
Apabila bercakap tentang alat solekan, concealer antara yang mesti ada. Selain menutup cela, concealor turut membantu menutupi lingkaran hitam bawah mata. Concealer yang ringan dan lembuit membantu solekan agar tidak mudah merekah.

Namun adakalanya solekan nampak kurang cantik apabila adanya rekahan atau garis-garis halus di bahagian bawah mata.

Berikut beberapa cara mudah bagaimana untuk mengelakkan daripada ianya berlaku.
Melembabkan Bahagian Bawah Mata
Setiap hari pastikan kawasan bawah mata terhidrat dengan baik dengan menggunakan krim mata. Ia dapat membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus.
Sapu Primer
Sapukan primer yang direka khusus untuk kawasan bawah mata sebelum mengenakan solekan. Primer mencipta permukaan licin, menjadikan solekan tahan lebih lama serta mengurangkan rekahan.

Pilih Concealer Yang Tepat
Pilih concealer yang ringan dan lembut, diformulasikan untuk kawasan bawah mata. Concealer ringan lebih fleksibel dan kurang berkedut. Elakkan formula tebal dan matte yang boleh menghasilkan garis halus.
Lapisi Dengan Bedak
Lengkapi solekan dengan bedak. Adalah sangat penting untuk membuang lebihan concealer dan garis-garis halus sebelum menyapu bedak.
BACA JUGA: Solekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah Ini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nikmati Hidangan Berbuka Tanpa Rasa Paranoid Di Kojo Dan 10 Gram. Citarasa Kontemporari Ramadhan Buffet Berbaloi!

Isi Kandungan
ToggleRamadhan yang menjelma setelah pandemik, pastinya dinanti-nantikan oleh sekalian muslimin dan muslimat di seantero dunia. Inilah masanya untuk duduk semeja dan berkumpul bersama ahli keluarga, mahupun sahabat handai bagi menikmati juadah berbuka puasa.
Menyedari hakikat, Ramadhan yang diraikan perlu disempurnakan dengan bersederhana, hijabi dan keluarga mahupun rakan-rakan tidak perlu ada rasa paranoid dengan keselematandan kelesaan menjamu selera di luar.
Restoran Kojo by 10 Gram yang berlokasi di Cyberjaya dan 10 Gram Vista Alam, Shah Alam, menyediakan juadah berbuka puasa bertemakan buffet dengan tawaran harga yang cukup berbaloi. Apa yang penting hijabi tidak perlu berebut atau beratur panjang, hidangan utama tersedia dihidang di atas meja dengan pilihan menu yang dipilih seperti yang disenaraikan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
9 hidangan utama yang boleh menjadi pilihan tetamu itu ialah
- Nasi “10gram” with Deep Fried Wholeleg & Sambal 2) 12 Hour Smoked Beef Brisket with BBQ sauce
- Wood smoked lamb leg with rosmery sauce
- Roast chicken leg with blacl pepper sausce
- Pan-seared salmon steak with lemon butter sauce
- Mac & cheese with crispy chicken wing
- Nasi minyak & ayam percik with papadom
- Kambing bakar with sambal hitam
- Ikan Saba bakar with sambal tumis & budu.

Salah satu daripada 9 hidangan menyelerakan ini boleh anda nikmati bersama-sama juadah berbuka puasa yang lain sebagai pelengkap buffet Ramadhan di sini. Antara hidangan berkenaan ialah, buah kurma, Karipap, Roti Jala, Tom Yam, Kuih Ketayap, Mi Goreng, Ceaser Salad, Popiah, buah-buahan dan beraneka kek, kopi, teh tarik, air sirap dan air oren.
Harga berbaloi tanpa pembaziran
Menikmati juadah puasa ketika Ramadan menuntut kita tidak membazir dan berlebih-lebihan. Dengan hanya RM69.90, anda berpeluang menikmati salah satu daripada 9 hidangan utama termasuk lebih 15 pilihah sampingan lain termasuk minuman panas dan sejuk yang disediakan di 2 cawangan restoran berkenaan sepanjang Ramadhan ini. Berbaloi bukan!
Jadi, inilah masanya untuk makan sambil menikmati momen bersama tersayang dengan pilihan juadah istimewa iaitu Nasi 10 Gram. Nasi 10 Gram dilengkapi dengan Nasi Minyak istimewa dan Ayam Goreng bahagian peha, papadom dan semakin enak dinikmati bersama 2 jenis sambal pedas.
Buffet Ramadhan istimewa ini boleh didapati di Kojo, Cyberjaya dan 10 Gram Vista Alam, Shah Alam bermula 4 Apri ini bersamaan 2 Ramadhan, dari jam 6 petang setiap hari. Untuk tempahan sesi berbuka puasa, anda boleh hubungi/WhatsApp 011-1195 2825 Potongan harga istimewa akan diberikan kepada tatamu yang membuat tempahan awal.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Berlebihan, Gaya Deena Emir Tetap Cantik & Elegan Walaupun Mengikut Syariat Agama

Isi Kandungan
ToggleIsteri kepada pelakon terkenal Saharul Ridzwan iaitu Deena Emir memang jelita orangnya. Berkahwin pada 16 September 2016, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel yang diberi nama Muhammad Luth Ali.
Penampilan Deena juga sering menjadi tumpuan kerana walaupun dia berfesyen mengikut syariat agama, gayanya tetap kelihatan cantik dan elegan. Jom kita lihat!
Sejuk mata memandang…
View this post on InstagramA post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Deena pandai menyuai padankan warna pakaiannya tanpa kelihatan serabut.
Deena juga mengusahkan jenama tudungnya sendiri iaitu Qaabila yang direka khas mengikut syariat Islam.
View this post on InstagramA post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Sentiasa mengenakan stokin tangan, ini adalah satu perbuatan yang perlu hijabi contohi kerana kadang-kala aurat kita kelihatan tanpa disedari.
View this post on InstagramOnce in a while ?? . . Tudung Bawal Instant AMNA : @qaabila.hq
A post shared by لا اله الا الله محمد رسول الله (@deenaemir) on
Siapa kata kita tak boleh berfesyen mengikut shariah agamakan? Lihat sahaja stail Deena ini, tetap sopan dan ayu tanpa gaya yang berlebihan. Memang menjadi inspirasi buat semua! Kepada sister yang sedar cuba untuk merubah penampilan ke arah yang lebih baik, perlahan-lahan ya? You can do this! InsyaAllah Tuhan akan permudahkannya untuk sis.
kredit: instagram @deenaemir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini #10 OOTD Hanis Zalikha Paling ‘AWESOME’ Sejak Ada ‘Handbag’ MAHAL & Eksklusif Di Sisi

Isi Kandungan
ToggleSejak berkahwin dan mendapat anak, pelakon, pengacara dan blogger yang cantik jelita, Hanis Zalikha memang banyak menghabiskan masanya dalam menguruskan rumahtangga. Masanya banyak diisi dengan menjaga si kecil Yusuf Iskandar yang memang semakin membesar dan aktif.
Malah ibu muda ini juga dipuji caranya membesarkan Yusuf terutama pemberian makanan. Yusuf yang sudah mula makan ‘solid food’ ini dibekalkan makanan yang berkhasiat dan pastinya dimasak sendiri oleh Hanis Zalikha.
Walaupun Hanis Zalikha tidak berlakon atau aktif di bidang seni, tetapi penampilan Hanis tetap mantap dan begitu perfect. Malah apa sahaja yang digayakan di laman sosial akan menjadi ikutan followernya yang sudah berjumlah 3.2 juta.
Admin nak belanja #10 OOTD Hanis Zalikha yang terbaik sejak menjadi ibu kepada seorang cahaya mata. Sejak mempunyai Yusuf, kebanyakan gambar yang dimuat turun di laman sosial adalah bersama anak kesayangannya itu. Jom kita lihat gaya anak-beranak ini yang memang ‘awesome’ dan ada kalanya gambar dimuat turun mencuit hati.
#1. Jalan-jalan
#2. Teruja
#3. Comel
#4. Santai
#5. Sweet
#6. Watch your step
#7. OOTD
#8. Manja
#9. Tak boleh berpisah
#10. Rapat & mesra
KREDIT FOTO: INSTAGRAM HANIS ZALIKHA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI