Umum sedia maklum bahawa Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota baharu sahaja menghiburkan para peminatnya di pulau mutiara, Pulau Pinang dan telah pun melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.
Malah, susulan konsert berkenaan Ella telah beraya mengumpul dana berjumlah lebih RM 30,000 untuk disalurkan kepada Persatuan Cinta Gaza untuk tujuan membela nasib saudara-saudara di Palestin yang bertarung nyawa mempertahankan tanah air mereka serangan puak zalim Zionis dan Tentera Israel.
Meski Lelah Usai Konsert, Ella Tetap Semangat Santuni ‘Warga Emas’
Lebih menarik perhatian NONA, apabila sebaik sahaja menamatkan konsert, pada keesokkan harinya, Ratu Rock Malaysia, Ella bersama Ikon Wanita Pulau Pinang 2023 yang juga pengasas Skyhill Clinic, Dr. Linda Mat Hassin melaksanakan Tanggungjawab Sosial Koporat (CSR) pula.
Meski kepenatan dan lelah setelah berhempas pulas menjayakan konsert, Ella tetap bersemangat meluangkan masa bagi menghiburkan komuniti orang tua yang menetap di Rumah Warga Emas Darul Hannan, Pulau Pinang.
Selain, menyantuni dan menghiburkan mereka pihak Rock Queen turut memberi sumbangan berbentuk hiasan Landscape bagi menceriakan lagi suasana Rumah Warga Emas itu.
Tak Datang Dengan Tangan Kosong, Rock Queen & Skyhill Clinic Bawa Sumbangan Untuk Warga Darul Hannan!
Ads
Rock Queen juga turut berbesar hati, menaja makanan minum petang serta makan malam sebanyak 150 pax bagi penghuni dan staf penyeliaan rumah berkenaan.
“Bila mula tengok tempat ni Ella memang speechless, sebab rumah warga emas Darul Hannan ni dah macam resort. Dengan bilik penghuni lengkap dengan fasiliti, bersih dan kemudahan kesihatan lengkap seperti fisioterapi dan dijaga dengan sangat baik dan Ella memang kagum la,” ujar Ella.
Mengulas lanjut, Ella turut mengakui bahawa dia langsung tidak merasa kekok untuk bergaul dengan komuniti yang lebih tua. Malah, ini respon yang diberikan beliau.
“Kita cuba, kalau tak cuba kita takkan dapat merasainya. Lagipun Ella memang idamkan sangat perkara ini dan memang nak tolong semampu boleh untuk menggembirakan mereka pun jadi la,” jelasnya.
Ads
Ikon Wanita Pulau Pinang 2023, Kongsi Ilmu Kesihatan & Penjagaan Emosi Warga Emas
Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang, Dr. Linda Mat Hassin dan Ella, Kompleks Darul Hannan dipilih untuk menjayakan CSR ini kerana populasi warga emas paling ramai ditempatkan di Komples berkenaan.
“Pertama objektifnya untuk menyantuni semula warga Pulau Pinang khususnya warga emas.
“Kedua, Kompleks Darul Hannan dipilih untuk menjayakan CSR ini kerana populasi warga emas paling ramai ditempatkan di Kompleks berkenaan.
Dr. Linda berkata, terdapat tiga penyumbang yang turut memberi sumbangan bagi projek CSR ini, iaitu Rock Queen, Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang dan SP Setia.
Ads
“Kelab Wanita Ikon Pulau Pinang membantu dari segi mahu memberi ilmu kesihatan dan penjagaan emosi kepada warga emas. Serta sumbangan berbentuk 100 set bekas makanan (food tray) serta sumbangan telekung sulam Skyhill Clinic.
“Skyhill Clinic juga menyalurkan bantuan keperluan nutrisi berbentuk vitamin. Terdapat dua jenis vitamin, pertama vitamin D dalam bentuk titisan (drops) dan kedua Medical Great Vitamin (Multivitamin) dalam bentuk cecair (liquid),” kata Dr. Linda.
Manakala, SP Setia menyumbangkan barangan keperluan asas seperti shower gel, powder, face towel, set cadar dan comforter.
Untuk rekod, Dr. Linda dan Ella sememangnya anak kelahiran Pulau Pinang. Meski tidak memperoleh peluang dan kesempatan untuk membesar di Pulau Pinang. Mereka kini tetap kembali ke negeri tanah tumpah darah mereka itu dan menabur bakti selayaknya.
Penggayaan tudung adalah mengikut citarasa masing-masing dan ianya berpandukan kepada niat mereka tersendiri. Seperti lazim kita tahu, tudung itu tujuan utamanya untuk menutup aurat.
Jadi bagaimana dengan isu penggayaan tudung yang menyerupai rambut? Adakah ianya dianggap satu cara yang melampau bagi seorang hijabi?
Bergaya dengan hijab ikut dengan niat
Sumber dari Canva
Tren gaya hijab yang mempunyai unsur yang unik dan ada yang menyerupai rambut telah menapak lama di dunia fesyen tempatan. Bahkan, ramai juga yang menggayakan pelbagai jenis gaya mengikut citarasa mereka.
Ramai yang memberikan pandangan yang berbeza jika melihat seseorang yang menggayakan tudung seakan rambut. Ada juga yang mengeluarkan pendapat bahawa itu adalah haram bagi wanita oleh kerana ia boleh menimbulkan fitnah.
Perkara ini telah di bincangkan melalui laman e-Sumber Maklumat Fatwa Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang menjelaskan hukum bagi seorang wanita yang menyambung rambut atau memakai rambut palsu untuk berhias. Penggunaan rambut atau sesuatu yang menyerupai rambut di kepala adalah diharamkan oleh Allah SWT.
Ianya tidak kira mengikut kehendak wanita itu atau dilakukan oleh orang lain seperti juru andam atau juru solek. Perbuatan ini haram sama sekali kerana ia mengundang unsur-unsur penipuan dan fitnah yang seakan mengubah ciptaan Allah SWT.
Berkongsi oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, menjelaskan makna fesyen yang sebenar bagi umat Islam mengikuti peraturan yang mengikut hukum syarak Islam. Ianya berketepatan dengan niat serta hukum yang betul.
Umat Islam perlu fahami makna berpakaian adalah menutup badan dengan betul meskipun ingin bergaya. Islam tidaklah menyekat untuk bergaya namun ia perlu mengikut syarat yang tertentu iaitu tidak melebih-lebih.
Telah diriwayatkan daripada Aisyah RA katanya “Sungguhnya Asma’ binti Abu Bakar RA telah masuk kepada Rasulullah SAW dalam keadaan memakai pakaian yang nipis lalu Baginda berpaling daripadanya dan bersabda: Wahai Asma’ sungguhnya perempuan itu apabila telah baligh tidaklah harus bahawa dilihat daripada badannya kecuali ini dan ini dan Baginda mengisyaratkan kepada wajahnya dan dua pergelangan tangannya.”
Umum mengetahui penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza kini berada di Tanah Suci Mekah sedang mengerjakan umrah bersama ahli keluarga termasuk anak kecilnya, Siti Aafiyah. Walaupun sedang kusyuk membuat ibadah, tetapi beliau tidak lupa muat turun segala aktiviti dilakukan di sana di media sosial.
Malah netizen juga tertunggu-tunggu posting terbarunya menceritakan pengalaman membawa anak kecilnya di sana. Sebelum ini memang menjadi hajatnya untuk membawa Siti Aafiyah menjejakkkan kaki ke Tanah Suci bila sampai masanya.
Nampaknya menurut Siti, Aafiyah tidak banyak ragam sepanjang berada di sana. Malah dalam posting terdahulu Siti juga mengucap syukur kepada Allah kerana diberi kesempatan berada di Masjidil Haram di hujung Ramadan.
Pelantun lagu Anta Permana ini juga memberitahu Siti Aafiyah sempat mengikutnya menunaikan tawaf sunat dan jadi pengalaman sangat bermakna buat dirinya dan suami.
Selain itu netizen juga menyukai cara Siti yang dikatakan sangat humble. Penampilannya juga sangat cantik walaupun berwajah polos tanpa sebarang solekan.
Walaupun beliau seorang public figure, tetapi tidak memilih untuk berniqab menutup muka biarpun dirinya sangat dikenali di sana.
Ayuh kita lihat foto-foto menarik yang dimuat turut oleh Siti dalam laman Instagramnya.
smileysoulstore Selamat menunaikan umrah Dato’ CT & Family. Moga dipermudahkan dan mendapat umrah yg mabrur. Happy tengok Aafiyah bawak softbook tu sampai ke tanah suci.
Selamat berlangsung majlis pertunangan, Da’I Syed dan Hana Ismail sah menjalinkan hubungan. Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon Datin Seri Umie Aida melalui akaun Instagram miliknya pada malam Rabu.
Bukan lagi sekadar tanda tanya, kini pasangan itu sah menjadi tunang. Ramai yang mendoakan supaya ikatan ini akan terus ke jinjang pelamin!
Selesai mengadakan majlis pertungan pada malam Rabu, pendakwah bebas, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful selamat bertunang bersama pengacara, Hana Ismail.
Majlis itu turut disaksikan oleh pelakon, Datin Seri Umie Aida, yang menitipkan perkongsian di akaun Instagram miliknya dengan ucapan manis buat kedua pasangan itu. Banyak nasihat yang dititipkan supaya pasangan itu lebih bersedia menghadapi alam perkahwinan.
“Menghitung hari ke alam tanggungjawab yang lebih fokus dan besar. Kunci kebahagiaan sentiasa bersyukur dan menerima kelemahan pasangan masing-masing dengan hati terbuka,
“Jaga amanah ini sebaiknya Da’i Syed dan Hana Ismail. Semoga adikku berdua dalam lindungan-Nya dan rahmat-Nya.” tulisnya.
Ramai yang mendoakan kebahagian buat Da’I Syed dan Hana Ismail
Sudah pasti, warga maya tidak akan lepaskan peluang untuk memberikan kata-kata nasihat dan doa apabila melihat berita baik ini. Ada juga mengatakan muka Da’i Syed dan Hana Ismail seiras!
“Tahniah!!! Muka seiras betul,
“MasyaAllah tabarakallah, Alhamdulillah ukhti Hana Ismail patut lah berseri lain macam, semoga dipermudahkan,
“MasyaAllah tabarakallah. Dulu meeting event dgn @daisyed_ umur dia baru 22 tahun. Sekarang dah nak pegang tanggungjawab sebagai suami. Semoga Allah permudahkan segalanya.” antara komen yang diberikan oleh warga maya.
Semoga perjalanan antara Da’I Syed dan Hana Ismail berjalan dengan lancar. Kami dari Hijabista mendoakan agar segala urusan ke jinjang pelamin.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ria Ricis mengisi Ramadan 2025 dengan menunaikan ibadah umrah. Tidak berseorangan, Ria Ricis turut membawa anak kesayangannya, Moana bersama-sama.Perjalanan ibadah umrah Ria Ricis dan...