannya tepat. Masih kekal dengan DNA yang sopan sebagai seorang Muslimah yang berniqab, Alia bijak mengadunkan gaya sopan dan mewah. Rekaan gaun potongan duyung yang longgar dimewahkan dengan pilihan fabrik perincian dan juga tamabahan bulu pelepah menyerlahkan gaya romantis. Kehadiran ‘cape’ yang labuh meleret seolah-olah menggantikan penggayaan veil yang tidak digayakan Neelofa.

Ha, yang mana satu busana pernikahan yang anda suka? Mungkin empat gay aini boleh menjadi inspirasi untuk anda hijabi yang bakal melangsungkan pernikahan kelak.

Sumber gambar: Instagram Mira Filzah, Ernie Zakri, Neelofa & Intan Ladyana

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI