Sedar atau tidak di pembungkusan kosmetik yang anda gunakan ada simbol-simbol tertentu yang menyimpan informasi penting? Beberapa simbol yang ada di pembungkusan kosmetik terdapat informasi tarikh luput, kandungan dalam kosmetik dan informasi yang anda sedia maklum.
Namun ada lagi simbol-simbol yang penting wajib anda ambil tahu agar wajah atau anggota badan anda rosak atas kecuaian dan terlepas pandang maksud-maksud simbol yang terdapat informasi mengenai produk tersebut.
Erti Simbol Pembungkusan Kosmetik
Berikut erti simbol yang tertera di pembungkusan kosmetik yang disiarkan dari bustle.com
PAO – 12M, 18M, 24M, 36M
Simbol pembungkusan kosmetik yang pernah anda lihat seperti 6M, 12M ataupun 16M itu menandakan PAO (Periode After Opening) atau jangka waktu setelah bungkusan dibuka.
Huruf M dibelakang angka tersebut menandakan months atau bulan.
Jadi apabila tarikh kosmetik anda tertulis Tarikh luput 25 Julai 2027 dengan simbol 6M, ertinya setelah dibuka produk ini hanya boleh digunakan sehingga 6 bulan. Namun bila kosmetik belum dibuka, maka produk boleh bertahan sampai tarikh luput iaitu 25 Juai 2027.
Ingat, bagi anda mahu beli kosmetik prelove atau share in jar, sebelum membeli tanyakan tarikh pembungkusan kosmetik dibuka ya!
Leaping Bunny
Simbol arnab melompat ini menandakan bahawa kosmetik tidak diuji pada haiwan. Label ini bukan sekadar dituntut, kerana label ini diguna pakai pada peringkat antarabangsa.
Simbol “arnab melompat” ini terdapat pasa vegan kosmetik, seperti Alba Botanica, AB Skincare, Amber Budd Skincare, dan lainnya, boleh juga rujuk di https://www.leapingbunny.org/guide/brands
Sebenarnya, simbol yang berhubungan dengan haiwan bukan hanya leaping bunny sahaja , ada juga “Animal Cruelty Free”, dan “No Animal Testing”. Berikut adalah perbezaannya:
- No Animal Testing menandakan bahawa produk kosmetik tersebut tidak diuji pada haiwan.
- Animal Cruely Free ertinya meskipun bahan mentah yang digunakan adalah bahan mentah haiwan, namun bahan mentah tersebut tidak diperoleh secara menyakiti, membahayakan ataupun membunuh haiwan. Serta tidak diuji pada haiwan. Pengawasan untuk produk kosmetik yang menggunakan simbol cruelty free dilakukan oleh sejumlah organisasi, seperti PETA, Choose Cruelty Free, Coalition for Consumer Information on Cosmetics, dan Cruelty Free International.
Hourglass
Simbol jam pasir pada pembungkusan kosmetik menunjukkan lama penggunaan produk yang hanya bertahan selama 30 bulan, baik setelah pembungkusan dibuka atau belum.
Refer to Insert
Simbol ini, bermaksud anda boleh baca informasi lengkap mengenai produk pada lembaran di dalam pembungkusan.
Flame
Dari gambarnya saja sudah kelihatan maksudnya, produk kosmetik dengan simbol “Api” ini menandakan produk mudah terbakar. Jadi bila ada simbol “api”, pastikan disimpan dalam suhu ruangan yang betul! Simbol “api” sering ada pada produk yang mengandung alkohol, seperti pembersih kuku atau aseton.
E-mark
Simbol ini juga dikenal dengan lambang “estimasi”. Huruf “e” menandakan bila pembungkusan sesuai dengan peraturan negara Eropa, yang menerangkan berat produk sesuai yang anda dapatkan.
Ecocert
Menandakan setidaknya 95% dari formula produk mengandung bahan alami. Kadang-kadang anda akan bertemu dua logo. Satu bermaksud ‘Organic Cosmetic’ yang bererti 95% bahan alami berasal dari pertanian organik. Juga ada yang ‘Natural Cosmetic’ yang bererti kurang dari50%.
Mobius
Simbol ini menandakan bererti pembungkusan yang digunakan pada kosmetik anda dibuat dari bahan kitar semula. Selain itu menandakan pembungkusan kosmetik boleh dikitar semula. Sangat mesra pengguna.
Green Dot
Logo ini menandakan kalau perusahaan produk kosmetik termasuk dalam bahagian skema kitar semula yang besar negara Eropa. Selain itu jenama produk kosmetik yang memiliki simbol Green dot juga menandakan bahawa produk kosmetiknya mematuhi peraturan pembaziran pembungkusan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI