Pelakon dan pengacara, Elfira Loy mendedahkan permulaan kariernya sebagai pelakon bukan kerana minat sebaliknya disebabkan ingin membantu ibunya, Filzah Yusoff menambah pendapatan bagi menampung keperluan adik-beradik.
Memetik perkongsiannya dalam rancangan podcast ‘Wardah Heart to Heart’ bersama hos, Dayah Bakar, Elfira berkata dia tidak suka berlakon kerana perwatakannya yang ‘introvert’ namun berubah selepas melihat bidang lakonan boleh menjadi mata pencarian.
“Sebenarnya kenapa saya mula berlakon sebab nak tolong ibu saya saja. Orang ingat saya suka berlakon tetapi sebenarnya tidak.
“Masa pertama kali saya dapat bayaran, saya ingat lagi ketika itu saya buat teater. Selepas saya dapat bayaran, saya macam ‘eh dapat duit.. oh kerja ini boleh tolong ibu saya.
“Walaupun saya memang tak suka berlakon dan merupakan orang yang introvert tetapi disebabkan kerja ini boleh membantu ibu, saya buat. Ibu saya pun tak tahu yang saya tak suka berlakon. Saya buat-buat suka saja.
“Saya dari dulu suka pendam perasaan sebab ibu hanya ada saya. Kalau saya sedih, semestinya dia dua kali ganda sedih. Jadi, disebabkan itu, hati saya keras dan dibawa sampai sekarang.”
Kata Elfira yang kini berusia 31 tahun, dia seorang yang suka memendam dan lebih memilih untuk berkomunikasi dengan Allah SWT.
“Saya memang dari kecil kebergantungan kepada Allah SWT. Memang saya banyak cerita dekat Allah. Itu sahaja cara yang ada.
Ads
“Kalau ada perkara kecil terjadi, saya akan kongsi dengan adik-beradik. Dengan ibu saya, kalau saya tak cerita pun dia akan tahu,” ujarnya.
Perceraian Ibu Bapa & Putus Tunang Beri Kesan Mendalam
Mengakui fasa ibu bapa berpisah memberi kesan kepada diri, Elfira yang juga merupakan pengguna produk Wardah bagaimanapun bangkit dan enggan terlalu lama larut dalam emosi sedih kerana sebagai anak sulung dia perlu menjadi kuat untuk adik-beradiknya.
Ujarnya lagi, pengalaman putus tunang pada tahun 2018 juga menjadi episod hitam dalam kehidupan.
“Saya tak pernah cerita dekat orang. Saya seorang yang kuat kerana melalui fasa ibu bapa yang berpisah, dalam masa sama kena besarkan adik beradik. Saya rasa itu bebanan yang kuat.
“Yang lagi berat ketika saya putus tunang. Saya tak sangka orang boleh buat macam itu (dekat diri). Saya tak pernah cerita apa yang saya rasa pada masa itu. Ketika wartawan bertanya, saya diam, tak pernah cakap apa-apa. Itu perkara terbesar yang berlaku dalam kehidupan saya.
“Selama saya jadi pelakon, tak pernah ada gosip seperti itu. Tetapi disebabkan kontroversi itu, orang hilang hormat dekat saya. Apa yang saya pertaruhkan untuk menjaga nama baik sebelum ini, terus bertukar menjadi sia-sia.
Ads
“Tetapi hikmah yang dapat adalah saya tidak ada tempat lain yang ingin dituju. Jadi, saya banyak menghabiskan masa di masjid.
“Itu menjadi titik perubahan dalam kehidupan saya. Alhamdulillah, perjalanan selepas itu saya nampak Allah bagi semua yang saya nak cuma satu saja tidak dapat,” katanya lagi.
Bercerita mengenai penghijrahan diri, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri bersyukur kerana mendapat respon positif daripada keluarga, rakan-rakan dan juga peminat.
Katanya lagi, dia sentiasa berpegang dengan kata-kata ustazah yang dikenalinya.
Ads
“Saya terfikir juga apa yang orang lain fikirkan mengenai saya. Tetapi saya patut risau dengan perubahan yang dibuat kerana menjadi tunjang perjalanan saya. Dua jalur yang kita kena lalui iaitu satu untuk Allah dan satu untuk manusia. Kalau saya fikir untuk manusia saja, kesudahannya akan lupa untuk Allah.
“Saya cuba untuk seimbangkan. Alhamdulillah semua pengikut di media sosial saya tidak berasa janggal dengan perubahan dibuat. Saya tahu ramai orang yang takut untuk berbuat baik kerana khuatir makan diri. Tetapi buat saja, boleh jadi kebaikan itu yang akan membantu di akhirat nanti.
“Saya tahu ramai juga yang ingin berhijrah tetapi takut.
“Apa yang ustazah saya selalu cakap, selama mana saya buat kebaikan, saya dapat pahala. Selama mana saya tinggalkan perkara haram, saya dapat pahala,” katanya.
“Bila Ada Duit, Saya Nak Memberi”
Dalam pada itu, isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar, memberitahu mengapa dia sanggup menggunakan wang dari poket sendiri bagi menganjurkan program usrah.
“Saya tak nak ada perasaan saya yang miliki semua ini. Bila saya ada duit, saya nak memberi. Itu yang saya buat kelas usrah. Memang itu adalah satu perasaan yang berat. Yela.. saya penat bekerja, kenapa perlu diberikan kepada orang lain?
“It’s always miracle. Apabila saya buat, saya nampak rezeki dari Allah dengan jelas.
“Mungkin saya tidak dapat kasih sayang sebab dari kecil memang tak rasa dari keluarga. Disebabkan itu, apabila ada anak-anak, saya rasa sangat penting dan sanggup gadaikan segalanya termasuk karier dan masa muda. Saya nak anak-anak rasa kasih sayang sepenuhnya,” kongsi Elfira sambil tersenyum manis.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap negara mempunyai petua dan rahsia kecantikan tersendiri. Rawatan Indonesia mempunyai akar dan prosedur kuno yang telah digunakan selama berabad-abad. Wanita pada usia 53 boleh kelihatan seperti mereka 35 dan seorang blogger Puspa Dewi adalah contoh yang baik.
Menyembah minda dan badan yang sihat dan hijabista kongsi 7 petua wanita Indonesia tentang cara mencapainya.
Selain menggunakan tepung beras dengan air sebagai masker muka, wanita Indonesia membuat skrub khas untuk badan. Pes pengelupasan dibuat dengan beras kisar, halia, kacang, akar kunyit, kayu manis dan serbuk cendana. Anda perlu mengisar semua bahan bersama-sama. Skrub semulajadi ini melembutkan dan membersihkan kulit, tetapi gunakan hanya pada badan anda.
Resipi lulur badan buat sendiri:
BAHAN:
Nasi putih
Penumbuk beras/lesung dan alu
Air mineral
Air mawar atau air melati
CARA-CARA MEMBUAT:
Ambil beras secukupnya kemudian basuh di bawah air mengalir.
Rendam beras semalaman dalam air.
Kisar beras menggunakan penumbuk beras.
Campurkan adunan beras dengan air mawar atau melati.
Canai doh menjadi bulatan kecil.
Jemur di bawah sinar matahari hingga kering
CARA PENGGUNAAN:
Adunan gosok beras kering dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
Sapukan pes tersebut ke seluruh bahagian badan dan gosok perlahan-lahan sehingga kotoran pada badan hilang.
Anda boleh menggunakan skrub beras ini dua kali seminggu untuk hasil yang optimum.
2. Pencegahan stretch mark
Orang Bali cuba menjaga tubuh mereka dengan memanjakan diri dari kepala hingga kaki. Lebih mudah untuk mencegah stretch mark daripada melawannya kemudian. Salah satu ritual yang paling popular ialah pemakaian masker perut Bali. Ia termasuk beras yang dikisar dan ‘kencur’, akar seperti halia. Bahan-bahan tersebut membantu keanjalan kulit. Selalunya selepas wanita bersalin, dia mendapat urutan badan dengan pembalut herba yang diletakkan di perut.
3. Menggunakan biji betik dan betik untuk kulit
Wanita Indonesia menggunakan betik tumbuk dengan atau tanpa susu dan sapukan terus ke muka mereka untuk menjadikan kulit mereka berseri. Juga, untuk menghilangkan warna gelap rambut mereka dan untuk mengelakkan kerosakan padanya, biji betik dikisar dan membuat campuran dengan air. Kemudian mereka menggunakan pes ini pada rambut selama satu jam dan bilas.
Ini adalah mandian kecantikan kuno yang digunakan oleh puteri-puteri Jawa. Ia membantu mengekalkan kulit muda dan lembut. Menambah susu kambing ke dalam mandian mereka dan duduk di dalamnya selama 30 minit, kemudian membilas susu itu.
5. Membuat mandian krim
Di Indonesia, mandian krim adalah rawatan rambut kegemaran. Ia bukan mandi dengan krim, tetapi prosedur yang panjang. Mula-mula, anda menggunakan masker rambut avokado, kemudian mengukus rambut. Lalu mereka melakukan urutan ringan pada kulit kepala, leher dan bahu. Prosedur ini diakhiri dengan mencuci rambut dan mengeringkan rambut. Mandian krim bukan sekadar rawatan relaksasi tetapi ia membantu rambut anda menjadi kuat dan sihat serta melindunginya daripada kesan buruk bahan kimia.
6. Mengurut dua kali seminggu
Urut untuk orang Indonesia adalah penting untuk kesihatan dan keremajaan badan. Selain itu, manicure dan pedikur, amalkan masker muka mingguan, rawatan rambut dan urutan dua kali seminggu, ujar salah seorang pangasas kecantikan di Indonesia.
7. Terpancar kebahagiaan
Salah seorang blogger paling popular di Indonesia yang kelihatan seperti 35 ketika berusia 53 tahun mendedahkan rahsia keremajaannya. Semakin meningkat umurnya, dia semakin gembira. Kegembiraan membantu mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran. Lebih senyum dan sayangi diri sendiri.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wanita dan solekan memang sukar untuk dipisahkan. Malah, solekan merupakan antara perkara yang membantu kaum hawa diluar sana bukan sahaja tampil cantik, tapi dalam masa sama meningkatkan keyakinan diri terutamanya bagi wanita yang bekerjaya.
Namun, dalam keghairahan wanita mengenakan solekan. Ada impak buruk yang memberi kesan pada kulit wajah, jika produk solekan yang digunakan tidak sesuai dengan kulit atau jika solekan berkenaan tidak dibersihkan dengan baik ia bakal membuatkan muka anda mengalami masalah ‘breakout’.
Bila muka dah breakout, pasti keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai juga merundum. Persoalanya, masih bolehkah mengenakan solekan untuk menutupi segala cela apabila kulit muka sudah rosak? Hijabista mendapatkan sudut pandang jurusolek, Bella Park tentang perkara ini. Ini respon yang diberikan.
Sebagai seorang yang sinonim dengan solekan, pernah tak Bella alami masalah kulit Breakout?
Pernah.. Orang kalau main alat solek ni mesti orang kata merasa juga hadapi kulit breakout ni, sebab kita bersolek kan. Jadi liang pori senang nak tersumbat apa semua.
Bella sendiri pun kulit muka pernah breakout, tambah lagi sewaktu Bella berbadan besar dahulu, lagilah mengalami pelbagai masalah kulit sebab orang kata ia berkait rapat dengan masalah berat badan Bella pada masa itu, dengan masalah hormon lagi.
Bila kulit breakout, masalah utama kulit Bella adalah?
Bella banyak masalah dengan jerawat, sebab Bella ni kulit berminyak jai memang senang naik jerawat berbanding mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Bagaimana cara Bella menangani masalah kulit Breakout?
Bella jadikan ruti. utin skincare ni perkara WAJIB tak boleh tinggal, terutamanya untuk orang yang sering mengenakan solekan. Walaupun Bella dulu rasa malas-malas. Satu lagi Bella rasa untuk orang yang sering bersolek ni, satu benda yang memang tak boleh tinggal langsung adalah ‘double cleansing’.
Setiap malam, Bella memang akan buat ‘Double Cleansing’ pakai cleansing oil dulu, atau cleansing balm atau apa sahaja yang mempunyai kandungan minyak. Kerana minyak ini membantu menyingkirkan segala kesan solekan terutamanya foundation kita. Dan dia akan cairkan solekan. Lepas tu baru kita bersihkan betul-betul muka kita dengan menggunakan pencuci muka atau cleanser.
Lepas tu baru mulakan rutin macam biasa, Bella akan apply toner dulu, kemudian serum dan pelembap.
Kalau muka dah breakout masih boelh bersolek ke? Produk solekan bagaimana selamat untuk kulit?
Boleh bersolek, tapi paling penting sebelum kita nak mengenakan solekan atau membeli alat solek, kita kena kenalpasti jenis kulit (Skin Type).
Ada orang jenis kulit kering, jenis kulit berminyak, jadi kita kena pilih alat solek yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit kita. Barulah kulit kita tu boleh terima dan tak ‘reject’ produk yang hampa gunakan.
Contohnya, kulit berminyak pakai solekan yang dikhususkan untuk kulit berminyak. Dan kalau kulit kering, gunakan alat solek yang mempunyai kandungan yang membantu moisturize kulit anda. Dan bila dah bersolek tadi, jangan lupa wajib double cleanse!
Penjagaan tubuh badan adalah terpulang kepada usaha masing-masing untuk mengekalkan atau mencapai satu bentuk badan yang ideal. Ianya berpandu pada niat serta tekad seseorang itu.
Kelihatan semakin kurus dan ramping, ibu kepada usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita kelihatan cantik di laman Instagram. Ada juga yang risau jika dia jatuh sakit.
Kena kekal ‘maintain‘ bila dah lanjut usia
Bagi pengikut Rozita Ibrahim atau lebih gemar dikenali sebagai Bonda Rozita akan sering melihat posting di laman Instagram miliknya itu penuh dengan motivasi serta semangat seorang usahawan. Tambahan, ada juga telatah yang sering menjadi kegemaran orang ramai.
Sejak kebelakangan ini kelihatan ibu kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri, tampak ramping dan kurus. Namun, setiap apa yang di kongsikan itu adalah satu bentuk motivasi yang ingin dia tujukan buat semua pengikutnya.
Bonda Rozita juga pernah memuatnaik satu posting pada 8 Julai yang mengatakan dirinya masih boleh menggayakan baju raya 20 tahun yang lepas. Dia juga menjelaskan usia bukanlah cabaran bagi seseorang itu untuk menjaga kesihatan badan dan kecantikan.
“Baju raya 20 tahun lepas , tempoh usia kita makin berkurangan…kesihatan & kecantikan semakin merudum – bonda kongsi sikit tentang kesihatan saya 2 years dulu …
“Parents saya berpenyakit keturunan iaitu jantung, kolestrol susah kawal dietlah macam mana pun…Akhirnya bonda ada fatty liver – saya pernah jalan bertongkat selama 4 bulan! Semakin drop kesihatan saya,
“Saya kaji kesihatan saya dengan ramai doktor pakar tulang, jantung…hampir setahun cari solusi kesihatan saya,
“Akhirnya saya kenal punca disease saya itu dari pemakanan dan saya tak bersenam dan kurang cahaya matahari…” ulasnya di ruangan kapsyen.
Ramai juga yang menitipkan rasa sangsi dengan kesihatan bonda Rozita namun itulah jawapannya. Penjagaan badan yang betul dapat mengekalkan kesihatan dan menurunkan berat badan yang anda idamkan.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!