Penjagaan rambut adalah penting bagi setiap wanita tidak kira bertudung atau pun tidak. Tidak semestinya apabila sudah berhijab, rambut diabaikan begitu sahaja. Ianya masih perlukan perjagaan rapi agar rambut tidak mudah rosak dan bermasalah.

Elak Rambut Rosak, Gugur Dan Busuk Apabila Berhijab, 5 Langkah Mudah Ini Ialah Solusi Terbaik!
Sumber gambar: Vejthani

Team Hijabista kongsikan tip penjagaan rambut buat wanita yang berhijab.

Elak Rambut Rosak, Gugur Dan Busuk Apabila Berhijab, 5 Langkah Mudah Ini Ialah Solusi Terbaik!
Sumber gambar: Cottonbro

Pastikan rambut kering sepenuhnya sebelum memakai hijab.

Ianya amatlah penting agar rambut tidak mengalami masalah berbuah. Sejurus setelah mandi, pastikan anda mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum memakai hijab.

Jangan ikat rambut basah.

Ianya seakan sama dengan tip di atas, namun sebenarnya dengan cara mengikat rambut basah setelah mandi akan lebih mengakibatkan kerosakan teruk pada rambut. Hujung akar akan mudah rapuh dan seterusnya keguguran rambut yang lebih buruk.

Ads

Biarkan rambut terurai bebas kala di rumah.

Semestinya bagi mereka yang berhijab akan menutup rambut sepanjang hari, jadi sejurus tiba di rumah lepaskan rambut anda dari ikatan ketat dan sikat rambut dengan jari anda dan pastikan ianya menyentuh kulit kepala. Ini akan membantu peredaran darah pada bahagian kepala berjalan dengan lancar serta mendapat udara yang cukup buat mahkota anda.

Elak Rambut Rosak, Gugur Dan Busuk Apabila Berhijab, 5 Langkah Mudah Ini Ialah Solusi Terbaik!
Sumber gambar: Cottonbro

Trim rambut.

Ads

Tidak bermakna berhijab menghentikan segala penjagaan rambut  termasuk tidak memerlukan sebarang trim lagi. Tidak kira jika anda ingin menyimpannya sehingga panjang atau kekal pendek, rambut perlu dipotong sedikit pada bahagian hujung rambut setiap empat hingga enam minggu. Ianya hanya untuk memastikan tiada rambut bercabang dan rambut kekal sihat bersinar.

Elak Rambut Rosak, Gugur Dan Busuk Apabila Berhijab, 5 Langkah Mudah Ini Ialah Solusi Terbaik!
Sumber gambar: Sarah Chai

Cuci anak tudung sekerap yang mungkin.

Ianya penting untuk mencuci anak tudung setiap minggu atau mungkin setiap dua hari. Tidak kira jika anda mempunyai satu atau lebih anak tudung untuk anda gunakan setiap hari, tetapi jangan ambil ringan dengan kebersihan anak tudung. Penggunaanya sepanjang hari sudah pasti buatkan rambut berpeluh dan sekaligus menyebarkan bakteria pada kulit kepala. Ia boleh mengakibat kelemumur yang teruk pada kulit kepala dan berbau.

Ads

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Elak Rambut Rosak, Gugur Dan Busuk Apabila Berhijab, 5 Langkah Mudah Ini Ialah Solusi Terbaik!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI