Elyana Bebas Kanser! Penantian 11 Tahun Kini Berakhir, Penyanyi Itu Kongsi Rasa Syukur Di Instagram!

Share

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana merupakan seorang pesakit kanser limfoma sejak lebih 10 tahun lalu. Pelbagai keperitan yang dilaluinya dalam usaha untuk berjuang melawan penyakit ini, namun hari ini Elyana sudah bisa tersenyum manis apabila penyakit kansernya sudahpun hilang.

Tersenyum manis. Penantian 11 tahun penyanyi ini akhirnya berakhir apabila dirinya bebas dari penyakit kanser.

Menerusi laman di Instagram, pelantun lagu Niat ini berkongsi rasa gembira dan teruja apabila penantiannya selama 11 tahun berhasil.

Assalammualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!! Kanser saya hilang!!!

Perkhabaran gembira itu mendapat perhatian ramai termasuklah rakan-rakan selebriti yang juga mengikuti perkembangan Elyana selama ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa! Semuanya mengucapkan rasa syukur dan turut berkongsi kegembiraan tentang berita ini.

Seluruh masyarakat Malaysia mengetahui bahawa Elyana seorang cancer survivor yang kuat. Biarpun perit menjalani rawatan kemoterapi dan juga mengalami kesan sampingan daripada rawatan itu, penyanyi bersuara lunak ini tidak pernah patah semangat untuk terus berjuang. Akhirnya, segala penantian, doa yang tidak putus dan kesabarannya itu berhasil dan berbaloi.

Penyanyi juga pelakon, Elyana memuat naik gambar di laman Instagramnya yang sedang menjalani rawatan kemoterapi yang ke-5.

Dalam status yang dimuatnaiknya hari ini, Elyana juga turut meluahkan rasa tidak percaya tentang keajaiban yang berlaku. Namun, semua itu kuasa Allah SWT. Kami dari team Hijabista dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Elyana diberi kesihatan tubuh badan yang baik dan kesembuhan untuk selamanya. InsyaAllah Amin YRB!

Alhamdulillah Ya Allah… Terima kasih Ya Allah, kau telah mendengar doa kami.. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya..Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat..Aku pernah putus asa untuk berjuang. Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang..Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku. Allah Maha Baik!! I love u Ya Allah..

Sumber gambar: Instagram Elyana

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra