Impian setiap wanita untuk memiliki kulit wajah yang cerah dan bercahaya. Bertuah mereka yang memiliki kulit wajah yang sedia cantik tanpa sebarang cela. Tidak dapat dinafikan kulit yang tidak dijaga dengan sempurna akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Kulit wajah yang kusam akan kelihatan pucat, tidak sihat, letih, dan tidak menunjukkan kesempurnaan. Sebenarnya kulit kusam disebabkan oleh beberapa faktor. Dengan cara mengetahui punca-punca berlakunya masalah kulit kusam, secara tidak langsung ia akan memudahkan kaedah perawatan kulit wajah.
Satu kesalahan besar yang dilakukan dalam ‘seni’ perawatan kulit wajah ialah tidak memakai pelembap wajah. Kulit wajah yang kusam adalah disebabkan kulit yang kering. Kekeringan kulit boleh terjadi jika kelembapannya tidak terjaga dengan baik.
Pelembap akan membantu kulit wajah menjadi lembut, permukaan kulit akan menjadi lebih halus dan tampak bersinar. Bagi menjaga kelembapan kulit wajah, pakar dermatolgi ada mencadangkan agar menggunakan pelembap dengan bahan ceramides. Ceramides membantu memperbaiki fungsi kulit, meningkatkan kadar kelembapan kulit, dan asid hyaluronic.
Hormon estrogen yang menurun menjadikan kulit lebih berminyak. Keadaan ini akan menjadi penyebab kulit wajah kelihatan kusam kerana pori-pori wajah tertutup dan berminyak.
Proses eksfoliasi atau pengelupasan amat penting untuk menjadikan kulit wajah kelihatan berseri dan bermaya. Jika anda menghadapi kulit wajah yang kusam, lakukan proses eksfoliasi. Punca kulit wajah kusam sebenarnya terletak pada kebiasaan pengelupasan yang tidak dilakukan dengan betul dan teratur.
Tanpa pengelupasan, sel kulit mati akan terkumpul pada kulit wajah. Kulit wajah akan menjadi kering, kusam, dan kasar. Produk perawatan kulit wajah yang digunakan tidak akan menyerap dengan baik jika kita tidak melakukan proses eksfoliasi.
Menurut Dr Kenneth Howe, ahli dermatologi di Wexler Dermatology, penyebab kulit kusam yang paling biasa adalah kekeringan pada kulit wajah. Kulit kering perlu melalui pengelupasan agar kulit kembali segar dan cerah.
Dehidrasi akan mengurangkan volume aliran darah pada kulit, hingga kulit wajah nampak kusam, pucat dan tidak bermaya. Maka sebab itulah pentingnya pengambilan air yang mencukupi serta nutrisi yang diperlukan oleh kulit wajah.
Keadaan ini akan memberikan kesan jangka masa panjang pada kulit wajah. Kulit dehidrasi terbahagi kepada tiga tahap iaitu dehidrasi epidermal, dehidrasi dermal, atau keduanya. Dehidrasi epidermal ditunjukkan dengan garis-garis halus. Sementara dehidrasi dermal sebabkan kulit keriput dan kendur.
Pastikan juga anda makan makanan yang kaya dengan nutrisi bagi mendapatkan kulit sihat. Tubuh yang tidak mendapat bekalan nutrisi yang cukup juga menjadi penyebab kulit wajah menjadi kusam. Elakkan makan makanan yang masin dan berminyak.
Ya tidak dapat dinafikan stres adalah punca kulit wajah menjadi kusam! Hal ini kerana stres akan meningkatkan kortisol, yang mempengaruhi aliran darah pada kulit. Selain itu tidur yang cukup juga menjadi kunci untuk memiliki wajah cerah dan sihat.
Ketika tidur, kulit wajah melalui proses (pemulihan) regenerasi kulit . Jika kita tidak mendapat tidur yang cukup maka proses regenerasi kulit wajah Sementara bagi yang tak pernah mendapat waktu tidur yang cukup, maka proses ini tidak berjalan dengan lancar. Kesannya akan timbullah masalah lingkaran gelap di bawah mata, kulit wajah jadi pucat, kering dan tidak bermaya.
Dua faktor ini jelas menjadi punca utama mengapa kulit wajah kelihatan kusam dan tidak berseri. Jika pencemaran dan paparan sinar matahari sukar untuk dihindari, cuba lakukan beberapa aktiviti untuk mengimbanginya. Lakukan olahraga ringan seperti aerobik atau jogging setiap pagi. Olahraga ini akan membantu pertukaran nutrisi dan menghilangkan racun dalam sel kulit.
Di samping itu, solekan turut menjadi faktor kulit wajah kelihatan kusam. Solekan yang tidak sesuai akan membuatkan kulit wajah kelijatan kusam dan tidak berseri. Ketidaksesuaian mekap akan membuatkan kulit wajah lebih kering dari biasa.
Hindari juga menggunakan pembersih wajah yang mengandungi alkohol. Lebih baik gunakan pembersih yang sekaligus bolehmelembapkan kulit wajah anda.
HIJABISTA: Rutin penjagaan kulit wajah perlu dilakukan secara konsisten bukan hanya sekadar ‘hangat-hangat tahi ayam.’ Pilih produk yang sesuai dengan kulit wajah, barulah target untuk mendapatkan kulit yang sihat, lembut dan berseri jadi kenyataan.
Sumber kredit: Top image: Photo by Eric Muhr on Unsplash