“Bersarapan pagi ala raja, siang sebagai seorang putera, dan malam seperti seorang papa kedana.” Perumpamaan ini menekankan betapa pentingnya sarapan pagi dalam diet harian, diikuti makan tengah hari, lalu diakhiri dengan makan malam.
Menurut Susan Bowerman, Pengarah Kanan Latihan Pemakanan di Herbalife, sarapan pagi yang sihat mempunyai pel- bagai manfaat terhadap badan, antaranya pengukuhan kadar metabolisma, peningkatan tahap kecergasan mental dan pembaikan sistem penghadaman.
Melalui kaji selidik yang dijalankan di 11 pasaran dalam rantau Asia Pasifik oleh Herbalife mendapati, 31% rakyat Malaysia mengabaikan sarapan pagi sekurang-kurangnya sekali untuk setiap minggu, manakala kebanyakan daripada mereka mengambil makanan yang tidak seimbang dan ia terdiri daripada komposisi karbohidrat yang berlebihan pada waktu pagi.
Pengabaian sarapan pagi mungkin tampak remeh, namun ia akan memberi kesan terhadap kesihatan anda pada masa yang akan datang. Dengan mengabaikan sarapan pagi, anda akan berasa lebih kempunan untuk makan pada waktu yang lain, lantas akan menyukarkan lagi usaha untuk menguruskan berat badan.
Kesimpulannya, ambil sedikit masa untuk menikmati sarapan pagi yang sihat.