Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Elfira atau lebih mesra dengan panggilan El berkongsi rasa tentang kesyukurannya menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama. Coretannya begitu tulus dan ikhlas buat suami tercinta.
Berikut perkongsian Elfira.
To my beloved husband, thank you for making ny 2019 the best year ever. From menikahi saya, menjadi imam saya, memaksa saya makan ubat sehingga sorok dalam ice cream demi anak kita.
Bawak saya pergi Umrah pertama kita, menjadi bahan jenaka saya tengok awak feeling-feeling (the other side of faris yang korang tak nampak).
Ads
Terima kasih jugak layan semua cravings saya yang paling saya suka semua midnight snacks yang awak buat, maggi, roti planta gula & blended milo omg sooo sedap.
Dan gambar selepas itu, itu selepas faris gelak gelakkan el punya morning sickness dia pulak dapat. Serious kesian waktu tu hahahahha. Terima kasih sebab kerja keras untuk keluarga kita & menjadi Ayah yang lejen untuk anak kita. Happy Anniversary again.
Ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang amat manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri. Meraikan ulang tahun perkahwinan mampu menghangatkan kembali hubungan dalam rumah tangga.
Ads
Usia perkahwinan yang bertambah setiap tahun menjadi satu penanda aras yang menandakan anda dan pasangan berjaya melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perkahwinan.
Moga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke Jannah.
Cantik manis orangnya. Bermula sebagai model muslimah seawal usia 14 tahun, kini Nur Alya Iman Azmil Mustapha atau mesra disapa Alya Iman kian mendapat tempat dalam industri seni tanah air. Sepanjang pembabitannya sebagai anak seni sejak tahun 2018, Alya telah membintangi pelbagai telemovie, drama dan sitkom.
Meniti usia 23 tahun, gadis genit ini merupakan anak kepada pelakon popular era 80an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha. Sememangnya anak bongsu daripada lima beradik ini mewarisi bakat lakonan bapa tersayang.
Mana tidaknya, bukan hanya mendapat tawaran lakonan yang tidak putus-putus bahkan Alya juga pernah dicalonkan sebagai Top 10 Artis Baharu Wanita Popular ABPBH 2020.
Makin sibuk sebagai anak seni, apa perancangan Alya untuk 5 tahun akan datang
“Ketika ini Alya hanya berpeluang menceburi bidang peragaan dan lakonan. InshaAllah dengan izin Allah, sekiranya ada rezeki untuk ke luar negara Alya berhasrat untuk sambung belajar.
“Dalam lima tahun akan datang juga Alya ingin fokus dengan bisnes.
Bagaimana Alya menjaga kecantikan diri?
“Amalan kecantikan Alya tidaklah terlalu rumit dan tidak ada istilah penjagaan muka yang ‘heavy’. Jujurnya penjagaan dan rutin kecantikan Alya biasa saja.
“Alya amalkan banyak minum air masak dan pastikan cuci muka selepas memakai mekap supaya kulit wajah dapat bernafas serta bersih daripada sebarang kotoran.
Dalam sebulan, berapa kali buat rawatan di pusat kecantikan?
“Alya sangat jarang pergi buat rawatan facial atau spa sebab kekangan masa. Kalau pergi pun, Alya akan ambil pakej rawatan untuk menyegarkan wajah sahaja.
Tip kecergasan dan kesihatan tubuh badan
“Sebenarnya Alya seorang yang sangat sensitif dan mudah sangat sakit. Jadi, untuk elak daripada sakit yang berterusan Alya mengamalkan pengambilan vitamin, senaman dan makan makanan yang berkhasiat. Itu yang Alya buat untuk jaga kecergasan dan kesihatan tubuh badan.
Siapa sumber inspirasi Alya?
“Semestinya arwah Babah. Bukan sahaja inspirasi dalam bidang industri seni tapi personaliti yang dimiliki arwah juga saya sangat kagum.
“Dia (arwah babah) seorang yang sangat merendah diri, not judgmental, menghormati orang lain dan terima baik buruk seseorang dengan seadanya.
Impian Alya yang masih belum tertunai
“Dalam usia 23 tahun, banyak impian yang tidak tertunai lagi dan masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Semoga Allah mempermudah segala impian yang Alya rancang.
“Dari segi kerjaya, Alya ingin menceburi filem antarabangsa. Dari sudut personal pula, Alya mahu beri apa sahaja yang Mama saya impikan.
Bergelar ‘public figure’, bagaimana Alya menonjolkan diri agar menjadi inspirasi kepada generasi muda?
“Motivated untuk berjaya! Alya dari usia muda sudah berkerjaya. Saya juga seorang yang belajar berdikari dan tidak mudah putus asa walaupun gagal di tengah jalan.
“Prinsip saya ialah terus bangkit dan berjuang selagi berdaya. Semoga kejayaan dan pengalaman ini mampu menjadi kekuatan semangat buat orang di luar sana.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Selalu terima permintaan untuk kongsikan bagaimana hubungan terjalin bersama non-muslim, adakah ia sulit untuk bersatu dan mengajak mereka memeluk agama Islam? Adam Corrie menjelaskan tip buat pasangan di luar sana.
Bukan mudah untuk mengajak pasangan yang bukan Islam untuk memeluk agama suci ini oleh kerana ingin bersatu sebagai hubungan yang sah. Adalah lebih baik jika dapat bersatu dengan halal dan bukan bersatu dengan cara mendekati zina.
Cinta berpaksi pada niat bersatu demi keredaan Allah SWT
Pelakon, Adam Corrie Lee Abdullah membuat satu perkongsian mengenai perjalanan hidupnya bersama isteri tercinta ketika awal perkahwinannya. Sering terima ramai permintaa orang luar untuk kongsikan cara dan tip, kini dia sekali lagi menceritakan kisahnya.
Menurut Adam Corrie melalui posting di Facebook, perkongsiannya itu adalah berdasarkan dari pengalaman dan pandangannya sendiri. Dia juga turut memuat naik gambar sewaktu akad nikah pada tahun 2008.
Sebelum dia meneruskan lagi perkongsiannya, Adam ada juga menyelitkan firman Allah SWT dari surah al-Israk ayat 32:
Firman Allah yang bermaksud:Dan janganlah kamu mendekati zina, (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk.(al-Israk: 32).
“Prinsip asas dalam adab bercinta dalam Islam ialah berpasakkan keredaan Allah, mematuhi segala suruhan-suruhan-Nya dan tidak boleh mengikuti kehendak makhluk-Nya sehingga mengingkari perintah atau larangan-Nya,
“Menjalin hubungan cinta antara lelaki dan perempuan yang bukan Islam tidak dibenarkan (haram) kerana lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada manfaat,
“…seseorang yang benar-benar ingin mengamalkan Islam dalam dirinya perlu membetulkan niat apabila bercinta. Bercinta kerana Allah SWT dengan tujuan menghalalkan perhubungan itu daripada segenap sudut melalui perkahwinan yang sah.” ujarnya.
Adam menekankan bahawa percintaan antara manusia terutama sekali buat pasangan lelaki dan perempuan perlulah mengingati untuk menjaga diri dari kemudaratan. Tambahannya lagi, apabila hubungan terjalin melibatkan non-muslim, ianya sangat bahaya kerana boleh goyah dan hanyut dalam percintaan tanpa memikir soal agama.
7 cara membina masjid bersama pasangan non-muslim
Sumber gambar dari Facebook Adam Corrie
Masjid atau mahligai merupakan perumpamaan yang sering di gunakan sebagai makna hubungan yang sah terbina antara dua pasangan lelaki dan perempuan. Adam Corrie menerangkan lebih lanjut secara terperinci mengenai cara-cara buat pasangan yang menjalinkan hubungan berlainan agama sebagai panduan mereka mengikut pengalamannya.
Sumber gambar dari Facebook Adam Corrie
Antara tip yang di kongsikan adalah seperti:
1. Sebagai seorang Muslim, tunjukkan keindahan Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Jika kita sendiri tak tunjuk teladan dan mempraktikkannya ajaran dan meninggalkan laranganNya amat sukar untuk mereka memahami apa itu Islam.
2.Jangan paksa GF/BF kita memeluk Islam untuk kahwin. Biarlah mereka memeluk Islam kerana Allah dan cinta akan Islam.
3. Sekiranya BF/GF memang ada menunjukkan minat terhadap Islam, berikan buku-buku bacaan mengenai Islam yang mudah difahami isi kandungannya. Bawa mereka ke kelas agama seperti di PERKIM / Majlis Agama Islam Negeri untuk memahami Islam dengan lebih lanjut.
4. Buatlah solat sunat taubat selalu supaya dosa kita diampunkan supaya doa kita mudah diperkenankan.
Lagipon kita digalakkan lakukan solat taubat selalu.
Solat istikarah juga perlu untuk mendapat pertunjuk dari Allah adakah Si Dia jodoh terbaik untuk kita dan buatlah juga Solat hajat untuk Si Dia mendapat hidayah dari Allah untuk memeluk Islam dengan sepenuh hati.
5. Selebihnya kita serahkan pada Allah menentukan-Nya. Berusaha,beribadat, berdoa , tawakkal Insya’allah segala yang diinginkan dimakbulkan.
6. Buat target masa, jangan bercinta lama-lama. Ia hanya menambahkan dosa yang kita tak sedari. Jika GF/BF kita suka tangguh-tangguh. Berani buat keputusan untuk mengundur diri dan teruskan hidup yang lebih baik.
7. Jika dia bukan jodoh kita, jangan putus asa dan kecewa. Kerana Allah ada rancangan yang terbaik dan ada hikmahNya untuk kita. Insan yang baik tentu Allah jodohkan dengan Insan yang baik juga. Insya’allah.
Begitu terperinci buat mereka di luar sana untuk melihat nasihat dan tip buat pasangan yang masih mencari erti keredaan Allah SWT dalam bercinta. Ia tidak di akui, bercinta itu juga suatu perkara yang perlu di teliti dengan baik.
Penampilan pelakon dan penyanyi juga pengacara ini memang sentiasa cantik dalam apa juga majlis yang dihadiri. Lebih-lebih lagi setelah dirinya berhijab beberapa tahun yang lalu. Sherry Ibrahim, yang begitu terserlah kejelitaaannya dengan senyuman manis yang sentiasa terukir di bibir.
Pelakon ini tidak lokek berkongsi petua kecantikan dan kesihatan diri yang diamalkan selama ini. Dia hanya mengamalkan 5 petua cukup mudah bagi memastikan dirinya kekal cantik, sihat dan bertenaga.
Menurut Sherry, sebagai wanita yang menjaga penampilannya, dia mengamalkan pemakaian set penjagaan wajah untuk siang dan malam.
Malah jika penat sekalipun balik dari penggambaran atau event, dia akan pastikan wajah dicuci terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Tidak lupa juga pemakaian krim malam utuk merawat kulit wajah ketika sedang ‘berehat’.
Keduanya adalah mengamalkan tidur yang cukup, iaitu 8 jam sehari. Sibuk sekalipun , Sherrry akan cuba mendapatkan tidur mencukupi untuk kekal bertenaga keesokan harinya dalam menjalankan aktiviti harian.
Dalam penjagaan diet pula, Sherry tidak ambil pemakanan berminyak dan kalau boleh dia akan cuba kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi minyak ini.
Selain itu, walaupun rutin hariannya cukup padar, tetapi wanita cantik ini akan cuba memperuntukan waktu untuk berpeluh.
Selalunya dia akan lakukan aktiviti Uphill atau Downhill dan juga stretching di rumah bagi memastikan keluar peluh. Jika badan berpeluh secara tidak langsung akan mengeluarkan perkara negatif dari dalam badan.
Dan akhirnya sekali pesannya adalah sentiasa mengamalkan sikap ‘happy’ dan ceria dan apa jua yang kita buat perlulah ikhlas. Jika kita ikhlas, dari dalam itu yang akan membuatkan kita cantik dan kekal sihat.
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...