Emosi Tidak Stabil & Hati Kecewa, Amalkan Doa Ini Untuk Merawat Hati Yang Sakit.

Share

Manusia seringkali diuji dengan pelbagai musibah, sama ada besar ataupun kecil. Musibah ataupun ujian yang diturunkan oleh Allah S.W.T barangkali menyebabkan kita kecewa dan menganggu emosi kita menjadi tidak stabil walaupun sebenarnya ada hikmah di sebalik ujian yang berlaku. Contohnya seperti kehilangan pekerjaan sewaktu negara melaksanakan ‘total lockdown’ dan lain-lain lagi.

Biarpun ujian yang melanda itu bagi kita sukar, namun percayalah Allah S.W.T tidak akan menguji hamba-hambanya tanpa mengikut kemampuannya. Oleh itu, sentiasalah berdoa kepada Allah untuk menstabilkan emosi dan merawat hati yang kecewa supaya kita boleh menjalani hari kita seperti biasa.

Sumber gambar: Al-Mesbar

Contoh doa yang boleh diamalkan adalah:

اللهم اني اعوذ بك من الهم والحزن, واعوذ بك من العجز والكسل, واعوذ بك من الجبن والبخل, واعوذ بك من غلبة الدَّين وقهر الرجال

‘Allahumma innee A’oothu bika minal hammi wal hazan, wa a’outhu bika minal ajzi wal kasal, wa a’outhu bika minal jubni wal bukhl, wa a’outhu bika min ghalabatid deyni wa gahrir rijal.’

(Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut dan sifat kedekut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada  hutang dan  penindasan manusia)

Sumber gambar: Detik News

Selain itu juga, kita disarankan untuk melakukan beberapa amalan supaya dapat menenangkan hati kita seperti:

  1. Membaca surah Yasin

Sesungguhnya, surah Yasin ialah jantung Al-Quran dan mempunyai kuasa untuk menenangkan hati dan jiwa. Kita juga sedia maklum bahawa dengan membaca surah Yasin, pelbagai kebaikan yang akan kita perolehi. Itulah sebabnya surah Yasin dibaca dalam setiap acara dan juga selepas menunaikan solat fardhu.

2. Menunaikan solat sunat Tahajjud

Kerjakanlah solat sunat tahajjud di awal pagi untuk menguatkan jiwa serta mendapat ketenangan hati. Bukan itu sahaja, malah menunaikan solat tahajjud mendekatkan kita dengan Allah S.W.T.

 

 

 

Published by
Putra