Sejak pandemik Covid-19 yang menular dalam negara dan dunia sejak lebih dua tahun lalu, pastinya para penggiat seni rindu untuk beraksi di pentas, mengalun melodi indah karya malar segar ciptaan masing-masing.
Begitu juga perasaan Ratu Rock Malaysia, Nor Zila Aminuddin atau lebih mesra disapa sebagai Ella. Malah, kemunculan dipentas seni sentiasa menjadi dambaan dan dirindui para peminat.
Tambah Ella lagi, meskipun sudah lama bergelumang dalam arena rock tanah air sebagai penghibur, Ella akui dirinya belum puas menghiburkan peminat dengan lontaran suaranya, namun semuanya berbalik kepada kehendak dan permintaan peminat.
“Saya mahu terus mewarnai industri muzik tanah air. Selain itu, saya masih terikat dengan kontrak untuk meneruskan persembahan nyanyian. Selagi peminat masih mahu, saya akan teruskan.
“Namun, kalau saya fikir mahukan masa yang lebih untuk diri sendiri dan keluarga, sudah tentu saya akan memperlahankan sedikit perjalanan karier saya,” ujar Ella.
Ads
Ella Hasrat Adakan Konsert Solo Jelajah Malaysia Tahun Ini!
Justeru, demi memenuhi hasrat sekaligus mengubati rasa rindu para peminat, pada tahun 2023 ini, Ella bercadang melaksanakan satu konsert jelajah ‘pusing Malaysia’ secara solo.
“Insya-Allah, tahun ini saya akan menganjurkan konsert solo. Saya akan buat konsert jelajah satu Malaysia.
“Sudah tentunya, Sabah dan Sarawak tidak ketinggalan. Saya rancang menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi akhir siri jelajah,” katanya lapor media tempatan.
Menurut Ella lagi, perkara yang paling dititikberatkan serta mendatangkan kebimbangan penganjur setiap kali mengadakan konsert adalah aspek penjualan tiket.
Ads
Namun, bagi Ella yang sudah merakamkan 10 album studio terdahulu katanya beliau yakin dengan kehendak peminat muzik genre rock tanahair.
“Dari segi jualan tiket, bagi saya, lebih senang ketika ini sebab beberapa tahun sebelum ini, kita terpaksa menghentikan apa sahaja aktiviti hiburan termasuk konsert akibat COVID-19.
“Ella rasa kemahuan peminat untuk menyaksikan konsert secara langsung semakin meningkat. Lihatlah bagaimana sambutan setiap konsert yang diadakan, baru-baru ini. Kehadiran peminat begitu meriah. Saya fikir tiada masalah dalam urusan jualan tiket.
Ads
“Namun, Ella berharap semuanya baik-baik sahaja,” katanya.
Justeru, demi merealisasikan projek itu, Ella dan pasukannya kini sedang giat merancang dan mengatur gerak kerja khusus agar konsert dicadangkan menjadi realiti dan dapat berjalan dengan lancar.
Selebriti popular, Hanis Zalikha sememangnya sering menjadi tumpuan ramai dek kerana keperibadiannya yang terpuji serta kehebatannya membangunkan sebuah perniagaan di samping menjadi seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada dua orang anak tercinta.
Berkongsi sebuah memori di Instagram, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa suatu ketika dahulu Hanis pernah melalui saat yang sukar bersama keluarganya.
Pulut Panggang Kuih ‘Nostalgia’ Hanis Zalikha
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih & nasi lemak.
“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh.
“Tapi yang ni bukan Mama buat. Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama @nanirostam,” tulis Hanis.
Wargamaya ‘Puji’ Hanis Tak Lupa Asal Usul
Selepas berkongsi kisah, ramai pengikut laman sosialnya yang turut berkongsi rasa dengannya serta memuji Hanis kerana tidak pernah melupakan asal usul walaupun kini sudah mengecapi kejayaan dalam hidup.
Untuk rekod, Hanis Zalikha merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.
Hanis mula memperlahankan kegiatan seninya untuk memberikan fokus dan perhatian kepada keluarga, membesarkan anak-anak dan perniagaan mesra muslim miliknya dibawah jenama Cakenis.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sebelum ini dia adalah seorang gadis yang periang, boleh berjalan dan mempunyai lulusan diploma dalam bidang Mass Communication. Tetapi itu sebelum dia disahkan tidak boleh berjalan apabila diserang stroke. Kini, gadis yang bernama Nazira sedang kritikal disebuah hospital. Statusnya itu juga turut memohon netizen mendoakan kesihatannya. Namun sebelum itu, thread yang ditulis di laman sosial menjadi viral.
Menceritakan bagaimana dia diserang stroke dan insan yang banyak memberi semangat pada dirinya. Tersentuh membaca thread gadis ini yang dikongsi di laman twitter miliknya.
Gadis yang menamakan dirinya Nazira memberitahu sebelum ini dia seorang gadis yang periang, tetapi kini langsung tidak boleh berjalan.
Tidak tahu apa punca sebenarnya tetapi dia jatuh pengsan ketika sedang bekerja dan mengalami pendarahan dalam kepala pada hari kejadian.
Akibatnya dia mengalami stroke sebelah kanan.
Beberapa kali berulang alik ke hospital untuk memasang tiub. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu dan dia juga turut melakukan fisio.
Susah untuk terima keadaan dirinya, tetapi lama kelamaan reda.
Hanya mampu terbaring sahaja.
Inilah orang yang setia menjaga dirinya.
Walaupun ibunya sudah meninggal dunia, tetai Nazira beruntung mempunyai adik beradik yang menjaga dirinya.
Juga mempunyai kawan-kawan yang sudi membawanya berjalan-jalan.
Bersyukur kakak belikan kerusi roda dan tidak sabar untuk menggunakannya.
Nazira cukup beruntung kerana thread yang dibuat Sebelum kritikal turut mendapat simpati netizen.
Malah ada juga turut berkongsi pengalaman mereka menjaga insan yang mengalami stroke.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Telur merupakan jenis makanan yang paling banyak dimakan oleh masyarakat kita. Memainkan peranan dalam menghasilkan pelbagai jenis makanan dan juga kuih dan muih, telur juga enak untuk dimakan begitu sahaja tanpa sebarang perisa tambahan. Jumlah gizi dan manfaat yang dibekalkan telur menjadikan ia salah satu makanan super yang bagus untuk kesihatan.
Mengurangkan Risiko Kanser Payudara
Telur memiliki kolina yang merupakan nutrient yang membantu mengurangkan peratusan untuk mendapat kanser. Menurut sebuah penelitian, risiko untuk terkena kanser payudara menurun sebanyak 18 peratus jika wanita menjadikan telur sebahagian dari diet harian mereka.
Menjaga Berat Badan
Pernah dengar diet telur yang dikatakan mampu menurunkan berat badan? Kini sudah terbukti secara ilmiah yang telur mampu menurunkan berat badan dengan lebih dekat. Untuk hasil yang baik, jadikan telur sebagai makanan untuk sarapan anda.
Menjaga Kesihatan Mata
Bahagian kuning telur memiliki lutein dan zeaksantin yang mudah diserap oleh tubuh kamu. Kedua-dua kandungan ini sangat bagus untuk menjaga kesihatan mata dan melindunginya dari kerosakan akibat paparan sinar ultra-violet yang berlebihan.
Menjadikan Rambut Lebat
Rambut yang sihat menjadi dambaan setiap wanita mahupun lelaki. Dengan mengambil telur sebahagai sebahagian daripada deit harian anda ia mampu membantu pertumbuhan rambut kerana kadar nutrien tinggi protein yang dimiliki.
Nampak Lebih Awet Muda
Mengambil telur sebagai makanan rutin adalah salah satu cara untuk menjadikan anda lebih muda. Ini disebabkan telur sangat kaya dengan kandungan lutein sehingga boleh melambatkan penuaan sebanyak 40 peratus. Nak awet muda? Makanlah telur.
Sumber: HerWorld Indonesia
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menyifatkan peluang membuat persembahan pada majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presiden China Xi Jinping serta delegasinya...