Mereka yang alami masalah vertigo perlu tahu ia bukanlah suatu penyakit. Malah, ia lebih kepada satu kesan sampingan daripada sesuatu ubat yang diambil.
Penyebab yang menyumbang kepada vertigo adalah BPV atau kelainan pada bahagian pusat keseimbangan dalam telinga. Walaupun begitu, kondisi ini bukanlah suatu perkara yang serius dan ia juga dapat hilang dengan sendirinya.
Artikel berkaitan: Akibat Terlampau Bekerja Keras, Elfira Loy Stres Sampai Muntah-Muntah Dan Disahkan Vertigo!
Di petik dari Alodokter, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyumbangkan kepada masalah vertigo. Ianya boleh dielak atau dikurangkan dalam menu makanan harian anda.
Jadi apakah jenis makanan yang boleh menyebabkan vertigo? Ada beberapa jenis makanan yang boleh dihindari atau dikurangkan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala kesan dari kondisi ini.
Bagi pengambilan garam untuk orang dewasa, disyorkan hanya sebanyak 5 gram per hari atau bersamaan 1 sudu teh. Pengambilan garam yang berlebihan akan menyumbang kepada ketidakseimbangan dimana berlakunya vertigo.
Kandungan gula yang banyak dalam makanan juga boleh menganggu cecair dan berlakunya ketidakseimbangan di dalam telinga. Ia disarankan untuk mengambil tidak lebih dari 50 gram sehari atau bersamaan 4 sudu.
Artikel berkaitan: Makan Coklat Buat Kita ‘Happy’ Dan Elakkan ‘Monday Blues’, Ikuti Tip Ini!
Bagi mereka yang mengambil kafein, ia merupakan salah satu penyebab berlakunya vertigo. Ini kerana kesan sampingan dari kafein menyebabkan seseorang itu dehidrasi dan mengubahkan keseimbangan tubuh yang membuatkan berlakunya vertigo.
Bagi mencegah masalah ini, anda perlulah membatasi pengambilan kafein. Ya, sememangnya ramai yang gemar minum kopi atau teh setiap hari, tapi ingat anda perlu juga fahami kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan.
Selain dari yang dinyatakan, makanan yang mengandungi MSG dan yang berkolestrol tinggi boleh juga menjadi faktor mereka yang mengalami vertigo. Ada juga disarankan lebih fokus untuk mengambil makanan yang bagus bagi penghidap vertigo seperti gandum, telur, ikan, halia, pisang, dan kacang.
Sumber: Alodokter
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.