Empat Hijabi Ini Harumkan Nama Malaysia, Rangkul Pingat Emas Pada Pameran IENA 2022 Di Jerman.

Share

Kejayaan empat pelajar perempuan yang berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan bagi Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg di Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (IENA) 2022 adalah satu pencapaian yang perlu dibanggakan.

Ini demikian kerana, pencapaian ini secara tidak langsung telah melonjakkan nama negara Malaysia di persada dunia, dan juga nama Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor sendiri.

Pencapaian Membanggakan Ini Tarik Perhatian Perdana Menteri

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi hantaran di Facebook miliknya telah menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian ‘luar biasa’ ini dan memberikan kata-kata semangat agar para pelajar ini lebih cemerlang di masa hadapan.

 

“Tahniah pasukan Master- H ECS dari Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Kuala Selangor kerana berjaya meraih pingat emas dan Anugerah Khas Produk Inovasi Terbaik Keseluruhan Untuk Kategori Pencipta Muda Hadiah Bandaraya Nuremberg di Nuremberg, Jerman, semalam.

“Tahniah kepada ahli-ahli pasukan terdiri daripada Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi.

Artikel berkaitan: Kejayaan Dunia Senang Dilakukan Dengan Usaha, Kejayaan Di Akhirat Bukanlah Mudah Buat Laudya Cynthia Bella.

“Saya difahamkan pasukan ini telah menewaskan 490 pasukan dari 250 sekolah di seluruh dunia dalam Pameran Perdagangan Antarabangsa, Penciptaan Produk dan Idea Baharu (iENA) 2022 ini. Syabas saya ucapkan!

“Semoga kejayaan pasukan SMK (A) Kuala Selangor ini akan menjadi penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk turut terlibat dalam inovasi dan rekacipta sehingga  menggapai kejayaan,” ujarnya panjang menerusi hantaran tersebut

Sebagai rekod, kesemua ahli pasukan SMKA Kuala Selangor terdiri daripada para pelajar berusia 16 tahun iaitu Athirah Ahmad Hisshamuddin, Raja Dhia Nazneen Insyirah Raja Mohd Aman Shah, Nur Damia Bisyara Muhammad Imran dan Sarah Ardinie Khairul Faizi.

Mereka dibimbing oleh guru berpengalaman iaitu Mohd Ridzuan Mohammad dan Mohd Zulhelmi Mansor bagi menyertai IENA yang merupakan pameran inovasi tertua di dunia yang dipertandingkan sejak lebih 70 tahun lalu.

Sumber Gambar: Facebook Ismail Sabri & Fadzil VII

Artikel berkaitan: Kejayaan Di Akhirat Impian Seluruh Umat Islam. Lakukan Amalan Ini Untuk Mengecapi Kejayaan Dunia & Akhirat!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir