Kecantikan

Elok Buat Mereka Yang Berkulit Sensitif, Vakum Ni Sedut Habis Kotoran Debu Di Katil & Sofa

Share

Katil dan sofa kita memang nampak bersih selalu namun tahukah anda sebenarnya banyak debu, sel kulit mati atau hama yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar yang menghuni di situ?

Walaupun cadarnya ditukar setiap minggu namun itu tidak bermakna ia 100% bersih. Bagi memastikan keadaannya, anda boleh mencuba vakum pembersih katil ataupun ‘mattress vacuum’.

Mesti terkejut nanti bila lihat habuk yang terkumpul di dalamnya!

Mendapat ribuan ‘retweet’ di twitter, Dinie telah menunjukkan kesan penggunaan vakum ini yang menyedut segala kotoran dan debu yang ada di tempat tidur kita.

Bukan itu sahaja, item ini juga bagus digunakan untuk mereka yang mengalami alahan atau ekzema yang sensitif terhadap habuk dan debu.

Mesti anda juga tak sangka hasilnya apabila memvakum katil dan sofa di rumah. Pasti banyak habuk-habuk terkumpul di situ.

Setelah dikumpul segala sisanya… Memang tak sangka!

Katil yang bersih jangan disangka tiada debu. Ini juga mungkin boleh menjadi punca yang menyebabkan kegatalan pada tubuh atau jerawat mudah ‘membiak’ di wajah kita.

Terkejut rasanya apabila melihat segala sisa kotoran terkumpul yang selama ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sis rasa tak rugi langsung jika kita melabur untuk membeli vakum ini. Rasa puas hati bila segalanya disedut keluar! Untuk mendapatkannya, anda bolehlah tekan di sini.

kredit: twitter @skinnyondinie

Published by
QIST