Siapa sahaja yang tidak mahu mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna tanpa sebarang halangan. Bahkan, ramai yang cuba untuk mengelakkan dari sebarang perkara yang boleh menghalang melakukan ibadah itu.
Pelakon Elfira Loy kongsikan pengalamannya apabila datang haid sewaktu mengerjakan umrah baru-baru ini. Dia juga jelaskan pantang larang yang di laluinya ketika di sana.
Artikel berkaitan: Tunai Ibadah Umrah Sempena Ulang Tahun Kelahiran, Zizi Kirana Pertama Kali Jejakkan Kaki Di Kota Makkah Bersama Suami
Berkongsi di Instagram, Elfira Loy akui berasa sedih setelah mengetahui dirinya datang haid. Namun, dia masih berniat ihram dan perlu menjaga pantang larang sehingga dirinya boleh melakukan ibadah umrah.
“Masa dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah , dekat train station. El tetiba uzur , tak boleh nak buat umrah yang pertama,
“Sedih sangat waktu. Tapi walaupun uzur , El masih kena niat buat umrah dekat Miqat pertama dalam train sebab El dari Madinah,
“El cuma perlu berihram dan jaga pantang larang je sampailah boleh.” tulisnya.
Artikel berkaitan: Emily In Paris Versi Berhijab, Seronok Tengok Elfira Loy Jalani Kehidupan Di Paris. Mencetus Keterujaan Hijabi!
Pelakon berusia 29 tahun itu juga berkata dia sempat mengerjakan umrah di saat hari-hari akhir mereka di sana. Dia juga memberitahu apa yang perlu di lakukan di sana bagi wanita yang datang haid.
“Alhamdulillah , masa last day tu , El dapat juga complete-kan my umrahh pukul 10 malam – 12 pagi lepastu , 2 pagi terus buat tawaf wada. Pukul 4 pagi terus get ready to go to the airport,
“Tapi sekiranya el tak boleh. El just kena bertahlul ( gunting sikit rambut ) , lepastu takyah buat tawaf wada. Haa mcmtulah untuk yang uzur.” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Elfira Loy dan suaminya, Faris Khairol, pergi mengerjakan umrah bersama dua anaknya, Rayyan dan Aria. Katanya lagi, itu merupakan pengalaman yang cukup berharga kerana menjadi pengalaman manis mereka sekeluarga.
Sumber: Instagram @elfiraloy
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.