Umum mengetahui bahawa Elyana menghidap penyakit kanser. Walau bagaimanapun Elyana memilih untuk tidak menyambung rawatan kemoterapi bagi merawat kanser Limfoma tahap empat yang dihadapinya sejak hampir sembilan tahun lalu.

Elyana atau nama sebenarnya Emeelya Elyana Emrizal berkata, dia tidak lagi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan kerana ingin memberi ruang kepada mereka yang lebih memerlukan untuk menggunakan kemudahan di hospital.

Elyana Henti Rawatan Kemoterapi, Mahu Tumpukan Perhatian Besarkan Anak-anak

"Sekarang, negara kita sedang dilanda Covid-19. Jadi, saya rasa lebih ramai lagi orang yang memerlukan kemudahan di hospital berbanding saya.

"Lagi pula, saya sendiri sudah lama sakit dan dapat tahu situasi penyakit saya sekiranya ia teruk. Setakat ini, alhamdulillah," katanya.

Ads

Kali terakhir Elyana menjalani rawatan adalah pada awal tahun lalu.

"Ketika itu, saya menjalani rawatan kecemasan iaitu radioterapi memandangkan kanser sudah menular dan memberi kesan buruk pada tulang serta saraf saya. Penularan itu menyebabkan saya hampir lumpuh.

Ads
Elyana Henti Rawatan Kemoterapi, Mahu Tumpukan Perhatian Besarkan Anak-anak

"Selepas itu, doktor menyarankan saya supaya menjalani rawatan kemoterapi, tapi saya tak buat kerana banyak perkara yang saya fikirkan antaranya tanggungjawab saya dan juga anak-anak yang sedang membesar," katanya.

DItanya mengenai ibadah puasa kali ini, penyanyi lagu Kalis Rindu itu bersyukur kerana semuanya berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kesihatan.

Ads

"Alhamdulillah, ibadah puasa saya berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Tiada sebarang gangguan kesihatan berlaku kepada saya dalam tempoh ini," katanya.

Selain itu, Ramadan juga membuka ruang buat Elyana untuk menjana pendapatan secara pasif dengan menjalankan perniagaan makanan secara dalam talian.

Sumber kredit: Harian Metro dan Facebook Elyana

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI