Elfira Kongsi Cerita Lucu Bila Terlupa Masak Nasi Di Hari Pertama Puasa

Share

Ramadhan kali ini menjadi begitu istimewa buat pelakon terkenal iaitu Elfira Loy kerana ini kali pertama dia menyambutnya bertiga selepas kehadiran cahaya mata sulungnya pada tahun lalu, Muhamad Rayyan Khalaf.

Menariknya, Elfira mempunyai kisah lucu yang ingin dikongsikan bersama semua pengikut laman sosialnya apabila dia terlupa hendak menanak nasi sewaktu berbuka puasa.

24/4/2020 : Ramadhan bertiga tahun ni Alhamdulillah.
Kisah hari pertama , el cubalah masak untuk lauk berbuka , mama request masak sup tulang masak lemak cili api rebung daging salai.
Okay fine kita cubalah masak
Dah masak masak happy duduk dekat meja tunggu azan habis je baca doa Allah ! lupa pulak masak nasiiiiiiii ya Allah rasa macam nak tepuk dahi ni spoil .


dah malu terus jamah kurma minum air naik atas solat maghrib dulu berjemaah. HAHA
okay thats my story. Korang dah ada ke cerita aneh aneh walaupun baru hari ketiga berpuasa?

Terhibur dengan cerita Elfira, para pengikutnya juga turut sama berkongsi perkara lucu yang terjadi kepada mereka sewaktu bulan puasa ini.

Elfira dan suami Muhamad Khairol Faris Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata pada 1 Oktober tahun lalu.

Published by
Qistina