Allah S.W.T tidak menggemari hambanya yang bersikap malas. Walhal, kita sebagai umat Islam disarankan untuk menerapkan nilai rajin terhadap diri sendiri supaya tidak membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
Sebenarnya, malas bukan sahaja wujud dalam sifat dan perangai kanak-kanak, malah dalam diri setiap orang. Malas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, malas untuk bangkit dari tempat tidur, malas untuk mengemas rumah dan banyak lagi perangai malas yang mungkin wujud dalam diri anda.
Ia merupakan sikap yang ada dalam diri setiap orang. Jadi, jangan risau jika anda mempunyai sikap tersebut kerana bukan anda seorang sahaja yang mengalaminya.
Ia boleh membawa kerugian kepada diri anda sendiri. Manusia melakukan pelbagai urusan di dunia – bekerja, belajar, mencari rezeki. Dan setiap urusan tersebut perlu dilakukan dengan usaha yang bersungguh-sungguh.
Orang yang hanya berdiam diri digelar sebagai mutawaakil, iaitu orang yang berpura-pura bertawakal dan inilah maksud malas yang sebenar.
Islam juga melarang umatnya untuk bermalasan kerana ia sifat orang-orang yang rugi, sebaliknya Islam menuntut agar umatnya untuk berusaha semampu yang boleh.
Untuk menghilangkan atau mengawal rasa kemalasan ini, berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita, iaitu doa untuk berlindung daripada rasa malas.
Doa ini juga ada diukir dalam Al-Ma’thurat yang boleh dibaca pada setiap pagi dan petang:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَرَمِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْل
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, dan aku berlindung kepadamu dari sikap penakut dan kedekut dan lingkungan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6371)
Selain itu juga, kita juga boleh mengamalkan doa ini yang boleh menghilangkan rasa malas seperti:
Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam biasa membaca do’a :
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
“Allahumma inni a’udzu bika minal ‘ajzi, wal kasali, wal jubni, wal haromi, wal bukhl. Wa a’udzu bika min ‘adzabil qobri wa min fitnatil mahyaa wal mamaat.”
Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, kejelekan di waktu tua, dan sifat kikir. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta bencana kehidupan dan kematian.
(HR. Bukhari No. 6367 dan Muslim No. 2706)
Semoga kita semua dijauhi dengan rasa malas yang akhirnya menyebabkan kerugian pada diri kita sendiri. Selamat beramal!